10 Faedah Berkebun Yang Awesome Untuk Aktiviti Hujung Minggu Keluarga

Hujung minggu selalu anda buat apa? Apa kata dari sibuk menghabiskan data internet di telefon dan menumpukan perhatian kepada kerja semata-mata, kita sekeluarga ubah aktiviti hujung minggu dengan berkebun.

Banyak faedah berkebun yang boleh kita perolehi sebenarnya. Kalau hendak tahu lebih lanjut, jom kita semak faedahnya dalam kehidupan seharian kita.

Apa itu berkebun?

faedah berkebun

Berkebun adalah bercucuk tanam. Ia juga boleh didefinisikan sebagai seni tukang kebun dan teknik merawat dan mengusahakan kebun.

Antara tugas yang selalu kita lakukan ketika berkebun adalah merancang kebun, menentukan tempat meletakkan setiap tanaman yang akan membentuknya, merawatnya sehingga tumbuh dengan sihat dan kuat.

Faedah berkebun dalam kehidupan seharian

Banyak faedah berkebun yang sebenarnya boleh kita peroleh. Ini termasuklah berkebun di kawasan rumah yang terhad dengan pasu sahaja ataupun mengusahakan kebun mini di luar rumah.

Berikut adalah faedah berkebun yang memberi seribu satu kebaikan kepada diri dan orang disekeliling kita.

1. Mudah dapatkan sumber buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Bila ada kebun buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri, kita mudah untuk dapatkan sayur dan buah pada bila-bila masa sahaja ketika diperlukan.

Bangun pagi, para ibu yang teringin masak nasi goreng untuk sarapan keluarga tidak perlu bersusah payah lagi.

Keluar rumah, petik sahaja kacang panjang, daun sup, atau apa-apa sayuran yang diperlukan dalam masakan di kebun rumah kita.

Mudahkan! Tidak perlu bersesak pergi pasar tani semata-mata untuk membeli sayuran di awal pagi.

2. Menyihatkan tubuh badan

Feadah berkebun yang lain pula ia mampu untuk menyihatkan tubuh badan kita. Aktiviti berkebun sama seperti kita bersenam juga.

Menurut Eating Well, 30 minit kita berkebun dianggarkan bersamaan dengan membakar kira-kira 167 kalori. Kalau sarapan pagi, anda ambil kuih koci pulut hitam sebiji lalu kemudian berkebun.

Ini bersamaan dengan 164 kalori berjaya dibakarkan dalam badan anda. Menarik bukan? Aktiviti fizikal ketika berkebun memang boleh membakar lemak dalam badan dalam masa yang sama membina badan yang sihat.

3. Menjana ekonomi isi rumah

Hari ini, ramai yang bermula dengan hobi aktiviti berkebun lama kelamaan menjadi pekebun yang berjaya dan mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk dikomersialkan.

Contohnya seperti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu. Rakyat Malaysia sanggup menghabiskan masa untuk berkebun sebagai hobi untuk menghabiskan masa di rumah dengan sesuatu yang berbeza.

Bermula dengan berkebun dalam pasu di balkoni rumah sahaja, lama kelamaan kita memperoleh faedah berkebun ini dengan minat untuk menjadi seorang pekebun yang berjaya.

Minat yang mula bercambah, membawa usaha ini untuk menjana pendapatan keluarga dengan hasil tanaman yang diperoleh.

4. Menceriakan pemandangan kawasan rumah

Bila berkebun, sudah tentu kawasan kediaman kita akan lebih ceria dan menarik mata memandang. Hijau merimbun dengan dedaunan yang lebat.

Bunga merah mekar disekeliling taman, begitu indah menjadi tatapan di pandangan. Terapi dari faedah berkebun inilah yang membuatkan hidup kita lebih tenang dan tanpa tekanan.

5. Menggunakan sumber buangan sebagai baja

Faedah berkebun yang selanjutnya lebih bersifat organik tanpa pembaziran. Sisa makanan yang mahu dibuang sebenarnya sangat sesuai untuk baja kompos bagi sayur dan buah-buahan.

Hal ini secara tidak langsung boleh mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan sumber yang ada.

6. Makanan bebas dari serangga perosak dan racun

Tanaman yang ditanam sendiri lebih dipercayai dari segi kebersihannya, kesegaran, dan keselamatan iaitu bebas dari serangga perosak dan racun.

Apabila kita makan sayur atau buah yang ditanam sendiri, ia bukan sahaja terjamin lebih bersih daripada sebarang bahan kimia malahan keluarga terutamanya anak kecil akan lebih menyukainya.

7. Berbudi kepada tanah

Faedah berkebun yang seterusnya adalah berbudi kepada tanah. Peribahasa bak kata pepatah,

Berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’ mempunyai makna yang besar kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada setiap individu.

Berbuat baik kepada manusia tidak semestinya kita mendapat balasan. Namun, berbuat baik kepada tanah dengan bercucuk tanam akan membuahkan hasilnya dengan hasil tanaman yang mampu menampung keperluan hidup.

8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

Kenangan bersama keluarga sukar untuk kita lakarkan tanpa erti kebersamaan. Bersama yang tersayang itu memori indah untuk kita ingati sampai bila-bila.

Dengen berkebun, kita mampu untuk mewujudkan kebersamaan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Begitulah resepi dalam mewujudkan keluarga yang harmoni.

9. Meningkatkan koordinasi dan kekuatan tangan

Faedah berkebun yang mungkin jarang orang dengar adalah mengenai kekuatan dan koordinasi tangan. Aspek kekuatan koordinasi tangan sangat penting untuk melakukan pelbagai tugasan harian.

Contohnya seperti memandu, menaip, mengangkat barang mahupun membuka penutup botol.

Tanpa kita sedar, berkebun adalah kaedah terbaik untuk mengasah kemahiran motorik dan otot yang baik.

10.  Melambatkan perubahan iklim

Masalah pemanasan global menjadi perhatian khusus kepada dunia moden hari ini. Tidak menyangkal akan kemajuan dunia yang berteknologi membawa kesan kepada alam.

Oleh yang demikian, dengan berkebun iaitu menyediakan ruang hijau mampu mengurangkan gas rumah hijau sekaligus menjaga planet yang lain.

Faedah berkebun inilah mampu memberi kesejahteraan kepada keseluruhan dunia dan penghuninya.

Negara yang banyak menanam pokok

Program penanaman pokok dan teknologi hijau sentiasa menjadi program dalam pemerintahan negara-negara di dunia. Dalam artikel ini juga, kami akan menyenaraikan 5 negara yang berjaya memegang rekod menanam pokok terbanyak di dunia.

1. China

Dengan jumlah pokok yang ditanam sebanyak 2.4 billion hingga 2020, China berhasil membuka 6.66 juta hektar hutan baru. Luas tersebut tercatat melebihi dua kali wilayah Jawa Tengah yang tercatat 3.2 juta hektar.

2. India

Dengan jumlah pokok yang sudah ditanam tercatat sebanyak 2.1 billion, kerajaan India mensasarkan untuk memperluas hutannya menjadi 95 juta hektar di tahun 2030 nanti.

Tahun 2017, India sempat memecahkan rekod menanam lebih dari 66 juta pokok di Madhya Pradesh, daerah India tengah dalam waktu hanya 12 jam sahaja.

3. Ethiopia

Ethiopia telah menanam pokok sebanyak 1.7 bilion hingga tahun 2020. Melalui program kerajaan, “Green Legacy” mereka pernah melakukan penanaman pokok secara serentak di tahun 2019.

Sekitar 350 juta pokok telah ditanam dalam satu hari yang juga selesai dalam tempoh waktu 12 jam.

4. Mexico

Sejak Mexico bergabung dengan Program Environment UN (UNEP) bagi tujuan reforestasi, ia telah mencatatkan 789 juta pokok ditanam sehingga tahun 2020 ini.

5. Pakistan

Kerajaan Pakistan memiliki program memulihkan lebih dari 1 juta hektar kawasan hutan dengan menanam 10 billion pokok dalam tempoh 2020 hingga 2023.

Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesan perubahan iklim global. Gerakan penanaman pokok telah dimulakan sejak 2018. Dalam masa ini juga, Pakistan telah memiliki 1 billion pokok yang ditanam.

Terlalu banyak kebaikan boleh kita perolehi dengan berkebun. Tidak kiralah kita mengusahakan tanah sekangkang kera atau tanah berhektar sekalipun, apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil yang baik.

Semoga aktikel berkenaan dengan faedah berkebun ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa