Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Penampilan yang Baik Mempengaruhi Anak? – Jom Ketahui 8 Bukti Ini!

Benarkah penampilan yang baik mempengaruhi perkembangan anak? 

Siapa sangka bahawa setiap apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa akan diikuti oleh anak-anak yang sedang membesar. Sama ada ianya baik mahupun buruk, anak-anak ini tidak akan mampu membezakannya. 

Jadi, ibu bapalah yang perlu mendidik dan membimbing tentang baik buruknya sesuatu perbuatan itu. 

Kami percaya, ramai yang mungkin berpendapat bahawa penampilan diri hanya terikat kepada definisi pembentukan diri yang menarik dari segi fizikal sahaja tetapi sebaliknya, tidak. Ianya juga turut berkait dengan keperibadian dalaman seseorang individu. Pada asasnya, keperibadian dalaman ini terbentuk melalui asuhan, didikan, pengaruh keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Jadi, ternyata benarlah bahawa penampilan yang baik dari ibu bapa akan mampu mempengaruhi perkembangan si anak. Bagi anda yang mungkin tidak percaya, teruskan membaca 8 bukti yang telah kami sertakan ini. 

1. Tidak meninggalkan solat

Untuk memastikan anak-anak mengamalkan sesuatu perkara seperti ibadah dan amalan agama yang lain, ibu bapa yang perlu memulakannya terlebih dahulu. Memang benar bahawa kita tidak diperintahkan untuk mewajibkan anak-anak yang berumur 7 tahun ke bawah untuk mendirikan solat namun, pendedahan pada peringkat awal sangatlah digalakkan. 

Umum mengetahui bahawa anak yang berumur 7 tahun jika mumayyiz perlu disuruh atas dasar sunnat mendirikan solat dan bagi yang sudah berumur 10 tahun pula perlu dipukul jika enggan mendirikannya. Namun, bayangkan jika anda baru mula mengajar dan memperkenalkannya, sudah pasti anak-anak menjadi liat untuk mengikutinya. 

Beri pendedahan daripada kecil dengan cara mendirikan solat di hadapan anak-anak akan mempengaruhi mereka untuk melakukannya dengan lebih ikhlas. Lama kelamaan kelak, mereka akan mendirikan solat tanpa perlu disuruh atau dimarahi. 

2. Panggil anak dengan baik

Suatu perkara yang mengecewakan masa kini adalah terdapat sekelompok ibu bapa yang memanggil anak dengan perkataan dan gelaran yang tidak baik. Tidak kurang juga, ada yang melepaskan perkataan kesat kepada anak. Tanpa mereka sedar, kata-kata itulah yang akan disebut oleh anak-anak kelak. 

Jadi, berikan gelaran yang baik dan panggil anak dengan cara yang paling sopan namun tegas supaya mudah untuk mereka dengari. Anda perlu ingat bahawa perilaku anak juga boleh terbentuk dari gelaran yang dipanggil. Buruk yang dipanggil, buruk jugalah perilaku si anak. Jadi, elakkannya dan panggil lah dengan panggilan yang baik dan nada yang menenangkan jiwa. 

Baca juga: 4 tips cari tudung budak sarung murah tapi berkualiti

3. Memberi pelukan yang erat

Jangan lupa berikan pelukan yang erat kepada anak setiap pagi, malam dan juga saat-saat yang diperlukan mereka. Anda pasti tidak percaya tentang bagaimana satu pelukan akan dapat memberi kesan positif kepada anak-anak serta perkembangan diri mereka. 

Bukan sahaja buat perkembangan adab dan fizikal tetapi juga intelektual. Hal ini kerana anak yang mendapat pelukan setiap hari mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.   

Selain pelukan, ciuman juga boleh diberikan kepada anak sebagai tanda kasih. Anda boleh mengusap kepala anak dengan bacaan doa yang baik sambil mencium dahi mereka. Percayalah, anak-anak ini akan lebih mudah mendengar arahan dan nasihat yang diberikan jika kita sering mengamalkan perbuatan ini.

   

4. Berikan pujian pada anak

Antara cara lain untuk membantu perkembangan anak adalah dengan memberikan pujian pada anak. Sebagai contoh, anda boleh memberi pujian setelah mereka melakukan apa-apa jenis kebaikan. Setidaknya, ia akan memberi semangat kepada mereka untuk melakukan lebih banyak kebaikan. Pujian-pujian ini juga melambangkan tentang keperibadian dan penampilan yang baik daripada anda untuk si kecil contohi.

5. Mendengar luahan hati

Be a good listener. Dengarkan apa yang dikongsi oleh anak. Jika bukan pada anda, ke mana lagi tempat untuk mereka berkongsi setiap keluh kesah. Sekali anda menolak untuk mendengar keluh kesah mereka, cerita itu tidak lagi akan anda dengari. 

Anak akan berkira-kira untuk bercerita kerana takut ditolak. Namun begitu pada saat anak bercerita, elakkan daripada memberi komen yang pedas. Tetapi sebaliknya, tunggu giliran anda untuk bercakap. Buat konklusi untuk setiap luahan hati mereka kerana ada kalanya apa yang dirasakan mereka adalah betul. 

Baca juga: kriteria penting tudung budak instant untuk bersukan

6. Tunjukkan cara menenangkan diri

Kadangkala anak-anak ini tidak mempunyai pendedahan tentang cara mereka reaksi terhadap beberapa situasi. Sebagai contoh, cara mereka menenangkan diri untuk perkara yang membuatkan mereka panik, berdebar dan marah. Perkara ini juga sangat penting kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang mempunyai reaksi negatif terhadap sesuatu perkara terutamanya ketika bergaduh dengan adik beradik.

Jadi buat para ibu bapa, molek kiranya jika anda mula mendidik anak dengan cara memeluk mereka di saat sedang marah atau sedih. Walaupun anak sedang dalam emosi marah namun, penampilan yang baik dari anda akan dapat membantu mereka mengawal kemarahan.

7. Beri arahan dan nasihat

Cara memberi arahan dan nasihat juga sangat penting dalam memastikan anak-anak dapat mendengar kata dengan mudah dan baik. Ibu bapa perlu bersabar dalam usaha memastikan anak memahami arahan yang diberikan. Hal ini kerana kadangkala anak-anak tidak memahami arahan yang diberikan dan dapat menerima arahan dengan mudah selepas beberapa kali dimaklumkan.

Cara arahan diberikan juga perlulah kreatif dan bersesuaian dengan tujuannya. Ada kalanya ketegasan dan disiplin sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan fikiran dan tanggungjawab mereka. Pengaruh dari rakan sebaya tidak mudah untuk dielakkan, jadi, sudah menjadi tanggungjawab untuk ibu bapa memberikan contoh dan nasihat yang baik kepada anak.

Namun, penampilan yang baik dari ibu bapa saat memberikan nasihat adalah sangat penting.

8. Memakai pakaian yang baik

Setuju tak kalau kami katakan bahawa wanita lebih anggun sekiranya berpakaian sopan dan bertudung? 

Bukan itu sahaja. 

Mereka juga akan lebih dihormati dan disegani oleh individu lain yang mana ianya turut menjamin keselamatan dan ketenteraman bagi setiap pemakainya. 

Oleh itu, budaya pemakaian sopan dan bertudung ini sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan sejak kecil lagi. Sebagai permulaannya, anda mungkin boleh memakaikan si anak dengan tudung bercorak yang disukainya.

Anda boleh mendapatkan tudung buat si cilik ini di tudungsicomel.com dengan pelbagai material, saiz dan corak rekabentuk yang menarik. Selain itu, tunjukkan sahaja cermin kepada anak yang bertudung dan jangan lupa untuk  memuji kesolehannya serta mengambil gambarnya. 

Kesimpulannya, didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Langkah yang paling terbaik adalah dengan menunjukkan penampilan diri yang baik kepada anak, maka secara tidak langsung mereka juga akan mengikutinya.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa