Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

3 Cara Cukur Rambut Bayi Yang Betul Bagi Bayi Baru Lahir

Cukur rambut bayi adalah antara perkara yang sering dilakukan dalam masyarakat melayu dan Islam kita selepas tempoh tujuh hari kelahiran bayi.

Dalam Islam setiap ibu bapa yang baru melahirkan bayi afdal melakukan cukur jambul selepas tujuh hari kelahiran bayi berserta dengan majlis Aqiqah.

Cukur jambul yang dibuat adalah bertujuan untuk memastikan kepala bayi yang baru dilahirkan supaya berada dalam keadaan yang benar-benar bersih dan sekaligus untuk elakkan bayi dari terkena penyakit.

Cara yang betul untuk cukur rambut bayi elak terluka

Cukur Rambut Bayi

Sebagai ibu bapa sudah pastilah setiap dari kita mahu mencukur rambut anak sendiri terutama sekali jika anak tersebut merupakan anak pertama. Tetapi dalam masa yang sama kadangkala timbul juga rasa kerisauan mengenai cara cukur rambut bayi yang betul.

Ini termasulah persoalan sama ada ia mengikut syariah Islam dan bagaimana pula cara cukur rambut bayi dengan teknik yang betul supaya tidak mencederakan kepala bayi tersebut.

Umumnya, ada beberapa cara penting yang boleh anda gunakan untuk mencukur rambut bayi dengan betul. Berikut adalah cara berkesan yang boleh anda jadikan panduan.

1. Potong rambut bayi terlebih dahulu

Kalau rambut bayi kita terlalu lebat atau terlalu panjang, seeloknya potong dan nipiskan terlebih dahulu rambutnya. Ia dibuat supaya tidak menimbulkan kesukaran untuk mencukur rambut bayi.

Pisau cukur kadang kala sukar untuk mencukur dengan baik sekiranya rambut itu tersekat disebabkan terlalu lebat. Kesannya, bayi akan berasa sakit disebabkan rambutnya yang rosak semasa proses cukur tersebut.

2. Sediakan air

Untuk memastikan proses mencukur rambut bayi lebih mudah, sediakan dahulu air lalu basahkan kepala bayi dengan sedikit air. Boleh juga anda gunakan sedikit minyak rambut supaya mudah untuk mencukur nanti.

Cukur Rambut Bayi

3. Gunakan pisau yang tajam

Di samping itu, pastikan juga semasa mencukur rambut bayi, gunakan pisau cukur yang tajam dan masih baru.

Jangan gunakan pisau cukur yang tumpul atau yang sudah berkarat kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sewaktu hendak mencukur rambut bayi nanti.

Selepas selesai proses bercukur, rambut yang gugur itu hendaklah di kumpul dan di timbang mengikut timbangan emas. Ini kerana, kita sangat disunatkan untuk bersedekah mengikut timbangan rambut bayi yang baru lahir dengan nilaian perak atau emas.

Untuk timbangan ini, anda boleh pergi menimbang di kedai emas atau menimbangnya sendiri. Untuk menimbangnya sendiri, ada beberapa cara yang boleh digunakan antaranya ialah:

  1. Timbang bekas plastik yang kosong.
  2. Timbang bekas plastik yang telah diisi dengan rambut yang dicukur.
  3. Tolak perbezaan berat untuk dapatkan berat rambut sahaja tanpa berat plastik.
  4. Darabkan berat rambut dengan nilai emas semasa. Jika tak mampu, boleh guna nilai perak.

Baca Juga: Kanak-Kanak Mangsa Penculikan? 5 Tips Yang Boleh Digunakan Untuk Elakkan Anak Jadi Mangsa Penculikan

Mencukur rambut bayi bukan adat Melayu semata-mata

Cukur Rambut Bayi

Mungkin ada yang beranggapan, mencukur hanyalah adat yang diamalkan oleh orang melayu kita sahaja. Sebenarnya, mencukur merupakan, amalan sunat yang disarankan di dalam islam.

Merujuk dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/299) ada menyatakan sunat mencukur rambut anak lelaki dan perempuan selepas penyembelihan Aqiqah pada hari yang ketujuh dan bersedekah emas atau perak mengikut berat rambut tersebut.

Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksudnya: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.” (HR al-Tirmizi & Al-Baihaqi)

Diharapkan perkongsian mengenai sunnah mencukur rambut bayi ini dapat memberikan anda khususnya ibu bapa baru di luar sana informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa