Tips Atasi Tantrum Anak Di Tempat Awam

Pernah tak anak tantrum di tempat awam? Jika anda mencari tips atasi tantrum anak, sila teruskan pembacaan. Senang cerita artikel ini khas untuk mengatasi anak yang mengamuk, apatah lagi di tempat awam. Saya sendiri pun bila bawa anak ke Tesco, mesti anak akan mengamuk bila tak dapat barang yang dia nak. Lagi saya marahkan dia, lagi kuat menangis dan mengamuk.

Baca ini juga: Inilah Cara Hilangkan Selsema Bayi Secara Semulajadi

Kadang tu sampai saya sendiri, rasa nak pukul je anak bila dia mengamuk. Orang takkan faham bila anak mengamuk. Lagilah di tenungnya kita sampai malu jadinya. Tapi sebelum naikkan tangan pada anak, bersabarlah. Inilah masanya untuk anak membesar, nanti bila dah besar kita rindu pula ketika anak masih kecil.

Hari ni saya kongsikan beberapa cara atasi tantrum anak, tidak kiralah dimana anda berada. Jom teruskan membaca.

#1 Kena bertenang

Bila anak dah mula mengamuk, anda sendiri kena bertenang. Kalau sama-sama mengamuk, macam mana anak anak tenang. Betul tak? Kalau anak tantrum, anda atau pasangan kenalah bertenang dan bersabar. Anak ni dia pandai, kita marahkan dia, lagilah makin mengamuk dan menangis. Jangan mudah melenting dan marah. Anda kena banyakkan bersabar. Buat je muka relax, tentu anak jadi pelik bila kita ni relax dan tak marahkan dia. Sebenarnya ini merupakan reverse physology tau.

#2 Cubalah pujuk anak

Bila anda dah bertenang, cuba pula untuk pujuk anak. Usahakan dulu memujuk anak dengan cara yang baik. Anda boleh cuba pegang atau dukung dengan mesra dan lembut. Ini menjadikan anda sudah bersedia untuk mendengar segala masalah yang anak tengah hadapi. Anda korek rahsia, cuba tanya kenapa anak marah atau mengamuk. Anak ni lebih suka pada ibu bapa yang berikan perhatian kepada mereka.

cara tenangkan anak mengamuk

#3 Belajar alihkan fokus anak

Anak suka mengamuk bila benda yang dia nak itu kita tidak penuhi hajatnya. Lalu anak ni akan mencetuskan kemarahan dan mengamuk tak tentu hala. Kadang-kadang, benda yang dia minta ni mengarut. Selagi tak dapat, selagi itulah dia akan mengamuk.

Jadi, apa perlu anda buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Cuba untuk fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk memujuk ini akan ambil masa. Kalau boleh bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan sesekali cuba untuk alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita. Lagi parah bila mengamuk, anak dah tahu kita anak bagi telefon.

#4 Gunakan sistem ganjaran

Jika anak mula mengamuk, anda boleh cuba untuk memberikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi oleh anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan memberikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama. Kalau dia betul-betul menginginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut cakap kita. Cuba teknik ini, pasti mudah untuk anda atasi anak tantrum di tempat awam.

#5 Biarkan sahaja anak buat seketika

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak jajan. Dia tetap berkeras mahukan jajan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, jadi biarkan dia buat seketika. Tetapi, sila pastikan keadaan sekelilingnya selamat daripada barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Betul tak?

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa