Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah

Cara jerlum anak demam saya rasa semua ibu bapa kena ambil tahu. Benda inilah yang paling penting bila anak demam. Jerlum inilah perkara pertama yang biasa kita untuk menurunkan suhu badan anak. Cara jerlum juga mestilah kena tepat supaya lagi cepat turunkan suhu. Kalau silap, mungkin boleh menjadi teruk.

Baca ini juga: 5 Fakta Anak Ketiga, Paling Berbeza Sekali

Biasa demam ni ambil masa 3 hari untuk pulih seperti biasa. Demam juga merupakan reaksi tubuh badan untuk melawan jangkitan lain. Lagilah sekarang, demam lama pun dah risau sebab takut kena penyakit lain seperti Covid-10 atau Influenza.

jerlum anak
Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah 3

Tujuan jerlum sebenarnya adalah menurunkan suhu panas dengan mengeluarkannya melalui pori-pori kulit. Jadi, saya kongsikan cara tepat untuk menurunkan suhu demam anak tersayang.

#1 Pilih jenis kain yang cepat menyerap

Memilih kain yang cepat menyerap air adalah salah satu cara jerlum anak demam panas. Anda boleh menggunakan kain yang boleh menyerap air dengan cepat. Saya biasanya guna kain lampin, bila nak letakkan pada dahi anak, air tersebut tak mudah untuk menitis ke bawah. Taklah basah tilam tu nanti kan. Boleh juga guna jenis kain tuala, tapi jangan pakai tuala mandi pulak. Dah jadi susah pula nak jerlum anak tu nanti.

#2 Guna air biasa sahaja

Maksudnya di sini, jangan guna air sejuk atau air panas. Kang guna air panas, melecur pula badan anak. Macam saya mandi dengan air sejuk ketika demam tapi lepas tu terus menggigil satu badan. Dah suhu demam tinggi, pergi mandi air sejuk lagilah tambah sakit. Memang betul suhu turun dengan sangat cepat bila mandi air sejuk, tapi lepas tu terus mendadak naik semula.

Bila saya dah kena, saya tak berani buat pada anak. Saya guna je air biasa tu untuk jerlum anak. Biasa doktor cakap, guna air ais kalau untuk kes sawan sahaja, sebab nak turunkan suhu cepat. Kalau anak tak sawan, jangan gatal gatal guna ais.

jerlum
Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah 4

#3 Letakkan pada bahagian yang tepat

Seterusnya, cara jerlum anak demam ni anda mestilah letakkan pada bahagian yang tepat. Saya pernah baca petua di dalam facebook. Sebenarnya kalau jerlum anak ni, jangan letakkan kain yang basah tu terlalu lama di badan anak. Sebabnya nanti haba yang diserap tu terperangkap di bawah tuala sahaja. Dia macam penutup periuk nasi tu. Haba yang nak kita keluarkan tu tak boleh dilepaskan.

Bahagian yang tepat untuk jerlum ialah kepala, leher dan ketiak anak. Kebiasaannya, suhu panas akan dilepakan melalui bahagian atas badan. Kalau anda perasan, bila demam kaki yang sejuk kan. Haba itu semua dah naik ke atas, sebab tu kepala panas sangat dan lagi mudah untuk terkena sawan tarik. Paling bagus, anda jerlum kepala anak setiap 5 minit sekali.

Kesimpulan

Mudahkan kalau kena dengan cara, saya yakin mesti suhu badan anak turun cepat. Kita cuba ikhtiar selain guna ubat. Mudah-mudahan anak kita semua diberikan kesihatan yang baik. Walaupun anda sudah cuba cara jerlum anak demam di atas ni tetapi suhu anak masih bertambah, terus bawa ke klinik ya. Kena check juga anak demam ni kenapa dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Boleh share artikel ini jika bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa