Your Cart


8 Tanda bersalin semakin HAMPIR, mommies kena alert

Di hujung kehamilan, mommies kena alert dengan tanda bersalin semakin hampir. Bukan apa, mesti mommies akan rasa berdebar dan tak sabar nak menimang cahaya mata. Saya juga pernah merasainya, berdebar sampai tak boleh nak tidur tau.

Bukan semua mommies di luar sana akan mengalami tanda bersalin di bawah ini. Setiap mommies akan mengalami tanda bersalin yang hampir sama. Jadi, pastikan mommies sediakan persiapan awal untuk menghadapinya dari pelbagai sudut, emosi dan fizikal.

Walaupun mommies sudah tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika mommies bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan. Jika tanda bersalin semakin hampir ni sudah ada pada mommies, segeralah ke hospital untuk persediaan proses bersalin.

Apa itu bersalin?

Bersalin atau melahirkan anak merupakan proses peringkat akhir kehamilan. Janin yang 9 bulan di dalam perut akan keluar dari rahim mommies. Ia akan bermula dengan rahim mengecut (contraction) setiap 5-30 minit. Proses pengecutan itu tadi akan meningkat setiap 2 minit secara perlahan. Setelah itu, pangkal rahim akan membuka sehingga 10cm dan janin akan dikeluarkan melalui vagina.

9 Tanda bersalin semakin hampir

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa tanda bersalin semakin hampir yang perlu mommies berjaga-jaga supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

#1 Kerap buang air kecil

Bukan hanya di tanda awal kehamilan, di hujung pun mommies akan mengalaminya dengan lebih kerap. Ini disebabkan oleh kepala bayi yang semakin hampir dengan pintu pelvis. Kedudukan kepala bayi yang paling rendah dan menyebabkan banyak tekanan kepada punci kencing mommies. Sebab itulah, mommies kerap buang air kecil.

#2 Kepala bayi menurun

Tanda bersalin semakin hampir yang seterusnya ialah kepala bayi semakin menurun ke arah pintu pelvis. Pada 2 hingga 4 minggu terakhir, mommies akan berasa kandungan seakan bergerak ke bawah. Kandungan mommies akan mengambil posisi untuk keluar dari rahim.

#3 Kerap sakit belakang

Selain kerap buang air kecil, mommies juga akan merasai sakit belakang yang semakin kerap di hujung kehamilan. Hal ini disebabkan oleh bayi mommies yang semakin berat dan sudah berada dekat pintu pelvis. Rahim mommies akan semakin meregang apabila di hujung kehamilan.

#4 Badan akan menjadi letih

Tanda bersalin semakin hampir yang seterusnya ialah mommies akan berasa susah untuk bergerak dan susah tidur. Ini dek kerana perut mommies yang besar pada akhir-akhir kehamilan. Malah, ia juga menyukarkan pergerakan mommies, menekan pundi kencing dan organ mommies yang lain.

Mommies boleh amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) atau memperbanyak minum air kelapa bagi memberi kantenaga kepada mommies. Selain itu, mommies boleh cuba untuk cari posisi yang paling selesa apabila hendak tidur dan pastikan juga dapatkan rehat yang secukupnya. 

#5 Loya dan cirit birit

Di akhir kehamilan, mommies juga akan berasa tidak selesa di bahagian perut kerana hormon kelahiran. Ini kerana, badan mommies sedang mengosongkan usus bagi memberi ruang kepada bayi. Mommies juga akan muntah dan cirit birit akan terjadi. Jadi, dinasihatkan untuk mommies banyakkan minum air bagi mengekalkan hidrasi. Jangan risau, dan ianya normal. 

tanda bersalin semakin hampir

#6 Keluar lendir dari faraj

Ketika hamil, bahagian servik mommies akan dilindungi dari lendiran mengalir. Tetapi, pada saat kelahiran yang semakin hampir akan menyebabkan kepala bayi semakin turun ke bahagian pelvis mommies dan sebelum bersalin ia juga boleh mengakibatkan lendiran ini tadi keluar mengalir. Lendiran yang bercampur darah ini terhasil kerana dinding serviks yang semakin menipis.

Jika lendiran bercampur darah itu keluar dengan jumlah yang banyak, sila hubungi doktor dengan segera. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan mommies akan bersalin dalam beberapa hari lagi.

#7 Sukar untuk tidur

Selain itu, tanda bersalin semakin hampir yang seterusnya ialah mommies sukar untuk tidur. Jika bakal ibu berasa sukar untuk tidur, itu adalah normal. Ada juga yang mungkin berasa kurang selesa ketika waktu tidur kerana kedudukan perut yang semakin membesar. Semakin dekat waktu bersalin, tidur semakin kurang nyenyak.

#8 Kerap Kontraksi

Terdapat juga wanita yang berasa kontraksi seakan senggugut, mencucuk, dan meregang. Ini juga merupakan salah satu tanda bersalin semakin hampir. Ada juga yang rasa seperti memulas yang bermula dari bahagian belakang dan membawa ke bahagian hadapan abdoment.

Mommies juga akan berasa sakit di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan dan ia dipanggil “kotraksi palsu” iaiu Braxton-Hicks. Sekejap mommies akan rasa sakit, sekejap lagi sakit tersebut pergi dengan sendiri. Kontraksi ini boleh terjadi sehingga 2 minit. Untuk mengurangkan kesakitan, mommies boleh mengubah posisi dari duduk ke berjalan atau sebaliknya.

Pengalaman saya pula, saya rasa setiap 20 minit sekali. Tapi lepas tu, sakitnya jadi 15 minit sekali. Memang akan panik seketika dibuatnya, sebab sakit itu kerap datang tapi memang saya dah di wad. Nurse check bukaan rupanya dah 4cm. Lebih kurang 6 jam juga saya rasa kontraksi tu, makin lama 2 minit sekali mesti rasa sakit kontraksi yang dahsyat.

Sehingga saya hampir tidak mahu melahirkan, dek kerana kesakitan kontraksi yang saya alami semasa melahirkan anak sulung. Tetapi, nikmat sakit itu hilang bila si manja saya keluar.

#9 Air ketuban pecah

Ini merupakan tanda bersalin yang paling umum. Kebiasaannya, air ketuban ini akan mengalir secara perlahan atau menitis. Cecair amniotik ini tiada warna dan tidak berbau ya bukan seperti air kencing. Pengalaman saya sendiri, air ketuban pecah dengan menitis perlahan. Pelik juga sebab ia tiada bau dan berwarna.

Lagi peliknya, saya langsung tidak berasa sakit apa-apa. Disebabkan saya lahir anak sulung, jadi memang tak berani nak duduk rumah lama-lama. Saya terus ke hospital dan tahu tahu dah 2cm terbuka, teruslah kena tahan wad. Sejurus sahaja perkara ini berlaku, mommies perlu pergi ke hospital dengan kadar segera.

Kesimpulan

Di atas merupakan 9 tanda bersalin semakin hampir yang mommies kena sentiasa berjaga-jaga. Setiap ibu yang mengandung semestinya akan mengalami proses melahirkan anak ini. Pastikan mommies sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan terkawal.

Suami juga turut wajib memainkan peranan yang penting terutama ketika di hujung kehamilan. Ini kerana, suami perlu memberikan sokongan dari pelbagai sudut dan sentiasa berada di sisi mommies. Apa yang pasti, sakit yang bakal dilalui itu nanti pasti akan hilang apabila si comel menjengah ke dunia ini.

Saya doakan urusan bersalin mommies dipermudahkan segalanya. Good luck dan selamat berpantang mommies! Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa