Anak kecil sangat aktif untuk meneroka sesuatu benda yang baru. Misalnya, bila sudah mencapai usia 2 tahun anak-anak ini cenderung untuk melakukan aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun ini dirumah.
Sebagai ibu bapa tentunya, memahami apakah aktiviti terbaik yang boleh dilakukan mereka memudahkan kita untuk mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak ini. Lagi pun, mereka ini nanti akan ke tadika untuk mendapatkan pendidikan awal di sana. Jadi, alangkah baiknya jika kita boleh membuat persiapan awal untuk anak ini.
Kebaikan membina kemahiran motor halus & kasar pada anak
Memandangkan saya ini suri rumah sepenuh masa, saya boleh nampak anak mudah kebosanan dan asyik bermain dengan mainannya sahaja. Saya ambil inisiatif untuk menyediakan pelbagai aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang menarik minat dan fokus anak saya. Dengan aktiviti ini, pastinya dapat tingkatkan kemahiran mereka.
Baca ini juga: Petua untuk dapatkan anak perempuan
Bukan apa, selain kemahiran motor kasar, kanak-kanak mesti kena ada kemahiran motor halus yang sangat membantu mereka ketika mereka mula diperkenalkan dengan tulisan.
Kemahiran inilah yang akan memudahkan untuk melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju, dan sebagainya.
Ibu yang bekerja pun boleh luangkan masa 5-15 minit dengan anak, sambil boleh mengisi waktu lapang mereka. Apa yang penting, ibu fokus lakukan aktiviti ini walaupun sehari sekali.
Saya akui, saya sendiri seronok melihat perkembangan anak saya yang semakin mahir dengan kemahiran motor halusnya.
Lagi pun, saya risau bila nanti anak saya ke tadika, dia tiada langsung persediaan untuk belajar di sana. Saya juga risau akan persaingan terhadap pelajarannya nanti.
Sekarang ini pun, silibus pendidikan anak-anak sekolah rendah tidak kalah hebatnya. Ngeri saya tengok silibus mereka.
Aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang baik untuk kekuatan fizikal
Sebelum ibu lakukan aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun ini, pastikan ibu kenal pasti apa perkembangan yang ibu mahu tingkatkan.
Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Aktiviti ini tidak perlu mengambil tempoh masa yang lama. Hanya sekitar dalam 10 minit sudah memadai.
Kanak-kanak di usia sebegini mempunyai masa fokusnya yang tersendiri. Jika ibu kerap melakukannya, pasti anak akan mudah bosan apatah lagi memaksa mereka.
Pastikan anak kita tenang dan enjoy ketika melakukan aktiviti tersebut. Jadi, di bawah ini saya senaraikan beberapa aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang boleh ibu bapa lakukan bersama-sama mereka.
#1 Aktiviti asing mengikut warna (Sorting Color)
Aktiviti ini sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti kanak kanak 2 tahun. Barang-barang untuk aktiviti ini juga sangat mudah untuk dijumpai. Lagi senang, anda boleh membelinya melalui Shopee, Lazada, Mr. Diy dan sebagainya.
Aktiviti menyusun ini merangkumi juga dengan pelbagai cara dan tema. Ia membolehkan anak belajar mengenali warna, saiz dan sebagainya.
Melalui aktiviti ini anak akan dapat memahirkan kemahiran motor halus dan sangat bagus untuk koordinasi mata-tangan. Langkah yang perlu kita lakukan adalah:
- Sediakan beberapa bekas warna-warni.
- Kemudian, taburkan pom pom yang berwarna-warni ke dalamnya.
- Lalu minta anak anda menyusunnya ikut warna yang sama.
- Jika pom pom berwarna merah, masukkan ke dalam bekas berwarna merah, begitu juga sebaliknya. Awalnya memang mereka sedikit keliru tetapi lama-kelamaan mereka akan mahir dengan aktiviti ini.
#2 Aktiviti mengaut (Scooping)
Aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang seterusnya adalah aktiviti messy play. Apa jua aktiviti yang dilakukan dalam ketegori aktiviti ini pastinya kotor dan bersepah.
Ada sesetengah anak yang jenis penggeli, jadi aktiviti ini sangat sesuai untuk mereka supaya lebih berani dan tidak mudah geli dengan apa yang ada di sekeliling.
Aktiviti mengaut ini menggunakan bahan-bahan kecil dan selalunya menggunakan makanan, seperti beras, oats, atau kekacang. Ini kerana ia dapat merangsang deria anak-anak yang masih sedang mempelajarinya.
Cara-cara untuk membuat aktiviti ini amat mudah:
- Sediakan mangkuk besar, bahan makanan kecil (beras, kacang atau bijan), sudu besar dan mainan kecil.
- Kemudian, isikan beras, kacang, atau pasir ke dalam mangkuk besar atau besen besar.
- Sediakan perkakas dan mainan kecil di dalam besen tersebut atau ditepinya.
Aktiviti ini dilakukan bergantung kepada saiz dan kawasan, jadi anak-anak boleh bermain di atas meja, atau pun di dalam besen tersebut jika muat!
Anda mestilah memantau dengan kerap supaya anak-anak tidak memasukkan makanan kecil atau pasir ke dalam mulut. Ingat ya!
#3 Aktiviti lukisan cat air
Aktiviti lukisan cat air menjadi aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang perlu anda cuba di rumah. Cat air atau lebih dikenali sebagai water colour selamat dan bagus untuk perkembangan anak anda.
Malah untuk mendapatkannya, ia mudah didapati di kedai runcit, kedai seni dan sebagainya. Kebanyakannya anak yang sudah berusia 2-3 tahun, sudah pandai dan suka belajar tentang warna.
Saya pasti dengan aktiviti menggunakan water colour tentu menyeronokkan bagi mereka. Jadi, tugas anda hanya membiarkan anak-anak meneroka cara memegang berus dan membuat lukisan yang disukai.
#4 Pergi ke taman permainan
Aktiviti ini sudah tidak asing lagi dan hampir semua ibu bapa rajin untuk membawa anak mereka ke sini. Ini juga merupakan aktiviti yang sangat memberikan kesan kepada perkembangan anak.
Sekiranya anda ada masa terluang, bawalah anak-anak ke taman permainan yang berhampiran. Bawa bola atau apa sahaja permainan kesukaan mereka.
Pastinya anak seronok dan gembira dapat bergaul bersama kanak-kanak sambil bermain.
#5 Bermain tanah liat
Ramai yang tidak tahu akan manfaat besar pada aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang satu ini. Aktiviti bermain dengan tanah liat dilihat mampu membina imaginasi kreatif pada anak-anak, membentuk keyakinan diri dan dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Anak boleh bermain dengan tanah liat ini seperti menggulung dan membentuk bola. Untuk mendapatkan tanah liat pun mudah sahaja, ia boleh dibeli di kedai kraf, MrDiy, dan sebagainya.
Bahkan, jika ibu bapa kreatif, tanah liat homemade boleh dibuat di rumah. Justeru adanya permainan tanah liat ini, ia boleh menjadikan anak bertambahh fokus pada sesuatu perkara. Jadi wajib ada di rumah, ya!
#6 Bercucuk tanam
Siapa kata aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun tidak sesuai untuk bercucuk tanam? Hanya sahaja, semasa melakukan aktiviti ini, pastikan ada ibu bapa yang mengawasi.
Ketika aktiviti ini, ibu bapa boleh mengajar anak aktiviti asas yang mudah seperti mencodok tanah masukkan ke dalam pasu, isikan biji benih ke dalamnya, mencabut rumput liar di sekeliling tanaman, melihat tunas baru tumbuh, atau menyiram pokok yang ditanam.
Anak kita sudah tentu teruja melihat daun-daun kecil yang mula tumbuh. Jangan ingat, bercucuk tanam ini aktiviti yang paling sukar untuk dibuat bersama dengan anak, tau!
#7 Memasak
Aktiviti memasak bukanlah satu aktiviti yang sukar untuk dibuat bersama. Sama seperti berkebun tadi, pastikan pantau anak-anak ketika melakukan aktiviti ini agar mereka dalam keadaan selamat dan selesa.
Untuk memasukkan elemen sebagai aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun, kita boleh bermula dengan menyediakan resepi yang mudah untuk anak-anak anda membuatnya.
Atau boleh juga mencuba resepi yang menggunakan bahan yang sedikit seperti resepi waffle atau resepi muffin, atau kek.
Ketika melakukan aktiviti ini, pastikan juga anak anda tidak terlalu dekat dengan dapur gas, ketuhar dan alat-alat yang berbahaya.
#8 Aktiviti menyidai pakaian
Aktiviti menyidai pakaian dapat membantu anak untuk belajar menyidai dan menyepit pakaian yang di sidai. Hari ini dalam membuat kerja-kerja rumah ia tidak bergantung kepada jantina semata-mata.
Perempuan mahupun lelaki, kedua-duanya memerlukan kemahiran asas untuk membuat kerja rumah agar mudah diapkikasikan dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, jika anak kita sudah mahir menyepit baju ini bermakna ada peningkatan dalam kemahiran motor halus anak. Tanpa kita sedar, aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang ini baik dalam melatih otot anak sehingga memudahkan anak menulis dan memegang pensil di sekolah nanti.
Kos untuk buat aktiviti ini bukanlah mahal, cuma perlukan kreativiti, seutas tali, dan penyepit baju sahaja sudah memadai untuk dijadikan set mainan anak di rumah.
Apa yang paling penting aktiviti ini sangat menjimatkan kerana kebanyakkan keperluan aktiviti ini boleh di dapati di dalam rumah.
Kesimpulan
Tiada apa yang mustahil untuk anak anda lakukan. Apa pun, mulakan dengan langkah pertama dan tidak terlalu memaksa mereka untuk melakukan aktiviti kanak kanak 2 hingga 3 tahun yang dikongsikan tadi.
Kecapi waktu indah dan bina memori berharga anda bersama anak-anak selagi mereka kecil ini agar kita dapat menikmati perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
Selain aktiviti yang disenaraikan tadi, anda juga boleh mengolahnya mengikut kreativiti sendiri dengan membuat rujukan dan cari aktiviti di Pinterest dan Google. Semuanya hanya dihujung jari, hanya memerlukan kerajinan anda sebagai seorang ibu bapa.
Apa yang penting, pastikan mereka mendapat kemahiran motor kasar dan halus yang cukup sebagai langkah awal persediaan sebelum memasuki tadika.
Serious aktiviti ini sangat menyeronokkan dan pastinya si kecil akan enjoy dengan aktiviti yang anda lakukan bersama mereka.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel