Sebagai ibu bapa, anda kena cakna tentang bahan turunkan demam panas anak supaya lagi mudah untuk anda hadapinya. Suhu demam yang melebihi 38 darjah celcius ke atas dikategorikan sebagai demam panas. Demam merupakan tindak balas normal dalam badan akibat kesan daripada pelbagai situasi dan jangkitan kuman.
Baca ini juga: Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah
Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ke bawah demam panas yang berlarutan tanpa tindakan dan rawatan boleh menyebabkan sawan. Penyakit sawan inilah yang perlu ibu bapa elakkan, sawan sangat merbahaya untuk anak-anak.
Jadi, hari ini saya kongsikan 6 bahan untuk turunkan demam panas anak. Jom teruskan bacaan ini.
#1 Bawang merah
Selain digunakan untuk memasak, bawang merah juga merupakan bahan turunkan demam panas anak. Bahan ini sudah menjadi bahan utama ketika anak demam. Untuk menurunkan suhu demam, anda cuma perlu menghiris bawang merah dan mencampurkannya dengan minyak kayu putih atau minyak telon. Tak kisahlah nak guna minyak apa. Lepas tu, anda sapukan pada badan anak sebanyak dua kali sehari.
#2 Air kelapa
Kalau anda nak tahu, air kelapa juga sangat bagus untuk diberikan kepada anak yang tengah demam. Air kelapa ini adalah cara yang terbaik untuk menyegarkan tubuh si manja. Vitamin, mineral, dan elektrolit dalam air kelapa menjadikan air kelapa sebagai cara yang efektif untuk tetap terhidrasi ketika demam.
#3 Lemon dan madu
Saya sendiri menggunakan lemon ketika anak demam. Caranya dengan mencampurkan air perahan lemon itu tadi dengan satu sudu madu. Kemudian, suapkan kepada anak anda. Untuk anak yang masih bayi atau kurang 1 tahun, tolong jangan bagi ya.
#4 Halia
Bahan turunkan demam panas anak yang seterusnya ialah halia. Halia ini mempunyai sifat antibakteria yang membantu untuk melawan demam, batuk dan gejala yang lain. Anda hanya perlu memberikan sedikit air teh panas yang bercampur halia. Ia dapat membantu anak anda mengeluarkan peluh dan kebah dari demam.
#5 Lidah buaya
Lagi bagus kalau tanam lidah buaya di rumah, inilah salah satu bahan turunkan demam panas anak secara tradisional. Lidah buaya ini sangat efektif untuk pelbagai penyembuhan, termasuklah untuk membantu menurunkan panas demam. Anda hanya perlu menyapu gel lidah buaya pada tubuh badan anak agar cepat kebah.
#6 Air putih
Air putih merupakan minuman terbaik yang membantu menurunkan demam. Paksa anak anda untuk minum lebih banyak air putih semasa demam agar dapat merendahkan suhu demam panas. Dengan banyak minum air putih, suhu tubuh akan menurun sehingga kebah dan menjadi stabil.
Kesimpulan
Mudahkan dengan menggunakan bahan bahan yang ada di sekeliling, saya yakin mesti suhu badan anak turun dengan cepat. Kita cuba ikhtiar dengan menggunakan bahan bahan ini. Mudah-mudahan anak kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Walaupun anda sudah cuba bahan-bahan di atas ni tetapi suhu anak masih bertambah, terus bawa ke klinik ya. Kena check juga anak demam ni kenapa dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.
Saya harap artikel ini memberikan manfaatt kepada ibu bapa yang sedang menghadapi masalah ini. Semoga anak anda kembali sembuh dan sihat semula. Semoga bermanfaat.