Kiraan Minggu Kehamilan, Ini 3 Panduan Yang Perlu Anda Tahu!

Kiraan minggu kehamilan adalah suatu perkara yang perlu kita tahu bila mana disahkan positif mengandung. Teruja bila mana dapat tahu tentang berita gembira ini? Ya, itu sudah pasti.

Apa yang menyebabkan kita teruja?

Suami isteri teruja dengan berita kehamilan

Memang benar, kehamilan adalah fasa indah dan menyeronokkan yang dinanti-nantikan oleh setiap suami isteri bagi melengkapi sesebuah keluarga.

Bukan hanya bagi para isteri, tetapi juga buat para suami yang ternanti-nantikan versi ‘mini’ dirinya.

Mengetahui tentang kehadiran manusia kecil di dalam badan kita, apatah lagi hasil daripada hubungan percintaan yang diimpikan, ia pastinya memberi seribu satu makna yang membuatkan kita begitu teruja.

Namun, disebabkan berlakunya beberapa perubahan terhadap tubuh badan, ada masanya kita akan berasa letih dan penat.

Kenali 3 tahap perubahan emosi ibu mengandung

Lantas, penjagaan sepanjang tempoh kehamilan apatah lagi awal kehamilan adalah sangat penting supaya ibu dan bayi sentiasa sihat dan bebas komplikasi.

Cara yang paling terbaik adalah dengan mengetahui usia kehamilan serta mencatat tanda-tanda kehamilan dari minggu ke minggu.

Jadi kami di sini akan berkongsi tentang beberapa ilmu penting termasuklah 3 panduan yang perlu anda tahu untuk mengira tarikh kehamilan.

4 manfaat mengetahui minggu kehamilan

kiraan minggu kehamilan melalui kalendar

Bukan sahaja doktor, ibu hamil serta para suami juga perlu tahu bagaimana cara untuk mengira minggu atau usia kehamilan.

Selain itu, tarikh bersalin yang lebih tepat juga akan diperoleh sekiranya mingu kehamilan dikira dengan lebih tepat.

Justeru, ia akan menjadikan para ibu bapa lebih bersedia untuk menyambut kelahiran si kecil. Antara manfaat yang mungkin anda peroleh sekiranya mengetahui usia kehamilan adalah:

  • Membantu menentukan due date
  • Memantau perkembangan janin
  • Memastikan kesihatan bayi lebih terjamin
  • Menetapkan tarikh pemeriksaan kandungan mengikut keperluan

Kalkulator kiraan minggu kelahiran di sini

3 panduan kiraan minggu kehamilan

Terdapat 3 panduan khusus dalam kiraan minggu kehamilan ibu hamil. Antara panduan yang boleh kita praktikkan adalah seperti:

1. Konsep HPHT

Hari terahir haid terakhir (HPHT) wanita ditanda pada kalendar

HPHT atau lebih dikenali sebagai hari pertama haid terakhir adalah antara cara yang boleh digunakan untuk menentukan usia kandungan.

Melalui cara ini, hari pertama selepas datang bulan buat kali terakhir perlulah diberi perhatian. Ingat ya, yang dimaksudkan di sini adalah hari pertama bulan haid terakhir tau bukannya hari terakhir bulan haid terakhir!

Ramai juga yang keliru sebenarnya. Hari pertama inilah dikenali sebagai HPHT. Sebagai contoh, kali terakhir anda datang haid adalah pada 21 Mei 2021. Jadi, inilah HPHT anda.

Jom hilang stress hamil di dermalene bangi

Formula yang diberi diberi untuk mula mengira pula adalah seperti di bawah:-

  • Hari: HPHT + 7
  • Bulan: Bulan HPHT – 3 (jika bulan HPHT antara April – Disember)
  • Bulan: Bulan HPHT + 9 (jika bulan HPHT antara Jan – Mac)
  • Tahun: Tahun HPHT + 1

Jadi melalui HPHT ini, jangkaan hari bersalin akan jatuh pada 28 Februari 2022.

Namun begitu, cara ini mempunyai banyak kekurangan hal ini kerana ia hanya boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi yang tidak teratur, ia mungkin memberikan maklumat dan kiraan yang tidak tepat.

2. USG

Ibu hamil melihat gambar usg anaknya

USG adalah cara yang tepat buat menentukan usia kehamilan terutamanya buat mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Terdapat 2 cara imbasan yang boleh digunakan iaitu:-

Imbasan ini dilakukan pada tempoh awal kehamilan yang dilakukan pada vagina si ibu. Cara ini membenarkan janin dilihat dengan lebih dekat. Imbasan ini juga agak penting supaya pengiraan di dalam buku merah dapat dikira dengan lebih tepat.

  • transabdominal

Imbasan ini dilakukan pada tempoh 6 minggu ke atas kehamilan yang dilakukan melalui dinding perut si ibu.

8 makanan bagus untuk ibu hamil

3. Tarikh ovulasi

Kalendar haid dan masa ovulasi

Buat anda yang menginginkan cahaya mata, penting untuk anda tahu tentang masa ovulasi atau tempoh kesuburan lelaki dan wanita.

Sperma boleh hidup dalam tempoh masa selama 3 hingga 5 hari, tetapi telur hanya mampu bertahan antara 12 hingga 24 jam saja. Manakala kitaran haid wanita yang normal biasanya antara 28 hari hingga 32 hari.

Waktu ovulasinya pula kira-kira dua minggu sebelum tarikh haid yang seterusnya. Jika kitaran haid adalah selama 28 hari, besar kemungkinan, tempoh ovulasi adalah pada pertengahan kitaran iaitu pada hari ke-14.

ibu mengandung cepat lapar?

Mengikut kepada kitaran haid yang tidak tetap, masa ovulasi juga mungkin akan berubah mengikut kepada kitaran haid anda.

Justeru, mengikut Dr Nurhazinat, Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana, tempoh berselang hari bersama suami dalam kitaran yang subur dan betul adalah sangat penting dalam proses mendapatkan peluang hamil.

Kesimpulan

Ringkasnya, ibu bapa digalakkan untuk mengetahui pelbagai jenis langkah dan cara dalam menghitung tempoh kesuburan dan usia kehamilan.

Hal ini kerana, setiap individu mempunyai keadaan diri yang berbeza-beza. Setiap langkah yang diambil mungkin adalah cara yang tepat buat diri anda tetapi tidak bagi yang lain.

Pengiraan usia kehamilan yang tepat pula akan membantu para ibu memantau keadaan janin dengan baik.

Jadi, teruskan bersama kami di tudungsicomel.com untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan pengetahuan terbaik berkenaan anak-anak, ibu mengandung, tanggungjawab suami isteri dan juga tips berumah tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa