Ibu bapa sudah pastilah mencari cara atasi HFMD terutama sekali ibu bapa yang anaknya pernah atau sedang mengalami masalah HFMD.
HFMD merupakan penyakit tangan kaku dan mulut yang sedang melanda dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Penyakit HFMD semakin hari semakin merebak dengan sangat meluas di negara kita. Jika dilihat semakin hari kes jangkitan di negara kita semakin tinggi dan semakin ramai kanak-kanak di negara kita yang dijangkiti penyakit HFMD ini. Ia membuatkan para ibu bapa mula merasa risau dengan jangkitan yang sedang melanda pada waktu ini.
Tapi Apa Cara Atasi HFMD Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan Pada Waktu Ini?
“Mencegah lebih baik dari merawat” itu adalah perpatah yang sesuai untuk digunakan kepada para ibu bapa yang sedang pening memikirkan mengenai macam mana nak pastikan anak-anak mereka tidak dijangkiti penyakit HFMD. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk anda memamstikan anak-anak anda tidak menjadi mangsa. Untuk memastikan masalah penyakit HFMD ini tidak merebak menjadi semakin teruk, langkah pencegahan perlulah bermula dari rumah lagi. Jom kami kongsikan dengan anda cara atasi HFMD yang boleh anda gunakan. Antaranya ialah:
1- Kuarantinkan Anak
Apabila anak kita mula menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan wabak HFMD, jangan biarkan mereka berkeliaran atau pergi ke tempat terbuka dan tempat yang ramai orang. Sebaliknya, kuarantinkan mereka terlebih dahulu. Ini kerana, jika biarkan anak-anak pergi ke tempat terbuka ia akan menyebabkan jangkitan menjadi lagi teruk dan dalam pada masa yang sama boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
2- Pastikan Rumah Sentiasa Dinyahkumah
Selain itu, satu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan memastikan rumah sentiasa dinyahkumankan. Ia supaya rumah anda sentiasa berada dalam keadaan yang benar-benar bersih dan supaya tidak ada sebarang kuman melekat pada sekeliling rumah kita. Jika ada kuman ia akan menjadikan jangkitan HFMD semakin teruk dan mungkin akan merebak dalam rumah ada serta boleh menyebabkan anak yang lain turut sama terkena jangkitan tersebut.
Baca Juga: 4 Cara Hilangkan Batuk Menggunakan Bahan Semula Jadi
3-Cuci Semua Alat Permainan Anak
Anak-anak biasanya gemar bermain di rumah dan mempunyai alat permainan mereka sendiri. Justeru itu, alat permainan tersebut hendaklah sentiasa dicuci dan dinyahkumankan kerana, di ini juga boleh menjadi salah satu tempat kuman dan bakteria melekat. Selain dari permainan dalam rumah, pakaian yang selalu mereka gunakan untuk bermain di luar rumah juga perlu dicuci dengan air panas supaya pakaian tersebut kekal bersih dan tidak mengadungi sebarang kuman yang melekat
4- Pastikan Anak Sentiasa Jaga Kebersihan
Bukan itu sahaja, untuk memastikan anak anda tidak dijangkiti dengan teruk, anda perlulah sentiasa memastikan mereka menjaga kebersihan diri pada tahap yang terbaik. Jika anak-anak tidak menjaga kebersihan ia akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada penyakit dan boleh menyebabkan anak-anak terdedah dengan jangkitan penyakit lain.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel