5 Jenis Permainan Kanak-Kanak Di Rumah Yang “Superb” Pilihan Ibu Bapa

Kediaman yang ada anak kecil pastinya tidak akan sunyi dengan permainan kanak-kanak di rumah.

Sememangnya permainan dan kanak-kanak ini adalah dua persamaan yang tidak boleh dipisahkan. Setiap ibu bapa pun tidak mempunyai pilihan lain selain membiarkan anak-anak ligat bermain dengan imaginasi mereka bersama permainan yang digemari.

Namun begitu, ada juga aspek yang perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa mengenai pemilihan jenis permainan kanak-kanak di rumah yang terbaik.

Permainan Kanak-Kanak Di Rumah

Jika dilihat semakin hari semakin banyak barang permainan kanak-kanak yang mula di jual di pasaran. Tetapi tidak semua barang permainan yang dijual itu sesuai untuk dimainkan oleh mereka.

Ada yang memberikan kesan buruk dan ada juga yang boleh membahayakan kanak-kanak ketika bermain.

Sesetengah permainan ini malah memberikan gambaran yang negatif dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mana ia akan membuatkan mereka lebih mudah terpengaruh dan ketagih dengan permainan tersebut.

Jenis permainan kanak-kanak di rumah bersama keluarga

Sebenarnya, dalam banyak-banyak permainan yang di jual di pasaran, ada beberapa permainan kanak-kanak di rumah yang sangat bagus dan ada yang sesuai untuk dimainkan oleh seisi keluarga.

Permainan yang kami pilih ini adalah permainan yang dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran buat diri anak anda yang sedang membesar.

Hendak tahu permainan kanak-kanak di rumah yang sesuai? Jom kami kongsikan:

1. Permainan puzzle

Permainan Kanak-Kanak Di Rumah

Puzzle merupakan permainan yang sangat popular bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak.

Ia merupakan permainan yang sangat bagus dan merupakan salah satu permainan yang menguji minda.

Kelebihannya permainan ini dapat membuatkan minda anak-anak terangsang dengan begitu aktif untuk menyambungkan gambar yang telah dipecahkan supaya menjadi menjadi satu gambar yang menarik.

2. Lego

Permainan Kanak-Kanak Di Rumah

Permainan yang seterusnya ini juga tidak kurang hebatnya dan merupakan antara permainan yang sangat popular pada hari ini tanpa mengira umur.

Bermain dengan lego dapat membantu dalam membina kreativiti anak-anak untuk membentuk lego tersebut menjadi satu bentuk yang mereka inginkan.

Justeru itu, tidak hairanlah lego boleh menjadi sebagai salah satu permainan kanak-kanak di rumah yang terbaik.

Kanak-kanak yang main pun akan menjadi mudah leka dan seronok. Dalam maa yang sama membantu menguatkan minda mereka.

3. Permainan berpapan

Permainan berpapan juga merupakan salah satu permainan kanak-kanak di rumah yang terbaik dan boleh menjadi pilihan para ibu bapa kerana ia mendatangkan banyak manfaat buat anak mereka.

Permainan berpapan seperti Monopoli, Saidina, Sahiba dan sebagainya mengajar anak kita untuk mematuhi peraturan, menyusun strategi dan bersaing secara sihat dengan pemain yang lain.

4. Permainan kenal huruf

Permainan kanak-kanak di rumah yang seterusnya ini sememangnya satu permainan yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai proses awal untuk pendidikan awal kanak-kanak sejak umur 2 tahun lagi.

Permainan mengenal huruf dan nombor dapat membantu kanak-kanak mengenal huruf serta nombor di peringkat awal usia.

Dalam pada masa yang sama dapat mengajar anak-anak belajar bercakap dengan lancar terutama sekali bagi patah perkataan yang penting.

5. Melukis

Selain itu, melukis juga merupakan antara permainan kanak-kanak di rumah yang boleh dijadikan sebagai pilihan buat ibu bapa.

Permainan sebegini dapat melatih anak mengembangkan bakatnya dalam satu bentuk seni yang digemari iaitu melakar, dan mewarna.

Bukan itu sahaja, dengan pemainan melukis, kreativiti anak mudah terbentuk dengan cepat kerana mereka sentiasa akan berfikir serta berimaginasi akan lakaran yang terbaik untuk dipersembahkan di atas sehelai kertas.

Kesimpulanya, permainan kanak-kanak di rumah sememangnya sangat penting kerana ia dapat dijadikan untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah bijak dalam memilih permainan yang terbaik buat anak-anak supaya permainan tersebut dapat memberi manfaat dan tidak mendatangkan keburukan kepada mereka.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa