Cara Kenal Bakat Anak Dengan Mudah

Cara kenal bakat anak dengan mudah tetapi pernah tak ibu bapa mengetahui bakat anak? Anda tahu ke apa yang anak minat dan suka lakukan. Saya faham bukan mudah untuk mengenal pasti bakat yang anak anda miliki. Apatah lagi untuk memastikan kita telah melakukan hal yang terbaik untuk anak. Saya sendiri pun dah besar panjang ni, tidak tahu bakat saya ke arah yang mana. Jadi, alangkah baiknya kalau saya sendiri mencungkil bakat anak saya pula.

Baca ini juga: Bela Haiwan Peliharaan Untuk Anak

Kebiasaannya, cara kenal bakat anak ini apabila ibu bapa memerhatikan setiap hari. Dengan mengetahui minat dan bakat anak, anda boleh mengembangkan lagi bakat tersebut sehingga ke tahap yang paling baik. Berbeza dengan cara barat, mereka ini lebih gemar untuk mencungkil bakat anak sejak dari kecil lagi. Ibu bapa mereka lebih mendorong anak-anak untuk teroka minat anak-anak mereka.

Sebenarnya, melalui aktiviti yang kita minat inilah, kita akan dapat belajar pelbagai jenis perkara seperti dapat belajar cara menguruskan masa, disiplin, bersosial dan berkomunikasi. Kali ini saya ingin berkongsikan cara kenal bakat anak sendiri.

cara kenal bakat anak
Cara Kenal Bakat Anak Dengan Mudah 3

#1 Perhatikan ketika mereka bermain

Saya sendiri bagikan masa untuk anak saya ‘play time’ dengan bebas dirumah sebelum masuk waktu tidur. Saya perasan, anak saya suka bermain dengan mainan kereta dan sejenis dengannya. Ketika anak bermain, dia lebih suka untuk membuka dan memasangkan kembali kereta mainan tersebut. Kadang tu sampai menangis sebab tak dapat nak buka. Dari situ, saya dah nampak anak saya ni lebih suka ke arah ‘engineering’.

#2 Berikan mereka pilihan untuk memilih

Satu kesilapan besar yang selalu ibu bapa buat ialah memaksa anak mereka memilih sesuatu tanpa kerelaan hati. Ini merupakan salah satu cara kenal bakat anak selain perhatikan mereka ketika bermain. Tak ada pilihan diberikan kepada mereka. Contohnya, bila anak bertekad nak menjadi pemain bola, kita ni hantar anak ke kelas renang, sedangkan si anak minat main bola sepak.

Jadi, ibu bapa tak perlu untuk menjadi tamak dan pentingkan diri sendiri. Anda mestilah berikan anak pilihan dan biarkan mereka ini tentukan apa yang mereka mahu lakukan.

#3 Tanya sendiri minat mereka

Cuba anda tanya apa yang mereka minat untuk buat. Kalau mereka kata, nak masuk kelas ‘Taekwando’, bagi aje mereka peluang untuk belajar. Pengajaran yang boleh kita dapat dari sini, jangan pandang rendah pada minat anak kita. Jangan cuba paksa untuk mereka ini lalukan kemahuan kita. Kadang mereka ini lebih tahu dengan kebolehan mereka sendiri.

bakat anak
Cara Kenal Bakat Anak Dengan Mudah 4

#4 Jangan memaksa

Tugas kita sebagai ibu bapa ialah memberikan nasihat dan dorongan di atas minat mereka. Jauhkan sikap memaksa kemahuan kita sendiri berbanding anak. Kalau boleh, biarkan mereka ini menemukan bakat dan minat mereka secara sendiri. Jika terlalu memaksa anak, ini yang menyebabkan minat dan bakat mereka lebih mudah tertutup dan mereka langusung tidak berminat untuk kembangkannya lagi.

Kesimpulan

Tajuk kali ini amat penting untuk ibu bapa menemukan bakat dan minat anak agar dapat membentuk diri dan kemampuan anak tersayang. Saya yakin ibu bapa pasti akan memberikang sokongan daripada semua segi jika minat itu berbaloi dan membantu anak untuk menjadi anak yang baik dan berjaya.

Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi. Semoga bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa