Your Cart


5 Tanda Anak Kena Pneumonia Yang Harus Dipantau

Pernah dengar tak penyakit Pneumonia dan tanda anak kena pneumonia? Ibu bapa kena ambil berat tentang kesihatan anak. Tidak kiralah anda sibuk bekerja atau tidak. Kesihatan anak adalah perkara nombor satu untuk anda pantau. Anda kena setiasa alert dengan kesihatan mereka.

Baca ini juga: Yuran Brainy Bunch 2023

Pneumonia ini ialah penyakit radang paru-paru yang melibatkan pundi udara. Pundi udara yang dijangkiti bakteria dan akan mengakibatkan gejala pneumonia pada anak seperti demam, batuk berlendir, sesak nafas dan menggigil.

tanda anak kena pneumonia

Sebenarnya, jangkitan kuman paru-paru ini boleh menjadi sangat serious dalam waktu singkat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana, kanak-kanak kecil boleh mengalami masalah kekurangan oksigen dan kekurangan air (dehidrasi).

Bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa pun turut boleh dijangkiti penyakit Pneumonia. Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh doktor. Doktor akan mendengar bunyi pernafasan. Ia juga boleh dikesan melalui imbasan X-ray dada, ujian kahak (sample kahak, cecair dalam paru-paru), ujian darah dan ujian oksimetri nadi (ujian mengukir tahap oksigen dalam darah).

5 Tanda-tanda Anak Kena Pneumonia

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tanda anak kena Pneumonia. Jadi perhatikan 5 tanda tersebut dan jika semakin teruk, silalah bawa ke hospital yang berdekatan.

1- Batuk yang berlendir

Pneumonia ini terjadi disebabkan oleh jangkitan daripada virus atau bakteria. Oleh itu, akan menyebabkan anak anda batuk. Kebiasaannya, batuk akan bertahan selama beberapa hari atau lebih lama. Tetapi jika batuk semakin teruk dan disertai dengan lendir dan kotoran, ini merupakan salah satu tanda anak kena pneumonia.

2- Anak nafas dengan laju

Nafas laju merupakan salah satu tanda yang umum pada anak ketika mereka diserang oleh pneumonia. Tetapi tidak bermaksud setiap kali anak bernafas laju itu mereka terkena penyakit ini. Bayi yang berusia 2-12 bulan biasanya akan bernafas sebanyak 50 kali per minit. Manakala pada usia 1-5 tahun, laju nafas yang normal ialah sekitar 40 kali per minit. Jadi, ibu bapa kena sentiasa alert dengan pernafasan anak.

tanda anak kena pneumoniaa

3- Demam teruk

Demam anak juga bertambah teruk apabila mereka di serang Pneumonia. Kebiasaannya, sebelum anak demam teruk, mereka akan mengalami masalah batuk yang berpanjangan sehingga beberapa hari. Kemudian, batuk itu tadi akan menjadi batuk berlendir dan menyebabkan anak anda mengalami demam. Tetapi, anda kena pastikan demam itu tadi tidak menjadi sawan kepada anak anda. Demam yang teruk ini yang selalunya terjadi masalah sawan kepada anak.

Pantau suhu demam anak pada setiap pagi dan petang, bagi mengesan pneumonia ini. Segera ke klinik sekiranya demam mereka melebihi 38 celcius ke atas. Demam merupakan salah satu tanda bagi mengesan anak

4- Tidak mahu menyusu

Ini juga merupakan salah satu tanda anak anda kena pneumonia. Mereka sukar untuk menyusu disebabkan oleh batuk yang teruk. Akibatnya, anak akan nampak kurang sihat dan tidak bermaya. Anak akan menangis secara terus-menerus dan akan menyebabkan mereka kekurangan air dalam badan (dehidrasi).

5- Tidak boleh buang air kecil seperti biasa

Masalah ini akan menyebabkan anak anda tidak boleh membuang air seperti biasa. Apabila sudah teruk, pneumonia menjadi punca anak anda kekurangan air di dalam badan. Apatah lagi, anak tidak mahu menyusu sebab ituah susah untuk mereka membuang air kecil.

Kesimpulan

Pneumonia ini bukanlah satu penyakit yang remeh-temeh untuk anda perhatikan. Penyakit ini sangat berbahaya untuk si manja anak. Ia sangat mengambil masa yang lama untuk pulih dan ia bergantung kepada antibodi kanak-kanak itu sendiri.

Sekiranya, anak anda mengalami pneumonia ini, pastikan anda mengehadkan hubungan anak dengan ahli keluarga yang lain. Pastikan juga mereka ini sentiasa memakai pelitup muka dan buangkan tisu yang digunakan untuk batuk ke dalam tong sampah.

Pastikan anda membuat temujanji dan dapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya kesihatan anak anda semakin teruk. Kesihatan anak merupakan perkara penting untuk anda dan pasangan ambil berat. Sayangi anak anda dan semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian semua. Semoga bermanfaat!

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa