Kriteria Penting Tudung Budak Instant Untuk Bersukan

Berada di zaman 2022 ni jangan kata mak mak sahaja yang mahu mengenakan tudung untuk bersukan, anak anak juga mahukan tudung budak instant bagi keselesaan mereka ketika nak melakukan aktiviti sukan

Seperti yang kita sedia maklum, kini, semakin ramai wanita apatah lagi anak kecil terlibat dengan aktiviti mencabar seperti berlari, berbasikal, hiking, olahraga dan pelbagai lagi sukan menarik. Mungkin sebelum ini, sukan ekstrem ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki tetapi kini tidak lagi.

Anak-anak perempuan yang masih bersekolah juga sudah mula layak mewakili sukan dalam peringkat negeri mahupun kebangsaan. Ia adalah sesuatu yang membanggakan, bukan? Namun begitu disebalik kebanggaan ini, tersirat seribu kerisauan dalam hati setiap ibu bapa tambahan lagi yang beragama Islam.

Hal ini kerana, kebanyakan pakaian sukan yang tersedia adalah tidak patuh syariah. Jadi, bagaimana dengan penampilan anak-anak mereka yang ingin bersukan dengan baik dan berlandaskan syariah?

Tips memilih tudung sarung budak murah tapi berkualiti

Haa, jangan risau. Kini, pengusaha fesyen telah mula mengeluarkan beberapa pakaian sukan khas buat muslimah termasuklah bagi wanita dewasa dan anak kecil. Pakaian-pakaian sukan ini telah direka khas bagi menepati citarasa wanita muslimah dan anak-anak yang ingin menjalankan aktiviti sukan dan riadah dengan lebih selesa.

Selain pemilihan baju yang betul, tudung yang selesa juga diperlukan untuk memastikan wanita dan anak-anak ini sentiasa bersemangat untuk bersukan. Antara jenis tudung yang sering menjadi pilihan adalah tudung budak instant. Nak tahu apakah kriteria penting tudung budak instant untuk bersukan?

Inilah antara kriterianya.

Tips untuk ibu bapa memilih membeli tudung instant untuk kanak kanak

1. Selesa dan ringan

Haa, sesiapa yang ada anak pasti tahu yang anak-anak ini tidak suka sesuatu yang merimaskan dan terlalu berat pada badan mereka. Jadi, untuk menggalakkan mereka bertudung semasa bersukan adalah dengan memilih tudung budak instant yang selesa dan ringan untuk digunakan.

Antara material yang selesa dan ringan adalah yang jenis ‘stretchable‘ dan ‘breathable‘. Kedua-dua kriteria ini adalah yang terbaik yang mana ia dapat membenarkan pengudaran angin yang baik ke dalam tudung selain terasa ringan pada kepala.

Justeru, anak-anak akan lebih bersemangat dan gemar memakai tudung semasa bersukan kerana merasakan bahawa tudung itu bukanlah suatu beban semasa bersukan tetapi hanya pakaian yang membantu melindungi aurat seperti baju dan seluar.

2. Senang dibentuk

Selain itu, material yang senang dibentuk juga adalah sangat penting. Tidak dinafikan, anak kecil kini sudah mula pandai bergaya tatkala berada di luar rumah. Ada kalanya, mereka lebih bergaya daripada wanita dewasa itu sendiri. Jadi, sesetengah daripada mereka sangat mementingkan awning yang sangat senang dibentuk. Walaupun sudah berpeluh awning masih kukuh terbentuk. Makin bersemangat lah nak bersukan lagi, kan?

3. Tak panas

Tudung budak instant perlulah tak panas ketika memakainya

Antara kriteria lain yang menjadi pilihan adalah tudung budak instant yang tidak panas dengan fabrik jenis sejuk. Okay, sebelum kita teliti dengan masalah anak-anak, bagaimana dengan anda? Adakah anda selesa memakai tudung yang kedap udara, panas dan tidak menyerap peluh ketika bersukan seperti tudung berkain satin? Pastinya tidak, bukan?

Begitu juga anak-anak anda. Mereka juga menginginkan tudung yang sejuk dan selesa untuk digunakan. Maklumlah ketika bersukan, seluruh organ badan akan bekerja keras dan menjadikan badan terasa panas, suam dan berpeluh. Jadi, anak-anak akan terdorong untuk berhenti bersukan jika memakai material kain yang panas.

4. Terletak elok

Tudung budak instant yang terletak elok pada badan si anak juga adalah sangat penting. Kriteria tudung yang baik adalah apabila bahagian tepi tudung tidak menutupi bahu si anak. Namun, bahagian depan tudung adalah yang menutupi bahagian dada. Hal ini kerana jika ia melepasi bahu si anak, mereka akan mula berasa rimas dan walaupun bahagian depannya menutupi dada, mereka tetap akan berasa selesa. Hal ini kerana tudung yang baik adalah yang tidak bergerak sewaktu tangkas melakukan aktiviti riadah dan senaman.

Seaktif apa pun aktiviti si anak, tdung ini masih akan kembali kepada bentuk asalnya yang terletak elok dan tidak serabut.

5. Tak mudah kedut dan cepat kering

Selain itu, antara sebab mengapa anda perlu memilih tudung budak instant yang telah dikhaskan untuk bersukan ini adalah disebabkan oleh kriterianya yang tidak mudah berkedut dan cepat menyerap peluh. Tudung yang mampu menyerap peluh ini akan memberikan kesan pemakaian yang lebih selesa kerana si pemakai akan berasa lebih sejuk dan selesa.

Manakala sifatnya yang tidak mudah kedut ini pula akan membantu para ibu dalam memastikan si anak sentiasa berada dalam keadaan yang kemas walaupun sedang aktif bersukan. Jika anda nak tahu, material yang cepat kering juga sering menjadi pilihan para ibu kerana tudung yang basah akibat peluh si anak akan dapat dikeringkan dengan cepat walaupun ketika sesi cool down itu sahaja tanpa perlu dijemur dengan betul. Ia lebih memudahkan, bukan?

Resepi sedap pekasam daging

Ringkasnya, kriteria pemilihan tudung budak instant adalah sangat penting dalam memastikan anak-anak sentiasa selesa walaupun ketika bersukan. Tudung yang tidak selesa akan memberi kesan kepada anak-anak untuk terus bersemangat bersukan dan beriadah walaupun dengan memakai tudung. Ketahuilah bahawa sekecil-kecil kriteria ini juga akan mempengaruhi keinginan anak-anak untuk terus menjalankan aktiviti kegemaran mereka seiring menjaga kepatuhan syariah.

Tertarik untuk membeli tudung anak kecil yang berpatutan untuk dibeli?

Jom beli dengan https://tudungsicomel.com/ dan dapatkan pelbagai isu serta tips menarik yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa