Bela Haiwan Peliharaan Jinak Untuk Anak

Siapa sahaja yang tak suka bela haiwan peliharaan yang jinak dan comel di rumah. Saya pasti semua anak-anak menyukainya. Memiliki haiwan peliharaan ini boleh dijadikan pengalaman untuk anak tersayang. Pernah tak anda lihat hampir setiap rumah ada kucing, anjing atau haiwan yang lain? Bila anak dah nampak, terus buatkan mereka terikut nak membela juga haiwan.

Baca ini juga: Ajar 3 Magic Word Pada Anak

Bila dah menjaga haiwan peliharaan ini, ia adalah tanggungjawab dan komitmen yang sangat besar. Sebelum memutuskan untuk membelanya, fikirkan dahulu dengan matang dan rasional. Pastikan anda pertimbangkan setiap kemahuan anak termasuklah apabila bela haiwan peliharaan. Nak bela boleh tapi jangan mengabaikannya.

Inilah beberapa haiwan peliharaan yang cukup bagus dan aman untuk dipelihara oleh anak-anak, tetapi pastikan mereka tetap mendapat pengawasan dan bantuan daripada anda. Jom kita tengok dan bela haiwan peliharaan yang sesuai dengan anak anda.

#1 Kucing

Kucing menjadi haiwan peliharaan yang paling banyak dibela dan disayangi termasuklah anak-anak. Bulu yang lembut dan wajah yang comel lagi membuatkan anak-anak susah untuk mencari haiwan yang lain. Sebelum nak bela, penting juga untuk memlih kucing yang sesuai dengan anak-anak. Risaunya nanti kucing itu boleh mencakar muka anak.

#2 Arnab

Arnab termasuk salah satu bela haiwan peliharan yang boleh dipelihara oleh anak-anak. Bulu yang halus dan wajah yang lucu dapat menarik minat dan perhatian si manja. Tetapi, nak merawat arnab ini memerlukan masa kerana arnab harus dilatih untuk percaya pada pemiliknya. Seandainya dah akrab dengan anak, mereka ini dapat menjadi teman yang baik.

#3 Ikan Hiasan

Ikan hiasan menjadi haiwan peliharaan yang baik untuk anak, tetapi tidak semua ikan dapat dipelihara. Anak mestilah memilih ikan hiasan yang betul supaya lebih mudah untuk menjaganya. Ikan hiasan dapat membesar dengan baik di dalam akuarium kecil. Kebiasaannya, ikan emas menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Pastikan ibu bapa membeli ikan di kedai ikan supaya penjual dapat memberitahu cara untuk merawat ikan dengan baik.

#4 Kura-kura

Selain itu, anak-anak juga boleh bela haiwan peliharaan yang jinak seperti kura-kura. Kura-kura juga jarang timbulakn alergi pada anak. Lagi pun, cara merawatnya lagi mudah berbanding ikan hiasan. Haiwan ini juga mudah untuk diberikan makan dan jangka hidupnya dalah panjang. Cuma pastikan anak sentiasa mencuci tangan dengan sabun setelah memegang haiwan ini.

#5 Hamster

Hamster juga salah satu haiwan peliharaan lebih mudah dipelihara. Selain itu, haiwan ini cuma memerlukan ruangan yang sangat kecil dan tidak cerewet ketika membelanya. Tetapi pastikan anda mengawasi si manja ketika bermain hamster, kerana haiwan ini boleh menggigit jika mereka berasa terancam. Saya cadangkan haiwan ini dipelihara oleh anak yang berusia 8 tahun ke atas sahaja.

Kesimpulan

Banyak juga mnafaat yang boleh diperolehi anak ketika bela haiwan peliharaan. Salah satunya, dapat melahirkan rasa tanggungjawab pada anak ketika membelanya. Anak yang berani memikul tugas sahaja sanggup untuk menjaga haiwan peliharaan.

Sekali lagi, saya nasihatkan untuk pertimbangkan terlebih dahulu kemahuan anak untuk membela haiwan. Jangan sampai mengabaikannya. Pastikan juga anak tidak mempunyai masalah kesihatan terhadap haiwan yang akan dipelihara olehnya. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi. Semoga bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

twelve + 3 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa