4 Tips Cari Tudung Sarung Budak Murah Tapi Berkualiti

Susah nak cari tudung sarung budak murah tapi nakkan kualiti?

Kini, tidak lagi.

Anak Kecil dan Tudung?

Tudung bukanlah sesuatu perkara yang asing buat masa kini.

Bukan sahaja wanita dewasa tetapi kini, anak-anak kecil juga sudah mula berjinak-jinak ingin memakai tudung walaupun tanpa arahan ibu bapa. Benar, kan?

Seronok pula bila difikir-fikirkan keinginan anak ini yang menjurus kepada amalan patuh syariah.

Jika anda perhatikan, kedai baju dan fesyen tidak kiralah dalam talian atau secara nyata, sudah mula memperbanyakkan jualan yang melibatkan tudung anak-anak. Kebanyakan daripada mereka mula menghasilkan tudung sarung budak yang berunsurkan kartun dan rancangan kegemaran anak-anak seperti Frozen, Baby Shark, Didi and Friends dan banyak lagi.

Ia ternyata dapat meningkatkan hasil jualan sekaligus meningkatkan semangat anak-anak untuk mengamalkan pemakaian tudung. Namun begitu, terdapat beberapa pengusaha yang menjualnya dengan harga yang sangat tinggi namun kualiti tudungnya tidak begitu memuaskan.

Baca tips untuk mencari tudung sarung budak murah

4 Tips Yang Perlu Anda Tahu!

Rasa kecewa bila membeli barang sebegini, kan?

Jadi pada ruangan artikel di Tudung Si Comel kali ini, kami akan berkongsi tentang beberapa tips bagaimana mencari tudung sarung budak murah tapi berkualiti.

1. Pilih kain yang berkualiti

Memandangkan anda mencari tudung yang bersesuaian dengan anak-anak, jadi kualiti kain tudung yang digunakan adalah sangat penting. Nama pun anak-anak kan?

Jadi mestilah sosok si pemakai tudung ini adalah seseorang yang tidak mampu duduk diam dan sering bergerak aktif. Antara contoh kain yang sesuai digunakan oleh anak kecil ini adalah tudung sarung budak dengan kain yang sangat mudah menyerap peluh seperti cotton atau kapas.

Baca : Anak minat bersukan? Sokong mereka dengan 3 tips ini

Tahukah anda, kain jenis ini bersifat ‘breathable‘ yang membantu pengudaran dengan baik. Jadi walaupun anak-anak bersukan dan bermain keletihan, mereka tidak akan berasa serabut dengan tudung yang dipakai. Malah boleh jadi juga, mereka terlupa bahawa tudungnya masih ada di kepala.

2. Saiz yang betul

Tudung Si Comel memiliki pelbagai saiz untuk keselesaan anak anda

Mungkin tidak ramai yang peka tentang kepentingan pemilihan saiz tudung tetapi jika anda nak tahu, pemilihan saiz tudung yang betul ini sangat penting buat anak-anak. Elakkan membeli tudung wanita dewasa buat anak kecil kerana ia mungkin merimaskan mereka.

Hal ini kerana mereka akan berasa tidak selesa dan janggal untuk melakukan aktiviti harian dan bermain. Sudahnya, tudung akan dibuka dan ditinggalkan begitu sahaja. Inilah perkara yang ingin kita elakkan.

Bayangkan saja jika kita memilih saiz tudung sarung budak yang betul, ia pasti terlihat kemas dan sesuai dengan penampilan anak-anak ini. Jadi secara tidak langsung, ia akan melatih diri mereka dengan amalan penjagaan aurat yang sempurna serta berasa selesa untuk terus memakainya.

3. Susah berkedut

Karenah si kecil memang susah untuk diduga. Ada kalanya aktif sehingga ke petang dan ada juga masanya, di dalam kereta pun mereka boleh tertidur kepenatan. Jadi pemilihan kain tudung sarung budak yang susah berkedut akan menjadi nilai tambah kepada tudung si anak. Ia juga dapat menjimatkan masa terutamanya bagi wanita bekerjaya kerana tidak perlu lagi menggosok tudung si anak.

Belum kira lagi waktu si anak bermain, bergurau senda dan bergaduh manja, habis kesemua pakaiannya berkedut seribu. Semakin comot dan selekeh lah penampilan si anak ini.

4. Mudah dibasuh

Seperti yang semua sedia maklum, kebanyakan material tudung yang dijual adalah sangat sensitif dan tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Satu-satunya cara untuk memastikan kualiti tudung si anak ini sentiasa terjaga adalah dengan amalan pembasuhan secara handwash.

Tudung budak popular yang perlu anda tahu

Namun begitu, cara pembasuhan ini akan membazirkan masa anda kerana terlalu banyak masa yang akan digunakan. Ini tidak termasuk lagi kotoran degil yang terhasil daripada aktiviti seharian anak-anak, sudah pasti anda perlu membasuhnya lebih daripada sekali. Manakala jika bertindak menggunakan mesin basuh buat menghilangkan kotoran degil ini, kualiti tudung akan menjadi rosak dan mudah koyak.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh membeli tudung sarung budak dengan awning yang lembut kerana ia akan memudahkan anda mencucinya dengan sempurna menggunakan mesin basuh.

Kesimpulan

Ringkasnya, sekecil-kecil keputusan yang diambil akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan dan anak-anak. Anda boleh memupuk minat dan kecenderungan mereka untuk memakai tudung dengan mengutamakan ciri-ciri kecil seperti yang telah dikongsi sebentar tadi.

Bak kata pepatah Melayu,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi untuk menggalakkan mereka memakai tudung, amalan pemakaian ini perlulah menjadi norma yang dilakukan setiap hari. Lama kelamaan, secara sendirinya mereka akan memakainya secara suka rela tanpa perlu disuruh.

Tertarik untuk membeli tudung anak kecil yang berpatutan untuk dibeli?

Jom beli dengan https://tudungsicomel.com/ dan dapatkan pelbagai isu serta tips menarik yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa