Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Meningkatkan Kreativiti Anak Dengan Set Mewarna!

Usaha meningkatkan kreativiti seorang anak boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan melukis dan mewarna.

Orang Jepun sangat terkenal dengan kepintaran, kesopanan dan tahap kreativiti mereka yang tinggi. Mereka merupakan antara bangsa yang unik di dalam dunia ini.

Bagaimana hal ini terjadi ?

Tidak lain tidak bukan, faktor utamanya adalah kerana mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersusun dan cara pengajaran yang unik dan kreatif.

Dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang salah satu set alat lukisan berasal dari Jepun yang boleh membantu mengembangkan tahap kreativiti anak anda.

LUKISAN TANPA NAMA – NAMELESS PAINT

Kreativiti anak
Nameless Paint merupakan hasil ciptaan pereka dari Jepun Yusuki Imai dan Ayami Moteki

Asal Penciptaan

Dua orang ahli pereka Jepun yang bernama Yusuki Imai dan Ayami Moteki telah berjaya mencipta satu set peralatan mewarna yang unik dan luar biasa.

Ia digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep warna dengan kaedah yang lebih unik dan menarik.

Dengan tidak melabel nama pada setiap warna, kami mahu meluaskan konsep tentang warna itu sendiri. Ia boleh dikembangkan lagi dengan gabungan antara satu sama lain.”

Yusuke Imai
Pencipta Nameless Paint

Anugerah Pengiktirafan

Kehebatan penciptaan tersebut terbukti dengan kejayaannya memenangi anugerah Kokuyo Design Award 2012 di Jepun.

Kokuyo Design Award merupakan salah satu pertandingan reka bentuk antarabangsa yang telah wujud sejak tahun 2002.

Ciri-Ciri Unik Nameless Paint

1) Mengandungi Tiub-Tiub Tanpa Label Nama Warna

Set mewarna ini mengandungi 10 tiub yang tidak dipamerkan nama seperti kuning, biru atau hijau.

Sebaliknya, ia hanya dapat dikenal pasti melalui tompokan warna atau melalui warna yang terletak pada tiub-tiub tersebut.

Tompok-tompok tersebut juga mempunyai pelbagai saiz. Tujuan utama rekaan sebegini adalah bagi membentuk cara pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak secara berlainan daripada kebiasaan.

Melalui rekaan tersebut, kanak-kanak perlu memikirkan tentang hasil yang akan terjadi. Apakah warna yang akan muncul setelah gabungan antara dua warna tiub yang berbeza dilakukan.   

Sebagai contoh pada awalnya mereka tidak tahu warna apa yang akan terhasil apabila dicampurkan antara merah jambu dengan biru.

Lalu setelah warna merah jambu dan biru tersebut dipicit dari tiub tersebut. Seterusnya dicampurkan keduanya, maka terhasilah warna ungu.

Maka dengan ini, kanak-kanak dapat mempelajari bahawa kadar jumlah tertentu antara kedua-dua warna itu jika dicampurkan akan menghasilkan warna ungu.

Terdapat juga contoh lain yang dapat dilihat melalui rekaan set mewarna ini.

Gambar di bawah menunjukkan satu tiub yang dilabelkan dengan tompokan biru besar dengan tompokan merah jambu yang kecil.

Kredit Foto : BRIGHT SIDE

Ia membawa maksud jika warna biru yang digabungkan dengan sedikit kuantiti daripada merah jambu akan menghasilkan warna biru tua.

2) Label Tiub Berdasarkan Campuran Warna Yang Berlainan

Jadi mengikut susunan tiub-tiub ini melalui label masing-masing, anda akan dapati setiap tiub mempunyai corak warna hasil gabungan warna yang berbeza di dalamnya.

Antara contohnya ialah merah jambu, kuning, biru, ungu, merah, hijau gelap, biru gelap, oren, hijau terang, dan hitam.

Untuk ketahui warna-warna ini, kanak-kanak perlu memikirkan gabungan yang manakah akan menghasilkan warna-warna tersebut.

3) Merangsang Daya Kreativiti Anak

Oleh hal sedemikian, mereka bukan sahaja dapat mengenal warna-warna baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Malah turut mempelajari cara untuk menghasilkannya melalui gabungan warna-warna yang berlainan.

Secara tidak langsung meningkatkan lagi tahap kreativiti anak.

Mewarna adalah salah satu aktiviti mudah untuk mengasah daya kreativiti anak

Ia adalah satu cara yang mudah dan menyeronokkan bagi anak-anak untuk mempelajari tentang konsep warna dalam kehidupan seharian.

Sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan cara kebiasaan yang lebih bersifat arahan dan hafalan semata-mata.

Kesimpulan

Akhir kata, anda dapat lihat melalui set alat mewarna ini proses pembelajaran anak-anak tentang teori warna bukan sahaja suatu yang menyeronokkan.

Malah konsep pelbagai jenis warna juga turut dipelajarinya secara tidak langsung.

Di samping itu, ia juga membantu dalam memperhebatkan kreativiti kanak-kanak untuk mempunyai sudut fikir luar kotak dalam menggunakan warna-warna yang tersedia.

Menarik bukan ? Sila kongsikan pandangan anda di ruangan komen bawah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa