Asingkan Tempat Tidur Anak: 4 Cara Terbaik Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan

Asingkan tempat tidur anak merupakan antara perkara penting dan wajib dilakukan apabila anak anda sedang membesar.

Tetapi untuk mengasingkan tempat tidur anak ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi setiap ibu bapa. Ini kerana, anak-anak kecil biasanya lebih suka untuk tidur sekali dengan ibu bapa mereka terutama sekali buat anak yang manja dengan ibu bapanya. Tetapi jika di biarkan anak kecil tidur sekali dengan kita ia bukanlah satu perkara yang elok. Ini kerana, ia melibatkan privasi anda suami isteri dalam pada masa yang sama ia juga melibatkan aurat kita dengan anak-anak.

Ada Beberapa Cara Penting Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Asingkan Tempat Tidur Anak Anda

Sebab itulah, apabila anak kecil kita sudah pandai berdikari dan pandai menguruskan diri mereka, sudah tiba masanya untuk ibu bapa asingkan tempat tidur mereka dengan kita. Tetapi jika memaksa anak untuk tidur berasingan dengan kita ia akan membuatkan mereka akan cepat mengamuk dan memberontak. Justeru itu, untuk asingkan tempat tidur anak ia perlu bermula secara perlahan-lahan. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengasingkan tempat tidur anak anda. Jom kami kongsikan caranya. Antara caranya ialah:

1- Hias Bilik Ikut Citarasa Anak

Cara yang pertama ini, antara cara yang ramai ibu bapa guanakan pada masa kini. Setiap kanak-kanak sudah pastilah mempunyai citarasa mereka tersendiri. Jadi, apabila anak anda mempunyai bilik sendiri, hias bilik mereka mengikut citarasa anak-anak. Cara ini, akan buatkan mereka lebih bersemangat untuk tidur di bilik mereka terutama sekali bila kita letakkan syarat yang kita akan hias bilik mereka tidur mereka mengikut citarasa anak-anak asalakan anak-anak tidur di bilik sendiri.

Asingkan Tempat Tidur Anak

2-Sediakan Bilik Berdekatan Dengan Anda.

Ada segelintir kanak-kanak yang tidak mahu tidur berasingan dengan ibu bapa kerana, tidak mahu berjauhan dengan mak ayah atau mereka merasa takut untuk tidur bersendirian. Justeru itu, dalam menyediakan bilik tidur untuk anak, pastikan ia berdekatan dengan bilik anda. Ataupun jika boleh anda buat bilik bersambung dengan anda (Connecting room). Ia membuatkan anak anda merasa lebih yakin dan berani untuk tidur bersendirian terutama sekali bila mereka tahu bilik anda berdekatan dengan bilik mereka.

Baca Juga: Anak Kedekut?? Jom Gunakan 5 Cara Ini Untuk Elakkan Anak Kedekut

3-Pasangkan Sistem Pencahayaan

Bilik yang terlampau gelap juga boleh menjadi salah satu sebab kenapa anak-anak cukup takut untuk tidur sendiri dan berasingan dengan ibu bapa. Ianya adalah lumrah bagi anak kecil mereka takut dengan keadaan yang gelap. Jadi, sediakan sistem pencahayaan yang cukup untuk memberikan sedikit keyakinan buat anak anda untuk tidur berasingan dengan anda. Untuk sistem pencahayaan anda boleh gunakan lampu tidur walaupun ia sedikit mala tetapi ia cukup untuk memberi pencahayaan dalam bilik anak anda.

4- Temankan Anak Sampai Mereka Tidur

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan supaya anak anda mahu tidur ialah dengan temankan anak-anak kita dahulu sbeleum mereka tidur. Apabila mereka sudah bernar-benar nyenyak tidur barulah anda masuk tidur. Bila anda mula temankan anak anda sebelum mereka tidur ia memberikan sedikit keberanian untuk mereka tidur. Lama-kelamaan anak anda akan mula biasakan diri untuk tidur bersendirian dan sekali gus mudah untuk anda asingkan tempat tidur anak anda dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa