Ajar 3 Magic Word Pada Anak

Pernah tak anda cuba ajar 3 magic word pada anak? Tapi sebelum tu, tahu tak apa dia magic word ni. Untuk ibu bapa yang belum tahu dan nak ambil tahu, magic word ialah sebahagian daripada perkataan sopan yang perlu diajar pada anak. Mengucapkan kata ajaib ini dapat memberikan kesan positi ketika mengucapnya dalam berkomunikasi.

Ketika anak-anak terbiasa menggunakannya, ia dapat melambang peribadi anak itu sendiri. Zaman sekarang nak mengajarkan nilai makna 3 magic word pada anak ini sangatlah susah. Ini kerana bukan semua anak-anak mahu mengikutinya tetapi anda mestilah berikan contoh dan tauladan yang terbaik untuk anak. Setiap apa yang kita lakukan, pasti anak akan mengikutinya.

Pada saya konsep 3 magic word ini bertujuan untuk mendidik anak mengenai norma kesopanan serta nilai-nilai peribadi yang sopan. Supaya anak itu dapat menghargai orang lain serta berasa rendah hati. Berikut ini ada beberapa contoh magic word yang perlu anda ajarkan pada anak.

#1 Tolong

Perkataan tolong ini merupakan 3 magic word pada anak yang pertama. Perkataan ini digunakan ketika mahu meminta sesuatu dan disebut dengan sopan dan rendah hati. Ini akan membuatkan orang yang anda mahu minta tolong itu rasa lebih dihargai.

Jadi, alangkah baiknya jika anda ajarkan perkataan ini kepada anak. Ajarkan perkataan tolong ini ketika hendak meminta sesuatu kepada orang lain, sama ada orang yang lebih tua, sebaya mahupun lebih muda. Kan lagi manis bila kita ucapkan tolong. Lagipun, kita dapat elakkan anak itu tadi bersikap bossy dan sombong ketika meminta sesuatu.

#2 Minta maaf

Perkataan maaf ini perlu diucapkan ketika melakukan kesalahan, sama ada sengaja ataupun tidak. Anda kena membiasakan untuk anak mengucapkan maaf bagi mengajarkan mereka ini untuk bertanggungjawab atas kesalahan mereka lakukan. Setiap orang pasti akan melakukan kesalahan termasuklah anak-anak

Memandangkan zaman sekarang, agar susah untuk kita jumpa anak yang pandai minta maaf dek kerana ego dan sombong. Saya pasti jika anak mengucapkan perkataan minta maaf, Ia tidak merugikan dan menyakiti orang lain. Percayalah, anak anda akan membesar dengan peribadi yang sangat peka dan menghargai hak-hak orang lain.

#3 Terima kasih

Biasakan anak anda untuk mengucapkan terima kasih. Terima kasih ini adalah satu kata yang perlu diucapkan bagi tanda syukur atas kemurahan hati, bantuan atau pemberian orang lain. Anak anda akan lebih mudah dalam situasi sosial dan menjadikan mereka ini peribadi yang rendah hati dan pandai bersyukur.

Kesimpulan

Didikan anak sangat penting, ajarkan mereka ini dengan 3 magic word seperti tolong, minta maaf, terima kasih dan perkataan lain yang sepatutnya supaya apabila anak besar, mereka sudah ada attitude yang sangat positif. Semua attitude positif ini akan mencerminkan bagaimana anak-anak itu membesar.

Biarlah mereka ini membesar dengan cara positif untuk menghargai antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama, tua dan muda. Saya harap bukan sahaja ibu bapa, malah orang-orang sekeliling juga perlu titik beratkan perkara yang sama iaitu terapkan nilai nilai murni pada anak. InshaAllah, itu sahaja cara untuk kita didik mereka supaya menjadi insan yang berakhlak mulia.

Saya harap artikel ini membantu anda untuk mendidik anak anda supaya mereka menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Semoga bermanfaat, kongsikan artikel ini juga ya!

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 − 8 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa