Panduan Pilih Cermin Mata Anak Tersayang

Pilih cermin mata anak ni bukan susah mana pun, perlukan sedikit sahaja tips. Mungkin ada di kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah mata sejak lahir lagi. Lagi pun, masalah rabun dah jadi satu masalah yang kerap terjadi kepada anak-anak. Sebaik sahaja mendapati si kecil mempunyai masalah mata, tidak kiralah rabun dekat atau rabun jauh, ianya masih memerlukan cermin mata.

Baca ini juga: Tips Atasi Tantrum Anak Di Tempat Awam

Mesti ibu bapa dah berfikir, jenis dan bentuk cermin mata untuk anak tersayang. Cuma bukan semua kanak-kanak selesa ketika memakai cermin mata. Segala faktor perlu diambil kira sebelum membuat cermin mata, dan jika tersilap ia mungkin akan menjejaskan penglihatan anak tersayang.

Bagi membantu anda pilih cermin mata anak, saya sediakan beberapa panduan yang boleh anda guna pakai ketika membuat cermin mata.

pilih cermin mata anak
Panduan Pilih Cermin Mata Anak Tersayang 3

#1 Pilih jenis bingkai yang sesuai

Terdapat dua jenis bingkai yang utama iaitu bahan plastik atau metal. Pemilihan bingkai ini mengikut keselesaan masing-masing. Kerana dua bingkai ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Anda boleh pilih bingkai yang terletak elok di hidung anak supaya tidak rimas ketika anak memakainya. Pilih juga bingkai yang sesuai dengan muka anak bagi mengurangkan ketebalan kanta apabila kaca mata sudah siap.

#2 Pilih kanta yang lasak

Selain bingkai, kanta juga mempengaruhi cara pilih cermin mata anak. Pemilihan kanta kenalah sesuai dan dipilih dengan betul. Kanta kaca tidak bersesuaian dengan kanak-kanak, kerana ia mudah pecah dan boleh menyebabkan kecederaan. Jadi, kanta plastik yang sesuai untuk kanak-kanak. Kanta plastik ini 100 kali lebih kuat daripada kanta kaca. Malah, ia sangat ringan, selesa dan tahan lasak apabila anak tersayang memakainya.

#3 Beli dengan jaminan (warranty)

Sebelum membayar, pastikan bingkai dan kanta yang ade jaminan. Anda kena faham juga, kanak-kanak ni biasanya bukan dapat pakai tahan lama cermin mata tu. Kadang esok lusa pun dah boleh bengkok, patah dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu mendapatkan perakuan warranty lens dari kedai jika lens yg ditempah adalah diclaim sebagai scratch-proof atau anti pecah. Ia penting untuk mengelakkan korang ditipu. Kang bila dah tak ada warranty, bila nak claim ketika pecah, rugi tak dapat replacement. Jadi pikir dulu sebelum beli.

cermin
Panduan Pilih Cermin Mata Anak Tersayang 4

#4 Biar anak pilih sendiri

Apa-apa pun, biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang mereka berkenan. Mungkin bila mereka pilih sendiri, mereka akan pakai cermin mata selalu dan tak malu dengan orang bila pakai cermin mata. Tapi kalau anak pilih yang bukan bukan dan mahal, baik reject awal. Ajar mereka untuk pilih cermin mata yang betul.

#5 Pertimbangkan untuk mempunyai cermin mata ‘spare’

Saya cadangkan juga untuk ibu bapa sediakan cermin mata ‘spare’ supaya berjaga-jaga. Anda kena faham juga, kanak-kanak masih tidak pandai untuk menjaga cermin mata. Risau bila terjadi sesuatu, seperti cermin mata pecah atau sebagainya, sekurang-kurangnya dah ada satu ‘spare’ dirumah. Berbincang dulu dengan pasangan sebelum membeli extra cermin mata, ia juga melibatkan kewangan anda.

Kesimpulan

Mudah sahaja untuk pilih cermin mata anak kan? Jadi, sebelum membelinya, ibu bapa wajib kena tahu panduan pilih cermin mata supaya anak selesa ketika memakainya. Saya harap ibu bapa sentiasa peka dengan anak. Semoga artikel ini bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa