Your Cart


Kad Penderma Darah Digital Di MySejahtera

Ramai rupanya yang masih tidak tahu tentang beberapa kelebihan yang mungkin diperoleh setelah menderma darah atau menjadi penderma darah.

Adakah anda salah seorang daripada individu ini? 

Sayang sekali. Jika anda ingin tahu, selain berpeluang menyelamatkan nyawa orang lain, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis keistimewaan dalam sektor perubatan melalui proses derma darah. Jadi bagi anda yang sudah berumur 17 tahun ke atas dan sudah mempunyai berat badan melebihi 45 kg, anda sebaiknya merebut peluang untuk menderma darah. 

Kelebihan Menderma Darah

penderma darah

Sebelum ini, Malaysia mengamalkan aktiviti pendermaan darah secara sukarela tanpa memberi sebarang ganjaran kepada si penderma darah. Namun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada penderma darah untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat menderma dan membantu mereka yang memerlukan. 

Keistimewaan ini diberikan bagi menghargai jasa baik dan pengorbanan penderma darah selain bertindak sebagai insentif supaya mereka setia menjadi penderma darah tetap. Namun begitu, keistimewaan ini hanya diberikan kepada penderma darah warganegara Malaysia dan yang berstatus penduduk tetap. 

Antara contoh kelebihan yang mungkin anda peroleh adalah:-

  • rawatan percuma untuk pesakit luar
  • percuma wad kelas satu untuk 10 tahun
  • percuma wad kelas kedua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu

Baca juga: 8 inspirasi berkebun bersama anak

Mitos Derma Darah

Walaupun jelas terlihat bahawa aktiviti pendermaan darah ini mempunyai pelbagai jenis kelebihan namun, terdapat segelintir individu mempercayai mitos-mitos berkenaan aktiviti ini.

Kesannya, ramai yang mengelakkan diri daripada aktif dengan aktiviti menderma darah.

Sesetengah perkara yang telah dimomokkan kepada masyarakat ini sedikit sebanyak telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. Antaranya adalah seperti yang telah kami kongsikan pada ruangan bawah:-

  1. Boleh terdedah kepada penyakit berjangkit
  2. Darah boleh disimpan lama
  3. Berat badan cepat naik dan turun

Hakikatnya, semua perkara ini adalah mitos semata-mata. Untuk maklumat lanjut mengenai mitos berkenaan aktiviti pendermaan darah ini, jom baca artikel di bawah:-

Baca juga: Mitos Pendermaan Darah

Cara Menggunakan Kad Penderma Darah Digital

Istimewa buat mereka yang suka menderma darah dan juga bagi yang berjinak-jinak untuk menderma darah, kini, urusan pendermaan darah menjadi lebih mudah dan terurus. 

Terbaru, bermula Oktober ini, kad penderma darah digital akan ditambah pada MySejahtera sebagai ciri baharu yang memudahkan rakyat.

Memandangkan hampir semua masyarakat sudah mempunyai akaun dan menggunakan aplikasi MySejahtera ini, jadi besar kemungkinan, tiada masalah yang mungkin timbul berkaitan sesi muat turun aplikasi berkenaan. 

Seperti yang kita tahu sebelum ini, masyarakat telah digesa untuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai platform merekod aktiviti perubatan yang telah dijalankan seperti vaksin. Hal ini pastinya akan memudahkan orang ramai untuk menderma darah dan lihat semula sejarah menderma yang sudah tersedia di dalam telefon. Tak perlu risau tentang buku merah menderma yang mungkin akan hilang.

photo 6188422767272112653 y

Namun begitu, ciri baharu ini hanya tersedia pada peranti dengan versi IOS sahaja buat masa kini. Android pula akan menyusul tidak lama lagi. Untuk mula menggunakannya anda perlu mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada aplikasi yang paling terkini. 

Baca juga: 8 bukti penampilan yang baik mempengaruhi anak

Setelah mengemas kini dan memasuki aplikasi MySejahtera tersebut, anda akan dapat melihat maklumat seperti yang dinyatakan di bawah, pada laman kad digital. 

  • Nama
  • Nombor ID
  • Jenis darah
  • Jumlah derma darah
  • Keistimewaan diperoleh

Jangan lupa untuk turut mengemas kini bahagian peribadi diri atau profile dengan menekan butang profile. 

Kelebihan Kad Penderma Darah Digital di MySejahtera

download

Bagi setiap 43 saat, satu beg darah akan diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Ketahuilah bahawa darah anda itu mungkin diperlukan untuk kegunaan aktiviti pembedahan, merawat pesakit barah atau jantung, membantu mangsa kemalangan dan sebagainya. Bayangkan saja, satu beg darah anda itu mampu untuk menyelamatkan nyawa 3 orang pesakit yang berbeza. Betapa besarnya sumbangan anda kepada masyarakat? 

Selain menyelamatkan nyawa orang lain, menderma darah juga akan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, mengurangkan kalori dalam badan serta memberikan kecergasan apabila sel darah baharu dijana selepas menderma darah. Menarik, bukan? Selain beri kebaikan kepada individu lain, ia juga turut memberi pelbagai manfaat kepada diri si penderma. 

Bak kata pepatah,”buat baik, dibalas baik”.

Baca juga: kriteria penting tudung budak instant untuk bersukan

Namun begitu, sesetengah individu sering mengalami masalah berkenaan dengan kehilangan buku merah pada setiap kali lawatan ke pusat menderma darah. Bila sudah cukup syarat menderma, buku merah pula tidak dibawanya. 

Jadi dengan wujudnya kad penderma darah digital pada aplikasi MySejahtera ini, urusan pendermaan darah akan menjadi lebih mudah dan terurus. Berikut adalah kelebihan lain kad penderma darah digital di ruangan MySejahtera.

  • Mudah menjejaki sejarah proses derma darah
  • Tidak perlu membawa kad merah
  • Mudah digunakan
  • Mengetahui keistimewaan sebagai penderma darah
  • Dapat menderma di mana-mana kawasan menderma darah

Kesimpulannya, segala inisiatif sentiasa dihasilkan bagi memastikan rakyat menerima kelebihan dan manfaat dari setiap sumbangan yang telah diberi. Memandangkan aplikasi MySejahtera semakin ditinggalkan, kini, features dan ciri baru telah diusahakan bagi mengaktifkan semula penggunaan platform kesihatan itu dalam kalangan masyarakat. 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda, para pembaca kami.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa