Setiap dari kita pasti pernah mendengar mengenai masalah meroyan. Meroyan merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakan masyarakat di negara kita.
Mungkin ramai yang tidak sedar, masalah meroyan sebenarnya sering terjadi kepada wanita yang baru melahirkan anak ataupun ketika di dalam pantang.
Umumnya, meroyan merupakan satu penyakit yang sangat serius dan jika dibiarkan begitu sahaja, ia mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada wanita tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan penyakit meroyan?
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan penyakit meroyan ini? Pasti ini menjadi salah satu persoalan yang selalu bermain di fikiran kita semua.
Terutama sekali, buat mereka yang baru pertama kali mendengar mengenai penyakit ini. Meroyan merupakan sejenis penyakit yang membawa maksud kecelaruan mood dan keresahan prinatal (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD).
Prinatal biasanya berlaku sewaktu hamil dan selepas kelahiran bayi yang mana pada waktu ini adalah salah satu punca yang boleh berlakunya kecelaruan mood.
Ada 3 jenis PMAD yang wajib anda tahu
Dalam kita tidak sedar, sebenarnya ada beberapa jenis penyakit PMAD yang berlaku di sekitar kita. Jom kami terangkan kepada anda beberapa jenis PMAD yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:
1. Kemurungan
Kemurungan merupakan antara penyakit yang selalu berlaku dalam masyarakat di negara kita. Ia juga turut berlaku kepada wanita yang sedang mengandung dan juga wanita yang baru melahirkan anak.
Kemurungan biasanya akan mengakibatkan seseorang wanita itu mengalami kesedihan, tidak ceria dan juga akan menyebabkan menjadi seorang yang pemarah.
Akibatnya, ia akan menyebabkan seseorang itu, menjadi murung sehingga sanggup bertindak atau melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan di luar kawalan.
2. Keresahan
Selain itu, keresahan juga merupakan salah satu tanda-tanda kepada masalah PMAD. Keresahan, merupakan antara masalah yang sering berlaku kepada kebanyakkan wanita selepas bersalin.
Ia biasanya akan mengakibatkan seseorang wanita selepas bersalin menjadi hilang keyakinan diri, mengalami ketakutan yang melampau sehingga terbayangkan perkara-perkara buruk yang dia rasakan mungkin akan berlaku kepada dirinya.
Akibatnya, mereka akan memilih untuk memencilkan diri kerana tidak yakin dengan dirinya dan juga dengan orang lain.
3. Halusinasi
Ini adalah tahap PMAD yang paling teruk, walaupun ia mungkin kurang berlaku dalam masyarakat di negara kita, tetapi ia juga merupakan antara simptom yang paling berbahaya dan ia boleh membahayakan dirinya dan juga orang lain.
Halusinasi biasanya akan menyebabkan si pesakit tidak berada dalam dunia realiti sebaliknya ia lebih banyak berkhayal dan boleh melakukan perbuatan yang lebih membahayakan diri sendiri dan orang lain tanpa dia sedari.
Baca Juga: 4 Cara Azan Bayi Dengan Betul & Tertib Sebagai Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Cara mengatasi atau mencegah masalah meroyan
Walaupun meroyan merupakan antara penyakit yang serius, tetapi dengan langkah pencegahan yang betul ia sedikit sebanyak dapat menghindarkan diri kita dari berlakunya penyakit meroyan dengan lebih serius. Jom kami kongsikan caranya:
1. Dekatkan diri dengan Tuhan
Tips yang pertama ini merupakan tips yang wajib kita lakukan terutama sekali apabila emosi atau jiwa sedang berada dalam keadaan tidak stabil.
Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan seperti solat, mengaji dan banyak melakukan aktiviti berkaitan keagamaan, ia sedikit sebanyak dapat memberikan kedamaian hati dan dapat menenangkan jiwa
2. Lakukan aktiviti yang kita suka
Selain itu, untuk mencegah dari kemurungan, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang kita suka seperti bershopping, bercuti, dan sebagainya.
Cara ini juga dapat membuatkan kita melupakan seketika mengenai masalah yang kita hadapi dan dalam masa yang sama dapat merehatkan minda serta memberikan jiwa yang tenang.
Secara tidak langsung, kita tidak merasa stress dan tertekan terutama sekali dengan masalah yang dihadapi.
3. Dapatkan rehat yang mencukupi
Stress juga berpunca dari rehat serta waktu tidur yang tidak mencukupi. Akibatnya, seseorang itu mudah menjadi stress sehingga menjadi meroyan terutama sekali jika dibebani dengan beban tugas yang banyak.
Jadi, dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi supaya badan dan minda berada dalam keadaan yang terbaik. Hal ini justeru tidak membebankan diri kita dengan kerja yang terlampau berat sehingga akhirnya kita yang akan menjadi tertekan
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel
Asalamualaikum,saya Martin,ingin mengetahui,kalau istri saya selalu halusinasi,
Bilang,anak kami ada kembar, dia punya ic,pada hal kami ni org indon,cuman merantau di Malaysia,lepas tu,selalu cakap sendiri,,
Apakah itu tanda-tanda penyakit meroyan?