Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

4 Tips Ajar Anak Bahasa Asing

Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan bahawa mereka ajar anak bahasa asing melalui rancangan di Youtube. Berbalik pada musim raya tahun ini, ianya telah beri peluang ramai ahli keluarga berkumpul bersama setelah hampir dua tahun tidak bersua.

Namun antara yang jadi perhatian saya ialah ramai anak-anak dalam usia tiga ke 10 tahun bercakap dalam bahasa selain Bahasa Melayu. Secara peribadi saya sendiri rasa kagum melihat anak-anak kecil ini petah berbicara dalam bahasa asing.

Antaranya mereka lebih gemar berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dan ada yang berinteraksi dalam Bahasa Mandarin.

Bagusnya!

Menarik kan? Kecil-kecil lagi sudah pandai berbahasa Inggeris atau bahasa lain.

cara ajar anak bahasa inggeris dengan betul
Photo by Cleyder Duque: https://www.pexels.com

Kelebihan Anak Kuasai Bahasa Asing (Dua Bahasa)

Sebenarnya banyak kelebihan kalau anak boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Terutamanya boleh berbahasa Inggeris dengan lancar.

Antara kelebihannya termasuklah;

  • Lebih kreatif dan berkeyakinan tinggi dalam pergaulan dengan rakan sebaya
  • Anak lebih terdedah dengan pelbagai budaya
  • Mempunyai daya pemikiran yang sentiasa berkembang
  • Tidak kekok dalam bersosial dengan pelbagai bangsa serta berdaya saing tinggi

Tips dan Cara Ajar Anak Bahasa Kedua

Anak-anak mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Namun dalam usaha untuk ajar anak fasih berbahasa Inggeris sebagai contoh; ibu bapa boleh mula lakukan beberapa langkah seperti dibawah;

1- Ajarkan Sejak Anak Dalam Kandungan Lagi

Menurut perkongsian dari Puan Azlina Nawi, Pengasas Mofazz Readerz kemahiran bahasa sebenarnya boleh diajar sejak anak dalam kandungan lagi. Caranya ialah dengan berbual-bual dengan anak yang dikandung dalam bahasa kedua seperti bahasa Inggeris.

Apabila anak lahir, teruskan berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris dengan sebutan penuh. Selain itu, ibu bapa juga boleh sama-sama belajar untuk menaik taraf tahap penguasaan bahasa asing sambil berinteraksi secara harian dengan anak.

2- Pelbagaikan Bahan Pengajaran

Selain dari video berasaskan akademik dari Youtube, ibu bapa boleh gunakan kad imbas untuk ajar anak-anak. Selain itu anda boleh juga belikan buku-buku berkaitan bahasa yang sesuai dengan peringkat umur anak.

Buku-buku tersebut jika boleh dapatkan dari jenis yang menarik dan mempunyai pelbagai gambar. Ini bertujuan untuk menarik perhatian dan tingkatkan minat anak untuk membaca.

Photo by mentatdgt: https://www.pexels.com

3- Jangan Paksa atau Beri Tekanan Berlebihan Pada Anak

Ada dikalangan ibu bapa yang beri tekanan dan mengancam anak-anak jika tidak dapat kuasai bahasa lain. Untuk ajar anak bahasa asing ibu bapa perlu faham bahawa fasa pembelajaran anak-anak sepatutnya secara berterusan.

Ingat bahawa usaha yang walaupun sedikit tetapi tetap konsisten pasti akan membuahkan hasilnya kelak. Galakkan anak untuk sentiasa terus belajar dan berikan mereka kata-kata pujian.

Jika anak buat kesalahan dalam sebutan atau rangka ayat, betulkan mereka dengan lembut dan ulang semula sehingga mereka dapat kuasainya dengan tepat.

4- Hantar ke Kelas Belajar Bahasa Kedua Secara Formal

Semakin anak meningkat umur, anak boleh daftarkan mereka untuk kelas bahasa secara formal. Antaranya ialah belajar di tadika yang menggunakan medium bahasa kedua sebagai bahasa pengantar ataupun hantar mereka ikuti kelas tambahan dengan guru terlatih.

Selain belajar di rumah, aktiviti yang dilakukan di kelas formal mungkin akan lebih menarik perhatian serta meningkatkan minat mereka dalam belajar bahasa lain.

Usaha Dilakukan Secara Berterusan

Ibu bapa perlu memahami bahawa setiap anak dilahirkan dengan kemahiran yang berbeza-beza. Jangan rasa kecewa jika usaha yang dicurahkan untuk anak mahir berbahasa asing tidak menjadi.

Secara semula jadinya (natural) anak-anak ini sebenarnya masih dalam proses belajar untuk menerima dan praktikkan ilmu yang diajarkan pada mereka.

Tips dan cara diatas boleh diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap perkembangan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa