4 Cara Awesome Didik Anak Berpakaian Sopan Tanpa Perlu Dipaksa

Didik anak berpakaian sopan sebagai seorang Muslim sememangnya perkara yang sangat di wajibkan di dalam islam. Sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan dalam medidik anak-anak supaya menutup aurat dan berpakaian sopan sejak dari kecil lagi.

Hal ini kerana jika anak sudah besar ia mungkin akan menyukarkan kita sendiri untuk membentuk dan melatih mereka agar menutup aurat.

Anak yang sudah terbiasa tidak menutup aurat sudah pastilah mereka menganggap ia bukanlah satu perkara yang salah lagi.

Didik Anak Berpakaian Sopan

Didik anak berpakaian sopan bermula sejak Kecil dari rumah

Tidak dinafikan madrasah ilmu itu bermula dari rumah. Sama juga dalam konteks mendidik anak agar berpakaian sopan dan menutup aurat.

Sungguhpun cabaran yang bakal ibu bapa tempuhi dalam mendidik mereka bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ditambah pula terlalu banyak pengaruh dari sekeliling sehingga menyebabkan kesukaran untuk ibu bapa mendidik anak-anak mereka supaya menutup aurat dengan sempurna.

Namun, itulah tanggungjawab kita. Untuk mendidik anak perempuan supaya menutup aurat ia perlulah bermula dari rumah dan perlu bermula dari kita sendiri. Ini kerana, anak-anak mudah terikut apa yang mereka lihat dan mereka pelajari.

Jadi, jika kita ajar dengan baik lama kelamaan anak juga akan ikut apa yang kita ajarkan kepada mereka. Berikut, kami kongsikan cara didik anak bertudung dengan mudah. Antara caranya ialah:

1. Mulakan dari awal

Mahu didik anak berpakaian sopan ia perlulah bermula dari awal iaitu sejak mereka masih kecil lagi. Tiada alasan sama sekali untuk tidak mengajar anak perempuan kita tidak bertudung.

Lagi pula, pada waktu ini untuk membeli pakaian kanak-kanak yang patuh syariah bukanlah satu perkara yang sukar kerana, ada bermacam jenis design pakaian patuh syariah yang menarik, warna yang menarik dan design moden terkini.

Anak-anak perempuan kita pun tentunya akan gembira dan rambang mata dalam memilih tudung yang mereka suka untuk dikenakan dengan pakaian mereka.

Didik Anak Berpakaian Sopan

2. Amalkan secara konsisten

Tips didik anak berpakaian sopan yang seterusnya ialah konsisten. Apabila anak perempuan sudah mula suka atau pandai pakai pakaian yang menutup aurat, ajar pula dia untuk memakai secara kosisten.

Caranya dengan memakainya setiap kali keluar rumah sama ada berjalan bersama keluarga mahupun ke sekolah.

Walaupun pada mulanya anak perempuan kita akan menjadi tidak selesa dan kekok, tetapi jika di ajar secara perlahan-lahan, lama kelamaan ia akan menjadi rutin dan mereka akan mula membiasakan diri untuk memakai pakaian sopan tanpa di suruh atau di minta.

Baca Juga: 5 Jenis Permainan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Superb Yang Boleh Ibu Bapa Pilih

Didik Anak Berpakaian Sopan

3. Jadi role model

Selain itu, tips didik anak berpakaian sopan yang seterusnya ialah ialah sebagai ibu bapa anda juga perlu menjadi role model terbaik.

Anak-anak mudah terikut dengan apa yang mereka lihat terutama sekali perlakuan dan tindakan yang mereka contohi dari ibu bapanya.

Jadi, jika kita mahu anak-anak pakai pakaian yang sopan, sebagai ibu bapa kita juga perlu pakai pakaian yang sopan sewaktu di rumah. Kanak-kanak akan mudah terikut jika ibu bapanya menunjukkan contoh yang baik.

4. Belikan pakaian yang sopan

Selain dari tips di atas, satu lagi tips didik anak berpakaian sopan adalah dengan membelikan anak anda pakaian-pakaian yang sopan juga.

Walaupun anak anda masih kecil tetapi dari kecil inilah waktu yang sesuai dan terbaik untuk ajar mereka berpakaian dengan sopan.

Justeri itu, tindaka kita membeli pakaian yang menutup aurat adalah tindakan yang wajar. Apabila ibu bapa beli pakaian yang sopan secara tidak langsung akan membuatkan anak termotivasi untuk memakainya.

Kesimpulanya, mendidik anak pada waktu ini bukanlah satu perkara yang mudah di tambah pula dengan pengaruh sekeliling dan media hiburan yang banyak memberi gambaran visual mengenai pakaian dan trend hiburan yang mendedahkan aurat dan tidak mematuhi syariat.

Bahkan, ramai kanak-kanak dan remaja mula mengidolakan seleberiti, atau influencer sama ada di dalam atau luar negara.

Mereka juga mudah cenderung untuk terikut-ikut dengan pakaian serta fesyen idola mereka yang ada masanya tidak mematuhi syariah islam. Lantaran itu, didiklah mereka dengan berperingkat tetapi tegas untuk mengingatkan.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa