5 Petua Untuk Dapat Anak Perempuan Yang Anda Boleh Amalkan

Memperoleh cahaya mata perempuan menjadi idaman bagi semua pasangan suami isteri. Justeri itu, pelbagai cara cuba dipraktikkan untuk menimang seorang bayi perempuan. Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda, petua untuk dapat anak perempuan.

Dilema hamil anak lelaki atau perempuan

petua untuk dapat anak perempuan

Bukan semua pasangan tahu tentang petua untuk dapat anak perempuan yang mereka boleh cuba. Setiap pasangan suami isteri yang sudah dikurniakan anak lelaki pastinya inginkan bayi perempuan pula. 

Pelbagai cara dan petua untuk dapat bayi perempuan yang pasangan boleh cuba secara semula jadi. Bukan apa, memiliki kanak perempuan pastinya sangat membantu ibu bapa.

Ini kerana, anak perempuan mempunyai sifat yang penyayang, rajin membantu dan boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Sebenarnya, dalam ilmu perubatan tiada bukti yang menyatakan suami isteri boleh memilih jantina anak iaitu lelaki atau perempuan.

Walaupun merancang jantina diharuskan dalam Islam, tetapi kita kena faham dengan beberapa perkara. Jika anda merancang untuk mendapatkan baby girl tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redha dan penuh kesyukuran.

Doktor mungkin ada memberi petua untuk dapat anak perempuan kepada kita, tetapi ingat ia hanya sebatas ikhtiar, doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak.

Mereka hanya berkongsi petua untuk dapat anak perempuan sebagai usaha bagi mendapatkan bayi perempuan. Berbalik semua kepada pemilik rezeki, yang berkuasa menentukan cumalah Allah SWT sahaja.

Penentu jantina anak adalah bergantung dari suami

Ilmu Sains ada mengatakan bahawa yang akan menentukan jantina adalah melalui ciri-ciri kromosom suami. Hal ini kerana, sperma bertugas untuk membawa kromosom X dan Y.

Ketika kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, maka barulah terhasil dua kebarangkalian iaitu sama ada XY untuk bayi lelaki atau XX untuk bayi perempuan.

Tidak salah mencuba petua untuk dapat anak perempuan

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk membantu meningkatkan peluang anda hamil bayi perempuan? Diingatkan juga, sebarang petua untuk dapat baby perempuan secara semula jadi ini tidak menjaminkan 100% kejayaan.

Namun jika anda benar-benar mahukan bayi perempuan, tiada salahnya untuk mencuba. Jom kita lihat beberapa petua untuk dapat anak perempuan yang boleh dicuba.

1. Isteri perlu tahu waktu subur

Petua untuk dapat anak perempuan yang pertama adalah isteri perlu tahu waktu subur mereka. Hubungan intim perlu dilakukan selepas isteri habis haid iaitu selang sehari sehinggalah hari penetasan telur isteri (ovulasi).

Elakkan dari melakukan hubungan selama 5 hari, bermula dari hari ovulasi. Waktu subur ini bermakna waktu hari ovum dilepaskan oleh ovari.

Bagi anda yang kitarannya sama setiap bulan, boleh tolakkan jumlah kitaran 14 hari, maka itulah waktu subur anda. Untuk lebih pasti, anda juga boleh menggunakan Ovalution Test supaya anda tahu waktu subur sendiri.

Justeru itu, isteri wajib tahu waktu diri mereka subur supaya proses untuk hamil anak perempuan mempunyai kebarangkalian yang tinggi.

2. Digalakkan makan makanan yang berasid

Tidak dinafikan, pemakanan mempengaruhi potensi untuk mendapatkan bayi perempuan. Petua untuk dapat anak perempuan yang ini, mengalakkan kita untuk makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain-lain.

Alasannya kerana, kromosom X bertahan lama dalam keadaan yang berasid. Pastikan, kita juga berpantang untuk memakan makanan laut serta makan makanan tinggi kalsium.

Apa-apa pun pastikan makanan yang diambil mengikut kadar yang sederhan dan tidak memberi kemudaratan kepada tubuh badan sendiri.

petua untuk dapat anak perempuan

3. Lakukan posisi seks yang betul

Petua dapat anak perempuan seterusnya ialah melakukan posisi seks yang betul. Bagi anda yang mahu mendapatkan anak perempuan kembar, mesti tertanya-tanya posisi yang betul sama ada posisi bayi perempuan kiri atau kanan. 

Anda dan pasangan boleh lakukan posisi mengiring ke kiri untuk dapat anak perempuan dan pastikan juga zakar suami tidak terlalu dalam.

Untuk pengetahuan anda, sel sperma lelaki yang kecil akan berenang dengan cepat tetapi hanya untuk tempoh pendek sebelum penat. 

4. Doa yang boleh diamalkan

Seterusnya, petua untuk dapat anak perempuan yang lain adalah dengan berdoa doa dan mengamalkan surah-surah tertentu. Walaupun tiada doa khusus untuk meminta anak lelaki atau perempuan, namun tiada salahnya untuk kita berdoa.

Tambahan lagi, wanita hamil amat digalakkan untuk banyak berdoa, solat, dan membaca Al-Quran. Anda boleh kerapkan untuk membaca Surah Maryam dan berdoa memohon kepada Allah agar dapat bayi perempuan. 

Selain itu, boleh juga amalkan beberapa surah di bawah ini supaya memudahkan urusan anda ketika mengandung dan proses bersalin:

  • Surah Al-Fatihah – kuat ingatan dan penerang hati
  • Surah Yusuf – anak yang baik akhlak dan cantik rupa
  • Surah Luqman – anak yang cerdik pandai
  • Surah Yassin – anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – memudahkan urusan bersalin
  • Surah Al-Hujarat – memperbanyak susu ibu

Tidak menjadi kesalahan bagi wanita hamil untuk mengamalkan bacaan surah ketika mengandung, ia juga merupakan sebahagian amalan yang menambahkan lebih banyak pahala.

Apa pun, jangan hanya amalkan surah ini ketika mengandung sahaja sebaliknya jadikan amalan harian anda agar mendapat keberkatan dari Nya. Sesungguhnya kita yang berusaha tetapi Allah jua yang menentukannya.

5. Kaedah Shettles

Petua dapat anak perempuan yang paling cepat adalah dengan menggunakan Kaedah Shettles. Kaedah ini telah digunakan sejak tahun 1960-an lagi.

Ia dikatakan berjaya mencapai kadar kejayaan sebanyak 75%. Penting juga untuk anda tahu tentang kaedah ini iaitu seorang wanita harus mengelakkan daripada mengalami klimaks sehinggalah pasangan anda selesai ejakulasi.

Ini bagi mengelakkan persekitaran menjadi lebih beralkali berbanding berasid. Perkara lain yang penting untuk anda tahu mengenai kaedah ini adalah anda harus elakkan hubungan seksual apabila terdapat lendir faraj yang berwarna putih telur.

Dicadangkan untuk memberi keberkesanan yang lebih kepada petua untuk dapat anak perempuan ini, anda dan pasangan perlu lakukan hubungan intim antara 2 atau 4 hari sebelum ovulasi jika mahukan bayi perempuan. 

Tanda-tanda hamil anak perempuan

Di bawah ini, saya senaraikan beberapa tanda yang kemungkinan besar wanita hamil anak perempuan. Perhatikan tanda di bawah ini, jika ada tandanya, pasti ada sedang hamil bayi perempuan.

1. Bentuk perut

Kedudukan perut yang lebih tinggi atau di atas dan membulat juga dikatakan anda sedangan mengandungkan anak perempuan. 

2. Moring Sickness yang teruk

Kebiasaannya, ibu yang mengandung anak perempuan ini akan mengalami morning sickness yang teruk pada waktu pagi.

3. Mengidam makan manis-manis

Selera ibu hamil juga lebih cendurung untuk makan makanan yang manis seperti buah-buahan yang manis, aiskrim dan coklat.

4. Posisi tidur

Jika anda cenderung tidur mengiring ke kanan, anda dikata sedang mengandung anak perempuan.

5. Perubahan payudara

Dikatakan bahawa saiz payudara ibu hamil anak perempuan lebih besar di sebelah kiri.

6. Kulit berminyak dan berjerawat

Jika jerawat mula timbul dan kulit anda kelihatan berminyak, anda berkemungkinan mengandung anak perempuan.

7. Rambut menjadi tipis

Ketika hamil, jika rambut anda menjadi semakin nipis dan kelihatan kusam tidak bermaya, ini merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.

Kesimpulan

Anak adalah kurniaan Allah yang sangat berharga bagi pasangan suami isteri. Jangan bersedih sekiranya sehingga ke hari ini, kita tidak diberikan anak perempuan walaupun pelbagai petua untuk dapat anak perempuan sudah kita cuba.

Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri diluar sana yang menginginkan cahaya mata. Ada juga yang sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat. Kita sangat beruntung kerana Allah masih memberikan zuriat.

Apa jua jantina anak yang akan dikurniakan kepada kita, terimalah dengan redha dan penuh kesyukuran di atas kurniaan tersebut.

Dengan adanya, petua untuk dapat anak perempuan di atas diharapnya dapat membantu anda sedikit sebanyak bagi mendapatkan bayi perempuan. Tiada salahnya mencuba, mana tahu rezeki anda untuk dapatkan bayi perempuan ini berjaya.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

One comment

  1. Hi. sya betul2 berhasrat nk dptkan anak perempuan. yelah, anak skrg dh 2 org laki2. ada tips tak yg betul2 mujarab? terima kasih ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa