Anak Sukar Tidur? Jom Ikut 4 Tips Awesome Ni Supaya Anak Mudah Tidur

Ramai ibu bapa hadapi masalah Anak Sukar Tidur malam sehingga kadangkala menyebabkan anak masih aktif walupun pada waktu tengah malam.

Anak Sukar Tidur

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga sangat memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan tumbesaran yang terbaik untuk anak-anak dan supaya mereka kekal sihat. Justeru itu, sudah pastilah tidur sangat penting buat anak kita tambahan pula setelah mereka ktif pada waktu siang. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang berkuliti atau yang tidak mencukupi akan menjadikan mereka menjadi seorang yang tidak aktif dan badan mereka menjadi lembik

Ada Beberapa Tips Awesome Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan Untuk Atasi Anak Sukar Tidur

Justeru itu, sebagai ibu bapa perlulah memainkan peranan supaya anak-anak mula mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti supaya anak-anak kita membesar dengan kuat dan sihat. Tetapi untuk melatih anak tidur malam bukanlah satu perkara yang mudah kerana kadangkala untuk mengajar anak tidur mereka mudah untuk mengamuk dan tetap tidak mahu tidur. Jom kami kongsikan beberap tips terbaik yang anda boleh gunakan untuk atasi masalah Anak Sukar Tidur malam. Antara Tipsnya Ialah:

1- Mulakan Dari Awal

Untuk mendidik anak agar tidur awal dan mudah untuk tidur ia perlulah bermula sejak dari awal lagi… Sejak amereka masih kecil lagi, kita perlulah didik mereka untuk tidur awal dan ajar mereka supaya mudah tidur. Bila mereka sudah terbiasa untuk tidur awal lama-kelamaan mereka akan terbiasa. Biasanya, sewaktu masih bayi, mereka mudah untuk tidur awal tetapi jika ada tanda-tanda sukar untuk tidur, gunakan pelbagai cara supaya mereka mudah tidur

Anak Sukar Tidur

2- Jangan Bagi Anak Bermain

Satu lagi tips yang boleh anda gunakan untuk elakkan anak sukar tidur malam adalah jangan biarkan mereka bermain atau melakukan aktiviti yang aktif sebelum mereke tidur. Ini kerana, jika terlampau bermain ia membuatkan anak anda menjadi bertenaga dan segar yang mana ia akan menjadi salah satu sebab untuk anak anda uskar tidur malam. Lagipun, bila anak sudah rancak bermain sudah pastilah mereka akan lupa untuk masuk tidur.

Baca Juga: Asingkan Tempat Tidur Anak: 4 Cara Terbaik Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan

3- Jangan Benarkan Menggunakan Gajet

Gajet juga boleh menjadi salah satu punca kenapa anak anda sukar untuk tidur malam. Ini kerana, bila nak sudah mula bermain dengan gajet ia akan buatkan anak anda ketagih dan seterusnya mereka akan bermain sehingga ke pagi dan langsung tidak tidur.

Tambahan pula, kebanyakkan telefon pada masa kini mempunyai permainan video yang menarik dan boleh melayari media sosial tanpa had, sudah tentulah ia akan membuatkan anak kita leka. Jadi, sewaktu anak masuk tidur, pastikan mereka tidak menggunakan gajet atau bermain dengan gajet. Seeloknya, anda pegang dan simpan gajet tersebut.

4- Teman Anak Sebelum Mereka Tidur

Selain itu, satu lagi tips terbaik yang ibu bapa boleh gunakan untuk memastikan anak-anak tidak tidur lambat sehingga mereka sukar tidur malam adalah dengan temankan anak anda sebelum mereka tidur. Dalam pada masa yang sama kita boleh juga bacakan buku cerita atau menceritakan pelabagai kisah menarik. Bila anda temankan anak anda sebelum mereka tidur ia secara tidak langsung akan membuatkan anak anda tidak berani untuk tidur lambat dan dalam masa yang sama anak anda akan menjadi semakin mudah untuk tidur malam

4 comments

  1. Suka dengan perkongsian puan. Sangat2 membantu. Anak saya tidur bersama, lps dah biasa tidur seorang baru asingkan. 😀

    1. Syahruddin / 018-3696451

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat tuan ^_^

  2. Perkongsian yg sangat2 membantu puan. Anak saya tidur bersama, lps dah biasa tidur seorang baru asingkan. 😀

    1. Syahruddin / 018-3696451

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Betul tuan, memang awalnya agak sukar, in shaa Allah lama-lama akan lebih mudah ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa