Beg Sekolah Berat ? Ketahui 3 Puncanya (2022)

Masalah beg sekolah berat masih sering diperkatakan pada saban tahun. Ia kembali hangat diperkatakan dalam media sosial. Terutamanya sejak kemasukkan semula anak-anak ke sekolah.

Pada hujung tahun lalu berakhirlah program pendidikan sekolah yang dilaksanakan melalui program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ia berpunca daripada kesan pandemik Covid-19.

Pelbagai pihak memandang serius akan masalah beg sekolah berat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Khususnya bagi anak-anak yang baru memulakan persekolahan di darjah satu.

Kebanyakkannya mempunyai sosok tubuh yang kecil tetapi perlu membawa bebanan yang berat ke sekolah pada setiap pagi.

Isu utama yang diutarakan oleh masyarakat tentang masalah beg sekolah berat adalah dari aspek kesihatan kanak-kanak.

Ramai yang berpendapat kanak-kanak yang menggalas beg berat ke sekolah pada setiap pagi boleh mengalami Scoliosis.

Ia merupakan masalah tulang belakang yang membengkok.

Xray, Thoracic Spine, Diagnosis, Xray
Ramai yang beranggapan beg sekolah berat adalah faktor utama Scoliosis

Namun, tanggapan sedemikian ternyata tidak mempunyai asas bukti yang kukuh.

Hal ini ditegaskan sendiri oleh Dr Lim Sze Wei yang merupakan seorang Doktor Pakar Perunding Spinal dan Trauma.

Menurutnya, kajian dan laporan-laporan perubatan mendapati tiada bukti yang jelas menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh membawa kepada Scoliosis.

Selain itu, pandangan beg sekolah berat boleh memberi kesan terhadap struktur pertumbuhan tulang belakang kanak-kanak turut dinafikan.

Tambahan lagi Scoliosis adalah sejenis masalah kesihatan tulang belakang yang didapati sering terjadi dalam kalangan golongan dewasa.

Namun begitu, teknik menggalas beg berat yang tidak betul atau terdedah kepada bebanannya untuk tempoh lama yang berterusan boleh mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan lain.

Antara contohnya seperti sakit belakang, postur badan yang tidak baik, kelemahan otot dan keletihan.

Artikel ini akan membincangkan tentang masalah beg sekolah berat dalam kalangan kanak-kanak dan solusi terbaik yang boleh dicapai ibu bapa.

Punca-Punca Beg Sekolah Berat Dalam Kalangan Murid

1) Mata Pelajaran Yang Terlalu Banyak

Semakin banyak mata pelajaran yang diterapkan, kesannya adalah semakin banyak pula buku yang perlu dibawa.

Kerana sifir mudahnya adalah 1 mata pelajaran bermakna seorang pelajar perlu membawa 3 buah buku iaitu buku teks, buku aktiviti dan buku latihan.

Jika satu hari ada 4 mata pelajaran maka anda boleh buat kiraan sendiri berapa buah buku yang perlu diangkutnya ke sekolah.

Dan itu hanya kiraan yang dibuat bagi 4 mata pelajaran sebagai contoh. Cuba anda bayangkan pula jika bilangan sebenarnya adalah lebih daripada itu.

Atas sebab itulah terdapat aktivis yang memperjuangkan agar mata pelajaran pada kanak-kanak sekolah rendah terutamanya diperkecilkan.

Tabiat menyusun buku sebelum sesi persekolahan membantu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung anak setiap pagi

2. Pelajar Tidak Tahu Menyusun Buku

Kanak-kanak pada darjah satu terutamanya yang berusia 7 tahun kelihatan agak mentah untuk menguruskan diri. Apatah lagi menyusun buku mengikut keperluan untuk ke sekolah.

beg sekolah berat
Pada hakikatnya, tidak semua buku teks wajib dibawa ke sekolah pada setiap hari.

Kerana bimbang akan dimarahi oleh guru apabila terlupa buku-buku yang penting, langkah mudah yang diambil adalah dengan memasukkan kesemua buku ke dalam beg dan dibawa ke sekolah.

Beg tersebut dijadikan seperti poket Doremon, apa sahaja buku yang dikehendaki boleh dikeluarkan dari beg tersebut pada sesi persekolahan.

Tidak perlu bimbang untuk dimarahi atau dirotan lagi.

Sedangkan jika diperhatikan dengan lebih teliti, kalau amalan menyusun buku dilakukan pada malam sebelum ke sekolah akan terdapat beberapa jenis buku yang tidak diperlukan untuk membawanya bersama.

Kerana anda akan dapati pada setiap hari, bukannya semua mata pelajaran akan diajar.

3. Membawa Barang-Barang Yang Tidak Berkaitan

Anda jangan terkejut faktor utama beg berat bukanlah hanya berpunca daripada bilangan buku semata-mata.

DR Maszlee Malik semasa sidang media berkaitan program matrikulasi KPM di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Foto Kredit : bharian.com.my

Pada tahun 2017, satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan Kajian Berat Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah mendapati buku teks dan buku aktiviti sekolah hanya menyumbang 28 peratus daripada berat beg sekolah murid.

” Kajian itu mendapati lebihan 72 peratus berat beg murid disumbangkan oleh barangan lain seperti alat tulis, buku kerja swasta, uniform sekolah agama dan kokurikulum, bekalan makanan dan minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. “ – bharian.com.my

Dr Maszlee Malik
Bekas Menteri Pendidikan Malaysia 2018

Penutup

Melalui penerangan ini, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh kita capai.

Antaranya ialah masalah kesihatan tulang belakang Scoliosis yang diwar-warkan dalam laman sosial yang mendakwa punca utamanya adalah disebabkan faktor beg sekolah berat masih belum mempunyai bukti yang kukuh.

Bahan-bahan persekolahan yang dipercayai merupakan kandungan utama dalam beg-beg sekolah yang dibawa murid bukannya disebabkan oleh faktor bilangan buku-buku matapelajaran sekolah semata-mata.

Barang-barang atau peralatan tambahan lain juga menjadi punca kepada beg sekolah berat dalam kalangan pelajar.

Oleh itu penting bagi semua pihak samada menteri, pihak sekolah begitu juga ibu bapa dalam memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini.

Ia menjadi kewajipan bagi semua pihak yang terlibat demi menjamin kesejahteraan kesihatan anak-anak ini yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara Malaysia yang tercinta pada masa hadapan.

Anda mempunyai masalah yang sama seperti yang dinyatakan dalam artikel ini ? Sila kongsikan pandangan anda pada ruangan komen di bawah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa