Your Cart


8 Tanda awal kehamilan yang wajib diketahui

Tanda awal kehamilan kebiasaannya banyak bakal ibu yang terlepas pandang. Saya pasti setiap pasangan yang berkahwin mahukan zuriat dan keturunan mereka. Bukan apa, senang untuk sediakan apa yang patut.

Tetapi ramai juga bakal ibu yang tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan. Ada juga wanita yang langsung tidak perasan mereka sedang berbadan dua. Saya ingat lagi semasa saya sedang mengalami situasi ni, pelik juga kenapa tak datang haid 2 bulan berturut-turut.

Setiap wanita pastinya berbeza-beza ketika mereka mengandung. Namun begitu, ada juga beberapa perubahan yang akan berlaku ketika mereka sedang hamil. Jadi, tak perlulah nak dibanding-bandingkan dengan yang lain.

Baca ini juga: 4 Tips Dekorasi Bilik Tidur Anak Lelaki Dan Perempuan

Sejak dari hari itu, saya cari tanda awal kehamilan yang saya rasa semua wanita wajib tahu supaya mereka lebih bijak untuk bersedia ketika hamil. Jadi, hari ini saya kongsikan beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang boleh dilihat dan sedang berlaku pada bakal ibu.

tanda awal kehamilan

Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Di bawah ini, terdapat beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang kebiasaannya bakal ibu terlepas pandang. Mari, kita teruskan bacaan.

#1 Period datang lewat

Jika period korang datang lewat, mungkin korang tengah berbadan dua. Tetapi ia agak sukar untuk dikesan pada awal minggu namun korang boleh lebih alert lagi untuk memastikan sekiranya period lewat daripada tarikh yang sepatutnya. Bukan apa, ini satu berita gembira untuk korang yang sedang menantikan cahaya mata.

#2 Morning sickness

Sepanjang saya kehamilan, saya tidak pernah alami morning sickness tetapi beza betul dengan adik saya. Dia alahan teruk sehingga bulan ke 5 dia hamil, sehingga terpaksa berhenti kerja. Kebiasannya, mual akan dialami pada awal-awal kehamilan. Selalunya ia akan terjadi pada waktu pagi tetapi ada juga yang mengalaminya di sepanjang hari.

#3 Cepat penat dan letih

Walaupun saya tidak alami morning sickness tapi pada awal kehamilan, saya cukup penat dan letih. Kadang tu tak buat apa apa pun rasa letih semacam. Waktu saya hamil, kita semua sedang dalam perintah kawalan kurung fasa 1. Jadi, memang tidak buat apalah kan. Asyik duduk terperap dalam rumah, itu pun memang saya rasa cukup letih.

Rupanya, baru saya tahu yang saya tengah mengandung 3 bulan. Patutlah penat lain macam, rupanya ada penghuni dalam rahim saya. Kalau korang nak tahu, awal kehamilan mesti akan rasa letih disebabkan perubahan hormon kita. Ini kerana tubuh kita akan melemahkan sistem imun supaya embrio dapat melekat dan menetap di dalam rahim.

#4 Kerap kencing

Ini juga merupakan tanda awal kehamilan, asyik nak kencing aje kerjanya. Memang betul kerap kecing merupakan tanda anda sedang mengandung. Pastinya korang akan letih kerana asyik berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil. Pada awal kehamilan, saya turut mengalaminya malah pada hujung-hujung kehamilan pun sama. Kadang tu letih dan marah dibuatnya. Baru nak tidur, dah rasa nak terkencing.

tanda awal kehamilann

#5 Mood cepat swing

Jika korang mudah berasa sensitif, cepat sedih dan marah ini adalah antara tanda awal mengandung. Ini kerana, ia boleh diburukkan dengan membuat keputusan terburu-buru, betul tak? Kadang kita sendiri pun tak sedar, kenapa tiba-tiba aje mood cepat betul swing.

Jadi, orang sekeliling patut memahami kerana ia adalah perkara yang sukar untuk dielakkan dek kerana hormon yang meningkat secara drastik ketika hamil. Oleh itu, perubahan asing yang terjadi pada tubuh, kesakitan disana-sini dan juga korang cepat merasa letih juga boleh menyumbang kepada perubahan mood pada wanita yang hamil.

#6 Perubahan pada payudara

Perubahan payudara juga merupakan tanda korang sedang hamil. Kebiasaanya, puting ibu hamil akan berubah ke warna gelap dan akan menonjol. Korang juga akan merasakan payudara akan lebih kencang, sensitif dan membuatkan korang tidak selesa. Jika perubahan ini ada pada korang, sah korang tengah hamil!

#7 Perubahan Selera Makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya begitu juga saya. Ketika awal trimester pertama, mood makan saya bertambah berselera. Kadang tu 2 jam sekali mesti nak makan, tak pun mesti kena ada makanan kudapan untuk saya kunyah.

Bagi memastikan kandungan korang sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, korang perlu mengambil vitamin yang bersesuain dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.

#8 Pregnancy Test

Untuk lagi meyakinkan yang ada sedang hamil, lagi baik jika korang melakukan ujian kehamilan. Harga pun tidak mahal dan mudah untuk didapati di farmasi yang berdekatan. Alat ini boleh memastikan samaada korang mengandung atau pun tidak. Jika korang nampak dua line pada pregnancy test, confirm korang tengah hamil.

Kesimpulan

Itulah senarai 8 tanda awal kemahilan untuk pengetahuan bakal ibu dan ayah. Saya harap setiap ibu wajib tahu tentang tanda tersebut supaya dapat dikesan dari awal lagi. Tidak hanya ibu, malah bakal bapa pun turut sama-sama mengetahui tanda mengandung ini bagi menyambut kehadiran cahaya mata.

Sekiranya korang mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas, tahniah saya ucapkan, besar kemungkinan korang sedang mengandung. Jangan lupa untuk segera ke klinik dan dapatkan pengesahan daripada doktor.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa