Kenapa Anak Tantrum? Ini 5 Perkara Perlu Tahu, Elak Ibu Bapa Stress Setiap Hari

Kenapa anak tantrum dan kadang kala boleh jadi tidak terkawal? Semua ibu bapa pasti melalui saat anak-anak buat perangai atau lebih senang kita sebut sebagai tantrum.

Sering kali kita lihat anak mengamuk tanpa sebab, atau paling dasyat berguling-guling di atas lantai sambil menghempas-hempaskan badan untuk menunjukkan rasa protes mereka.

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda, mengenai kenapa anak tantrum dan skill yang perlu dipelajari oleh ibu bapa untuk menanganinya.

Punca anak tantrum terbentuk sejak kecil tanpa kita sedari

Kenapa anak tantrum

Pengalaman berada dibawah jagaan nenek dan bekas bidan sewaktu melahirkan anak 13 tahun dahulu telah mengajar sesuatu yang penting semasa berpantang. Kini beliau sudah berumur 86 tahun dan mempunyai pengalaman lebih 50 tahun.

Pesanan penting beliau,

Walaupun sayangkan anak, tapi belajar-belajarlah untuk kurang dukung dan kendong anak. Malah biarkan dia belajar tidur sendiri di atas tilam bawah. Takpa kalau dia nangis, sampai masa nanti dia akan berhenti dan tidur

Nenek

Memang agak berbeza dengan pendapat sesetengah pakar kanak-kanak hari ini. Tetapi saya yakin peribadi anak yang kurang tantrum bermula dari situ.

Namun begitu, ini bukanlah bermakna ibu bapa tidak memeluk anak atau membiarkan mereka begitu sahaja.

Sebaliknya kita perlu tahu untuk membezakan antara kasih sayang kerana mendidik atau kasih sayang yang memudaratkan.

Percayalah anak-anak kita walaupun masih bayi sebenarnya sangat bijak dan menguji kita sebagai ibu bapa.

BACA : Penampilan yang baik mempengaruhi anak

5 perkara perlu difahami kenapa anak tantrum

Ada anak-anak tantrum mengikut situasi, ada yang mengambil masa berhari-hari. Jadi, kita sebagai ibu bapa haruslah mencari punca dan fikirkan solusi untuk perbaiki keadaan.

Seperti yang dibincangkan diawal perenggan di atas, kemungkinan ada didikan kita sendiri yang tersilap sehinga membentuk peribadi anak-anak seperti itu.

Jangan sesekali amik mudah, kerana tantrum juga merupakan salah satu cara kita untuk kenali peribadi anak secara lansung.

1. Menangis itu biasa

Menangis juga adalah satu cara untuk bayi berkomunikasi, terutamanya yang berumur dibawah 2 tahun. Sesetengah ibu bapa agak panik bila anak menangis sehingga kita melayan semua keinginan mereka.

Tetapi tanpa kita sedari, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia inginkan untuk mengurangkan mereka menangis.

Sebaiknya sesekali biarkan anak itu menangis, selagi mana ia tidak memudaratkan. Biarkan mereka luahkan apa yang mereka rasa di dalam hati, kerana itu perkara biasa.

Contohnya beli mainan, bila kita sudah terbiasa beri apa yang dia mahu seawal umur bawah 2 tahun. Bila sudah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang. Walaupun nampak ianya perkara kecil sahaja.

Alah, murah je mainan.”

“Alah, takpelah kecil lagi.”

Tetapi semakin anak membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”. Sepatunya sebagai ibu bapa, kita perlu tekankan maksud “NO” kepada anak.

Ajar dan didik mereka seawal bayi lagi bahawa tidak semua yang mereka mahukan mereka akan dapat. Seawal usia inilah sangat penting dan terbaik untuk kita bina nilai kepercayaan dalam hubungan ibu bapa kepada anak.

Selain itu, “frustration tolerance“, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar.

Kita kena ajar anak perasaan “frust”, tidak dapat apa yang dia hendak main, makan, pakai, pergi tempat yang dia hendak dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahu lahirkan anak yang berjiwa pemimpin dan kental.

Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita mahu akan dapat kita miliki. Melainkan melalui usaha, tetapi usaha pun tidak menjamin kita akan dapat apa kita mahu.

2. Anak tantrum sebab tidak tahu nak luah melalui perkataan

Biasanya anak-anak umur 1-4 tahun ini belum mampu untuk memperoses perkataan yang banyak untuk melepaskan perasaan marah, geram, bengang, sedih dan lain-lain.

Jadi tantrum adalah salah satu cara yang membolehkan dia boleh melepaskan perasaan tersebut.

Kalau ibu bapa yang rajin mungkin boleh study sikit cara luahan tersebut dan pastinya anda mampu untuk mengenal pasti pattern setiap anak anda.

Kadang-kadang anak terasa bila kita memarahi mereka, dengan ucapan “minta maaf’ sahaja sudah cukup untuk mereka berhenti melepaskan perasaan tantrum tersebut.

Bayi yang umur 6 bulan ke atas ya, biasanya masa ini sudah pandai “memanipulasi” mak ayah untuk dapat apa yang dia mahukan dengan menarik rambut mak ayah, menghentak kaki, membaling barang dan sebagainya.

3. Jangan respon terlalu cepat

Anak tantrum adalah anak yang normal. Kalau anak-anak tantrum dalam masa 30 minit, maksudnya itu normal. Cuba ibu bapa bertenang dan biarkan sahaja.

Jangan respon terlalu cepat macam suruh dia diam atau dukung untuk tenangkan. Nanti anak tidak puas hendak luahkan perasaan. Kalau dia tidak puas, akan lebih sukar untuk ditenangkan.

Contohnya, anak jatuh sikit sebab terlanggar meja. Tindak kita yang pertama, mula-mula tengok respon dan keadaan.

Kalau okay kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana boleh elak dari jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.

Contoh kedua, apabila kita singgah ke kedai yang menjadi kegemaran anak-anak seperti kedai menjual coklat.

Sekiranya kita mahu belikan coklat atau hadiah yang lain, bolehlah minta anak siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu sebelum mendapatkannya.

Kalau anak mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila sudah okay dan tenang, baru terangkan kenapa tindakannya yang kita buat sebegitu (social story).

4. Ibu bapa pun kena tenang

Setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang pelbagai skala. Ada ibu bapa yang boleh bersabar dan ada yang terasa sesuatu yang amat merunsingkan.

Paling malang kalau ada ibu bapa yang memberikan respon negatif dalam menangani persoalan kenapa anak tantrum seperti pukul anak, tekup mulut anak suruh dia diam dan mengasari anak tanpa sedar.

Tindakan-tindakan seperti ini sebenarnya akan menjadikan keadaan lebih teruk. Ingat! Anak-anak sebenarnya bijak dan menguji kita.

Dalam menangani hal ini, ibu bapa mesti belajar tenang. Bertahanlah untuk 30 minit sahaja. Dalam masa yang sama belajar kawal perasaan untuk menangani perangai anak-anak.

Sekiranya, kita rasa sukar menahan kesabaran, ingat anak-anak ini adalah cerminan ibu bapa mereka.

Selalunya bila anak-anak kita ini sudah habis mengamuk, kita akan nampak mereka akan akan back to normal balik. Boleh senyum, boleh lari-lari macam biasa.

Maksudnya dia sudah okay dan puas dapat luahkan perasaan. Waktu ini lah slowly kita terangkan yang dia buat sudah berbuat salah, dan kenapa kita tidak memberi izin mereka buat.

Walaupun anak tidak begitu faham, tidak mengapa. Mungkin dengan cara ini, kita perlu berulang kali cakap kepadanya agar mereka faham suatu hari nanti.

5. Jangan mengalah

Dalam memahami kenapa anak tantrum, ibu ayah perlu pasakkan dalam hati bahawa tanggungjawab untuk memanusiakan orang itu bukan mudah.

Justeru itu, ibu bapa tidak boleh cepat menyerah. Jangan terus berikan gadjet atau benda yang anak mahukan agar dia cepat diam.

Hal ini kerana selain akhlak, emosi anak juga perlu diajar untuk diurus dengan baik. Dan perkara ini semuanya bermula saat anak-anak masih di awal usia.

So keep calm ya ibu bapa!

Bila anak menangis apabila kalah main game. Biarkan dia. Bagi dia rasa “frust”, dan belajar sendiri cara kawal.

Kita tentunya risau, bila jumpa ada anak yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tidak pandai pakai baju sendiri tetapi boleh mengenal dan menyebut ABC 123.

Masalah yang terjadi seperti ini bukan sebab “developmental delay”, tetapi kerana semua dari A-Z ibu yang buatkan.

Kalau anda perasan, selepas kita ceramah anak lebih kurang dalam 30 minit, sebulan selepas tu tiba-tiba anak terus pandai makan dan pakai baju sendiri.

Kesimpulannya, semakin kita “overprotective”, semakin kita membesarkan seorang “adult baby”.

Tips menarik dari Occupational Therapist

Tips yang akan dikongsikan ini adalah dari Maryam Jamadi mengenai kenapa anak tantrum. Katanya, kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tak boleh menangis”, ini salah.

Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja.

Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, kerana mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan.

Sebab apa? Sebab dalam fikiran mereka “lelaki tak boleh menangis”.

Kita perlu faham mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita sebagai ibu bapa, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan anak menghadapi dunia yang mencabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa