Cara Pakai Tudung Trend Terkini

Tidak pernah ada istilah terlambat sekiranya sekarang baru terdetik mahu memakai tudung dan baru mencari cara pakai tudung. Tahniah jika anda sampai ke sini sebab nak tahu tentang cara pakai tudung. Di bawah ini ada tiga cara pakai tudung trend terkini dan mengikut jenis-jenis tudung. Jemput baca dan selamat beramal tutup aurat dengan sempurna.

  1. Cara Pakai Tudung Shawl

Ramai wanita Islam di seluruh dunia suka memakai tudung shawl. Tudung jenis ini yang paling mudah dipakai dan kelihatan feminin dengan gaya apa pun. Selain dapat menutup aurat, ia kekal tampil menawan dengan memakai shawl. Selit-selit dah cantik walaupun tanpa pin tudung.

Kredit gambar : Pinterest

Menurut buku yang bertajuk Siri Tutorial Fesyen Wanita terbitan Darul Mughni Publication terdapat 100 gaya tudung jenis shawl yang sesuai dipakai oleh wanita di seluruh dunia. Majoriti wanita Arab juga memakai shawl berwarna-warni pada lapisan pertama dan shawl yang lebih besar menutupi sebahagian besar di depan dan belakang yang lebih dikenali sebagai khimar.

Kredit gambar : Pinterest

Minat wanita pada pelbagai jenis tudung shawl menyebabkan penjual tudung membuat banyak jenis variasi shawl. Antaranya seperti berikut :

a. Shawl Kain Kapas

Shawl diperbuat daripada kain kapas atau Shawl Cotton sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Gunakan satu pin di bawah dagu dan lilit di bahagian atas kepala, selitkan di bahagian sebelah pipi.

Sesuai untuk wanita yang sibuk dengan tugasan harian dan mengejar masa. Jenis shawl kain kapas ini sesuai dipakai ketika cuaca panas dan sejuk. Sesuai juga digayakan ketika berjalan jauh kerana tidak perlu gosok atau risau berkedut.

Kredit gambar : Pinterest

b. Shawl Satin

Shawl Satin ialah kain tudung jenis berkilat licin dan diperbuat daripada jenis fabrik yang tebal. Sesuai digayakan dalam majlis formal atau tak formal dengan tema glam. Fesyen tudung yang menggunakan Shawl Satin digemari oleh wanita korporat tanpa mengenal usia untuk tampil menawan dan elegan.

c. Shawl Glitter

Shawl Glitter diperbuat daripada jenis kain tidak berkilat namun mempunyai tarikannya tersendiri dari jauh. Hiasannya ada yang dibuat daripada pelbagai jenis manik dan hiasan berkilat yang lain. Pemakainya akan kelihatan berseri dan menonjol berbanding jenis shawl lain.

d. Wide Shawl

Wanita bertudung labuh juga boleh menggayakan shawl. Wide Shawl mempunyai ukuran yang lebih lebar berbanding shawl jenis-jenis lain. Memakai Wide Shawl dapat menutup aurat dengan sempurna dengan kelabuhan di bahagian depan dan belakang. Terdapat dalam pelbagai jenis fabrik dan desain.

Kredit gambar : Pinterest

e. Shawl Chiffon

Shawl Chiffon antara tudung paling popular dan terkini. Shawl Chiffon diminati ramai tidak kira samada remaja perempuan atau wanita bekerjaya kerana jenis kain fabriknya yang ringan dan lembut. Jenis kainnya digemari ramai wanita kerana mudah dibentuk pada bahagian muka. Awning pada bahagian atas muka terbentuk elok dan sesuai digayakan dalam pelbagai jenis aktiviti indoor ataupun outdoor.

  1. Cara Pakai Tudung Bawal

Tudung Bawal juga dikenali sebagai tudung empat segi. Sejak industri fesyen Islamik telah muncul beberapa tahun kebelakangan ini, trend terkini tudung bawal juga berubah dengan pelbagai desain menarik.

Wanita kini bertuah kerana terdapat pilihan yang luas memakai fesyen yang menutup aurat dan patuh syariah. Ramai wanita sejak dulu sukakan tudung bawal kerana mudah dipakai, kelihatan awet muda dan bergaya.

Tudung bawal didatangkan dengan pelbagai stail, corak dan jenis fabrik. Tudung bawal boleh dipakai dengan pakaian basahan di rumah hingga ke pentas media disebabkan kesederhanaannya yang memukau.

a. Saiz Tudung Bawal

Sesetengah wanita memakai pelbagai jenis saiz tudung bawal mengikut stail yang digemarinya. Terdapat tiga saiz yang biasa dipakai iaitu saiz standard 45′, saiz besar 50′ dan saiz labuh 60′.

Fabrik kain tudung bawal paling senang nak kekalkan bentuk. Contohnya jika angin kuat bertiup pun, awning tudung bawal masih utuh terletak cantik di situ. Tak perlu sebarang spray tudung. Terkenal dengan nama bawal mudah bentuk tidak kira samada dibuat daripada material jenis voile, chiffon, chiffon crepe atau satin silk. Tudung bawal menepati wanita yang bercitarasa tinggi tidak kira usia.

b. Corak Tudung Bawal

Tudung bawal mempunyai dua jenis pilihan iaitu tudung bawal kosong dan tudung bawal bercorak. Biasanya kebanyakan wanita lebih suka memilih tudung bawal kosong kerana boleh dipadankan dengan pelbagai jenis fesyen pakaian samada pakaian harian atau formal. Wanita yang lebih suka kelihatan bergaya dengan rekaan fesyen terkini akan memilih tudung bawal dengan corak terkini yang sering berubah-ubah seiring dengan peredaran tahun.

Kredit gambar : Alibaba

Cara Pakai Tudung Sarung

Apa jua jenis tudung yang dipakai, hampir setiap wanita lebih sukakan fesyen tudung terkini dan cepat dipakai terutama kepada wanita bekerjaya.

TudungSiComel tampil dengan koleksi tudung sekolah jenis tudung sarung segera yang diilhamkan khusus bagi memudahkan si pemakai bergaya dengan pantas.

Pengasasnya, Syahruddin Zainul berkata, idea terhasil apabila melihat sendiri kebanyakan anak-anak yang bersekolah berdepan masalah sama iaitu mahu kelihatan kemas di sekolah dan dalam masa yang sama mahu anak-anak dididik memakai tudung sejak kecil.

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

“Koleksi tudung sekolah ini divariasikan sebagai tudung segera yang dicantumkan bersama bahagian wajah tudung lembut supaya pemakai hanya perlu menyarungnya sahaja.

“Tudung segera berbentuk bawal berbidang 45 hingga 48 inci ini mempunyai 19 warna pilihan yang sesuai dijadikan koleksi tudung harian juga untuk menghadiri majlis formal,” katanya yang menjalankan perniagaan di Petaling Jaya, Selangor juga secara atas talian.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan wanita berusia empat tahun hingga 55 tahun terutama ibu bekerjaya yang sering kesuntukan masa untuk bersiap sebelum ke sekolah dan tempat kerja.

“Diharap koleksi ini mampu membantu lebih ramai anak perempuan dan wanita bergaya dengan cara pakai tudung trend terkini, pantas dan dalam masa sama tidak ketinggalan dalam menutup aurat dengan sempurna,” katanya.

“Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel”

Jom jengah koleksi tudung sekolah. Klik link ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × 3 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa