Inilah Cara Hilangkan Selsema Bayi Secara Semulajadi

Kali ini, saya nak kongsikan pula cara hilangkan selsema bayi secara semulajadi. Mesti ibu bapa di luar sana, rasa kesian apabila si manja terkena selsema. Nak bernafas pun susah, sama macam kita juga kan? Bila terkena selsema ni, memang susah nak bernafas lepas tu jadi penat nak membuang hingus. Begitu juga dengan si manja.

Baca ini juga: Apa Petua Menjaga Anak Ketika Demam?

Bila selsema ni, si manja nak tidur lena pun susah. Si manja kerap terjaga dari tidur bila selsema. Kesian sungguh. Bila hidung tersumbat, lagilah buatkan si kecil ni meragam tak tentu hala. Menjaga anak yang sedang selsema ni satu cabaran yang memeritkan. Sebabnya, kita sendiri tak sanggup bila tengok hidung anak tersumbat apabila selsema.

Jadi, mulalah kita ni cuba cari cara hilangkan selsema bayi. Untuk pengetahuan, si manja berumur 2 tahun ke bawah tidaklah disarankan untuk memakan ubat sebarangan. Melainkan sudah berjumpa dengan doktor pakar, jika doktor kata boleh berikan, jadi berikan mengikut keperluan sahaja dan jangan terlalu kerap.

Buat ibu bapa yang sedang mencari cara menghilangkan selsema bayi, ini merupakan beberapa solusi untuk melegakannya. Jika si manja tidak suka memakan ubat, anda boleh menggunakan cara semulajadi ini. Jom kita baca.

#1 Tidur dengan tinggikan kepala

Cara pertama ialah dengan meninggikan kepala si bayi ketika tidur. Keadaan ini akan memudahkan si bayi untuk bernafas. Pasti tidur si manja tidak akan terganggu walaupun ketika menghadapi selsema.

#2 Menggunakan minyak bawang putih

Bawang putih ini senang je nak dapat, kat dapur pun dah ada. Ibu boleh menggunakan bawang putih dan jadikan sebagai minyak sapu. Untuk membuat minyak bawang putih, anda hanya perlu membakar bawang putih. Kemudian, tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Setelah itu,sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema.

#3 Menggunakan kunyit hidup

Kunyit hidup ini juga senang untuk didapati. Kunyit boleh menghilangkan dan memulihkan selsema si manja anda. Caranya amat mudah, kunyit itu tadi anda perlu gosokkan pada permukaan kasar lalu ia akan mengeluarkan air kunyit. Kalau nak tumbuk pun boleh juga. Lepas itu, anda gosokkan pada bahagian dada dan belakang badan si manja. Mudah kan?

#4 Guna spray hidung

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan klinik. Tak silap saya, harganya RM25 ke atas. Walaupun agak mahal tetapi inilah cara paling mudah untuk melegakan selsema si manja. Spray ini dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Jangan risau ianya tidak merbahaya dan diingatkan juga jangan sesekali menggunakan air paip untuk spray hidung si manja anda.

#5 Kerap bagi air putih atau susu ibu

Ini juga merupakan cara menghilangkan selsema bayi. Untuk pengetahuan, sebenarnya khasiat susu ibu dapt memulihkan sselsema bayi. Jadi, anda hanya perlu kerapkan penyusuan kepada si manja. Jika untuk kanak-kanak pulak, berikan mereka air putih dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi ketika selsema.

Kesimpulan

Mudah bukan cara menghilangkan selsema bayi secara semulajadi? Saya harap artikel ini memberikan maffat kepada ibu bapa yang sedang menghadapi masalah ini. Semoga anak anda kembali sembuh dan sihat semula. Semoga bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

five × 4 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa