4 Cara Azan Bayi Dengan Betul & Tertib Sebagai Panduan Menyambut Kelahiran Bayi

Antara amalan sunat yang boleh kita sebagai ibu bapa lakukan ketika menyambut kelahiran bayi adalah dengan melaungkan azan atau iqamah bayi di telinganya. Buat ibu bapa yang baru pertama kali menyambut kelahiran bayi sulung, artikel ini akan berkongsi kepada anda panduan sebenar cara azan bayi dengan betul.

Cara azan bayi

Pasangan yang baru berkahwin, menanti kelahiran anak pertama merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang. Setiap dari kita sudah pastilah akan merasa gembira apabila dikatakan bakal menimang cahaya mata.

Lebih-lebih lagi jika ia adalah cahaya mata pertama, keterujaan masing-masing akan memuncak dalam membuat persiapan yang lengkap bagi menyambut kelahiran bayi.

Perintah Cara Azan Bayi Dengan Betul Dan Tertib

Tetapi dalam keseronokan buat persiapan untuk menyambut bayi yang bakal lahir seperti membeli barangan persiapan bayi atau sebagainya, ada lagi beberapa perkara penting yang wajib ibu bapa lakukan terutama sekali sebagai orang Islam.

Antara perkara penting yang perlu dilakukan adalah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental, dan rohani untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Dan yang paling dekat dengan kita adalah mengetahui cara azan bai dengan betul dan tertib.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita disunatkan untuk mengazankan bayi yang telah dilahirkan supaya anak kita diisi dengan ayat-ayat Allah sejak mereka bayi lagi.

Malah mengazankan atau iqamah di telinga bayi merupakan antara perkara yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini jelas diriwayatkan dalam sebuah hadis:

رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ (صلى الله عليه وسلم) أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَة ِرضي الله عنهم.

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW mengazankan seperti azan solat pada telinga (cucunya) Husein bin Ali ketika Fatimah RA melahirkannya.”

Jika ibu bapa bayi tersebut tidak dapat atau tidak sempat mengazan bayi, keluarga lelaki boleh mengambil tanggungjawab tersebut untuk menyempurnakan amalan sunat itu.

Jom kami kongsikan kepada anda cara azan bayi yang betul dan tertib mengikut ajaran Islam. Beberapa cara-caranya ialah:

1. Menghadap Kiblat

Cara azan bayi yang pertama ini adalah antara perbuatan yang sangat disunatkan dan sangat digalakkan untuk dilakukan. Sama seperti solat, kepala bayi azan bayi perlu diangkat hingga ke paras muka orang yang hendak mengazakan.

Pastikan juga posisi kedudukan ke arah kiblat dan alunkan azan di telinga kanan bayi dengan kadar suara yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk didengarkan.

2. Mula Dari Sebelah Kanan

Selain itu, kita juga sangat digalakkan untuk memulakan setiap perlakuan kita bermula dari sebelah kanan begitu juga dengan azan bayi. Disunatkan untuk kita azan bayi bermula dari sebelah kanan telinga bayi.

3. Letak Bayi Dengan Perlahan

Setelah selesai azan bayi, letakkan semula bayi ke tempatnya. Letak secara perlahan-lahan, tidak terlalu kuat, dan berhati-hati kerana dikhuatiri mungkin boleh mencederakan bayi yang baru lahir.

Baca Juga: 3 Cara Cukur Rambut Bayi Yang Betul Bagi Bayi Baru Lahir

Amalan Sunat lain ketika Menyambut Kelahiran Bayi Yang Boleh diLakukan

Tadi kami sudah menceritakan mengenai cara azan bayi dengan betul. Bagi yang mungkin tidak tahu, selain dari azan bayi, ada beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Antaranya ialah:

1. Mentahnik

Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar mengenai mentahnik dan ada juga yang baru pertama kali mendengarnya. Mentahnik merupakan antara amalan sunat yang boleh kita lakukan apabila menyambut kelahiran bayi.

Selain dari kita kena tahu cara azan bayi kita juga perlu tahu cara mentahnik bayi dengan betul mengikut yang diajarkan dalam Islam.

2. Namakan Bayi

Dekat atas tadi kami sudah kongsikan satu lagi amalan sunat yang selalu dilakukan ialah dengan memberikan nama pada bayi.

Kita sangat digalakkan untuk memberi nama anak dengan nama yang membawa maksud yang baik kerana nama yang baik merupakan satu doa dan dapat menjadikan akhlak anak juga baik.

3. Cukur Jambul

Selain itu, cukur jambul dan akikah juga antara amalan sunat yang selalu dilakukan oleh orang Islam di negara kita. Cukur jambul adalah bertujuan untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir dan juga untuk kebersihan diri bayi.

Kesimpulannya, sebagai seorang yang beragama Islam dan juga sebagai seorang bakal ibu dan bapa kita perlu membuat persiapan yang rapi dalam menyambut kelahiran bayi.

Hal ini juga termasuklah dengan cara azan bayi yang betul dan juga tertib. Perbuatan mengazan merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan terutamanya sebelum hendak menunaikan solat.

Diharapka artikel mengenai cara azan bayi dengan betul ini dapat memberikan anda semua di luar sana informasi yang bermanfaat dan berguna untuk menyambut cahaya mata nanti.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa