Setiap anak pasti menginginkan bilik mereka cantik dan kemas apatah lagi jika ibu bapanya pandai mendekorasi bilik tersebut. Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda tips dekorasi bilik tidur anak. Perkongsian ini merangkumi dekorasi bilik tidur anak lelaki serta perempuan.
Bilik tidur ruangan kreativiti anak
Bilik tidur adalah tempat peribadi untuk anak-anak kita membesar. Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab untuk memastikan anak ini mempunyai bilik yang menarik, dan selesa untuk memberikan inspirasi kepada mereka.
Hal ini disebabkan, bilik tidur menjadi ruangan peribadi yang sangat penting untuk anak-anak khususnya kerana mereka menjalani rutin harian di dalam bilik.
Memiliki bilik tidur yang selesa dan indah, sudah pastinya akan menambahkan lagi semangat anak-anak. Tugas mendeko bilik tidur anak bukanlah perkara yang susah, ini kerana tema bilik mereka pasti tidak akan lari dari karakter kartoon kegemarannya.
Baca ini juga: Susu Formula Untuk Newborn
Untuk mendekorasi bilik, ia juga memerlukan kos yang tinggi tetapi zaman sekarang kitalah yang perlu bijak untuk mengawal perbelanjaan seperti mengunakan konsep DIY atau mengubah suai dari barang-barang terpakai.
Anda mahu tahu lebih lanjut tentang tips dekorasi bilik tidur anak yang menarik? Jom kita semak sama-sama.
4 tips dekorasi bilik tidur anak
Di bawah ini, kami sertakan empat tips untuk dekorasi bilik tidur anak bagi menjadi panduan untuk memudahkan para ibu bapa dalam mendekorasi. Bolehlah anda hias cantik-cantik bilik anak anda nanti.
1. Warna yang sesuai
Tips dekorasi bilik tidur anak yang pertama ialah pastikan anda pilih warna yang sesuai. Dalam hal ini, elakkan dari kita memilih terlalu banyak warna yang cerah yang mungkin menyebabkan suasana bilik bertambah kusam dan tidak menarik.
Memang boleh dikatakan setiap kanak-kanak suka dan gemar dengan warna yang cerah. Justeru itu, disarankan untuk anda mengunakan warna pastel dan matte yang sesuai.
Warna yang sebegini boleh memberi impak yang menenangkan. Menarik pun menarik bagi tatapan di mata.
2. Gunakan perabot dewasa
Untuk jangka masa yang panjang, kami cadangkan untuk ibu bapa menggunakan perabot dewasa sahaja ketika dekorasi bilik anak. Tips ini bagi mengelakkan pembaziran di kemudian hari.
Dengan membeli peraobot dewasa, ia boleh digunakan untuk satu tempoh yang lama bahkan sehingga anak meningkat dewasa.
Soal design dan reka bentuk perabot tidak menjadi masalah sama sekali kerana terdapat pelbagai jenis perabot yang dijual di pasaran dah bahkan membuatkan anda sendiri rambang mata untuk memilihnya.
3. Jangan fokus kepada tema kanak-kanak
Selain itu, kita juga kena bijak untuk memilih tema bagi bilik tidur anak. Tema kanak-kanak kebiasaannya adalah karakter atau watak lakonan kartun kegemaran mereka seperti Frozen, Upin Ipin dan sebagainya.
Tetapi, tema seperti ini hanya akan nampak menarik waktu itu sahaja. Ada masanya kartun itu sudah tidak digemari lagi lalu anak mula rasa bosan melihat tema bilik yang sama setiap hari.
Bermain dengan wallpaper bilik memberi risiko kepada dinding bilik sehingga menyebabkan ia “cacat” dan tidak menarik lagi. Adalah lebih baik sekiranya tema umum diaplikasikan.
Contohnya, bilik tidur dihias dengan tema “unisex” iaitu sesiapa sahaja boleh menggunakan bilik tidur tersebut tanpa mengambil persoalan tentang jantina.
4. Pilih dekorasi dinding yang bersesuaian
Dari segi hiasan untuk dinding pula, kita boleh pilih sesuatu yang agak neutral dan sesuai untuk semua umur, misalnya gambar peta, patung-patung dan sebagainya.
Kita juga boleh menambah hiasan bilik, dengan meletakkan pokok kaktus di dinding. Untuk pengetahuan anda, pokok kaktus antara pokok yang paling mudah untuk dijaga dan boleh menambah seri di dalam bilik anak anda.
Kesimpulan
Setelah membuat apa-apa keputusan tentang dekorasi bilik tidur anak, pastikan ajar juga anak untuk sentiasa mengemas bilik supaya nampak lagi kemas dan bersih.
Secantik apapun dekorasi di dalam bilik, seandainya tidak dijaga dan dikemas sentiasa pasti akan merosakkan suasana di dalam bilik itu. Penting ya untuk ajar anak cara mengemas bilik agar sentiasa bersih.
Lima tips dekorasi bilik anak yang kami kongsikan di atas pasti menjadi tatapan dan contoh untuk anda. Pilihlah tema yang anda inginkan dan pastikan tips ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Semoga bermanfaat.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel