Your Cart


5 Jenama Susu Formula Untuk Newborn Yang Terbaik

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama susu formula untuk newborn. Ada yang mahal dan ada juga yang mampu milik. Susu formula ini merupakan pilihan kedua selepas susu ibu. Ini kerana, ada juga ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan menggunakan susu ibu.

Saya sendiri akui apabila dapat menyusukan anak sehingga umur 6 bulan sahaja. Ini bukan disebabkan ketiadaan susu tetapi faktor sekeliling yang mempengaruhi pemprosesan susu tersebut. Begitulah dilema apabila ibu-ibu tak dapat menyusukan anak dengan susu ibu.

Bacca ini juga: 5 Tanda Anak Kena Pneumonia

Jadi, susu formula inilah yang menjadi pilihan ibu-ibu di luar sana. Nak membeli susu formula ini juga memerlukan ilmu supaya tiada pembaziran yang berlaku. Bukan semua anak yang sesuai dengan satu jenis susu formula. Sebab itu, sebelum beli perhatikan dengan teliti.

susu formula untuk newborn

Susu formula mempunyai formula kandungan yang berbeza-beza. Ada anak yang kalah dengan susu lembu, ada anak yang lain pula okay dengan susu lembu. Ada juga yang bagus untuk masalah sembelit, kembung perut dan sebagainya. Pelbagai jenis lagi masalah yang melibatkan susu formula mahupun susu ibu.

Jadi, apakah susu formula untuk newborn yang paling terbaik?

Saya sendiri yakin ibu dan bapa diluar sana mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi, susu formula yang mahal tidak menjamin anak anda bijaksana.

Jenama Susu Formula Untuk Newborn Yang Terbaik

Di bawah ini, saya senaraikan 5 jenama susu formula terbaik untuk newborn (bayi baru lahir). Anda kena pastikan susu formula anak anda nanti tidak mengandungi gula tambahan atau kandungan yang tidak diperlukan.

similac 1 900g

1- Susu Tepung Bayi Similac 1

Harganya agak lumayan mahal tetapi selalu di beli oleh ibubapa. Susu ini juga telah disahkan halal oleh JAKIM. Ia juga sering digunakan di hospital swasta dan kandungannya mengandungi DHA, Lutien, Vitamin E, Zink, Protein, Vitamin D dan Kalsium.

s 26 sma

2- Susu tepung Bayi S-26 Gold SMA

Susu tepung Bayi S-26 Gold SMA ini sesuai untuk bayi bermula dari 0 sehingga 12 bulan. Ia turut mengandungi DHA, Lutien dan nutrien Cholien tambahan serta kandungan zat besi sangat tinggi.

frisolac 1

3- Susu tepung bayi Frisolac Langkah 1

Susu ini didatangkan jauh dari ladang lembuh Holand. Ia amat mementingkan dan memelihara nutrisi semulajadi. Frisolac ini mengandungi kolinda dan kalsium yang paling tinggi diantara susu formula untuk newborn dalam senarai ini. Ia dijual dalam 3 saiz yang berbeza iaitu 400g, 600g dan 900g

isomil

4- Susu formula soya untuk bayi Isomil

Susu isomil ini dihasilkan daripada susu soya, ia berbeza dengan susu formula dari susu lembu. Bayi yang mempunyai alahan dengan susu lembu, bolehlah menggunakan susu ini. Ia mempunyai kalsium yang tinggi dan berasaskan 100% kacang soya tanpa laktosa.

dutch baby

5- Susu tepung Dutch Baby 0-6 bulan

Jenama ini sudah lama berada di pasaran Malaysia. Malah, ia juga sering di beli kerana harganya yang mampu milik oleh ibu bapa di luar sana. Susu ini mengandungi lima kali lebih DHA dan mempunyai protien, zat besi, magnesium, iodin, vitaman A,B,D dan selenium. Jadi, ia sangat sesuai untuk bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan.

Akhir Kata

Senarai di atas merupakan susu terbaik untuk bayi yang baru lahir. Pastikan sebelum membeli baca terlebih dahulu labelnya. Jika ragu-ragu tentang susu yang terbaik untuk anak, boleh dapatkan nasihat daripada doktor.

Langkah terbaik untuk mencari susu newborn yang terbaik, dengan membeli dalam pek kecil sahaja ataupun boleh cuba dengan sample. Jadi, anda pilihlah mengikut dengan penerimaan bayi anda. Ini kerana setiap anak mempunyai penerimaan yang berbeza-beza terhadap susu yang mereka minum. Saya doakan semoga ibu bapa di luar sana, cepat berjaya dalam misi untuk mencari susu formula untuk bayi baru lahir. Amin.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa