Your Cart

Pasangan Kemurungan? 5 Cara Terbaik Suami Isteri Atasi Masalah Kemurungan Dalam Rumah Tangga

Masalah pasangan kemurungan bukanlah satu penyakit yang kita boleh anggap enteng sebagai penyakit mengada-ngada atau penyakit yang hanya mahukan perhatian.

Sebaliknya kemurungan merupakan salah satu penyakit yang sangat serius dan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak diluar kawalan.

Lebih teruk lagi, ada kes-kes lain sebelum ini boleh membawa kepada tahap di mana individu tersebut sanggup membunuh diri dan mencederakan dirinya sendiri atau orang lain.

Jika dilihat sejak dua menjak ini kes kemurungan dalam kalangan suami isteri semakin meningkat. Apa yang lebih parah ada yang sehingga sanggup melakukan cubaan terjun dari jambatan kerana tidak tahan dengan tekanan yang mereka hadapi.

Masalah pasangan kemurungan berlaku tanpa mengira umur atau jantina

pasangan kemurungan

Mungkin ada yang beranggapan masalah kemurungan ini hanya berlaku pada tahap umur tertentu sahaja.

Tetapi ia sebenarnya merupakan antara penyakit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor jantina mahupun umur terutama sekali mereka yang telah berkahwin.

Jika dilihat kebanyakan kes kemurungan yang berlaku baru-baru ini adalah dari kalangan mereka yang telah berkahwin. Antara sebab berlakunya kemurungan, oleh kerana tekanan yang melampau sama ada tekanan kerja atau tekanan menguruskan rumah tangga.

Bagi anda yang ada pasangan kemurungan, jangan biarkan pasangan anda terus mengalami masalah kemurungan tanpa dibantu atau berusaha untuk merawatnya.

Jika dibiarkan berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada keluarga dan juga kepada rumah tangga anda nanti jua.

Bagi menanganinya terdapat beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk merawat masalah kemurungan pasangan. Antara caranya ialah:

1. Luangkan masa dengan pasangan

pasangan kemurungan

Bagi mereka yang mempunyai pasangan kemurungan, perkara yang paling penting dan wajib dilakukan ialah dengan meluangkan lebih banyak masa dengan pasangan anda.

Mereka yang mengalami masalah kemurungan biasanya mereka yang tidak mempunyai tempat atau seseorang yang boleh mereka luahkan segala masalah atau apa yang dirasakan pada waktu tersebut.

Jika kita tidak meluangkan lebih masa bersama pasangan yang kemurungan ia akan menyebabkan pasangan mula menyendiri dan seterusnya menyebabkan mereka melakukan perkara diluar dari jangkaan kita.

2. Jangan downkan pasangan

Tidak dinafikan menjaga pasangan kemurungan bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula kadang kala mereka gemar bersendirian atau bertindak agresif.

Tetapi itu tidak bermakna kita perlu membuatkan mereka lebih down dan melepaskan kemarahan kepadanya. Saling bertindak negatif kepada pasangan dengan melakukan dua perkara tadi bukanlah tindakan yang terbaik.

Sebaliknya ia akan buatkan pasangan kita bertambah kemurungan dan menjadi semakin teruk.

Apa yang merisaukan, mereka berpotensi untuk mengambil keputusan dengan mencederakan dirinya sendiri atau juga boleh bertindak membahayakan diri orang disekeliling.

3. Bawa pasangan bercuti

pasangan kemurungan

Kebanyakkan pasangan kemurungan adalah berpunca dari tekanan kerja atau bebanan yang mereka tanggung. Jadi, satu cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan yang dialami adalah dengan membawanya pergi bercuti.

Apabila bercuti ia sedikit sebanyak dapat merehatkan minda pasangan kita dan seterusnya dapat membuatkan mereka melupakan seketika segala tekanan dan beban yang dihadapi.

Hal ini justeru, membuatkan minda pasangan bertambah sihat dan juga dapat mengelakkan dari berlakunya kemurungan.

4. Lakukan aktiviti yang menyihatkan

Di samping itu, kita juga boleh mengajak pasangan untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan badan serta minda.

Tips ini merupakan antara salah satu cara yang boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai pasangan kemurungan.

Aktiviti menyihatkan badan dan minda seperti bersenam, berbasikal, berjoging, mendaki gunung, dan sebagainya justeru dapar membantu pasangan dalam mengurangkan tekanan serta stress yang mereka hadapi.

5. Dapatkan rawatan doktor

Bagi anda yang ada pasangan kemurungan, tips yang terakhir ini adalah tips yang sangat penting dan perlu dilakukan secara berkala.

Dapatkan rawatan dari mereka yang benar-benar pakar dan bukannya dari mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam merawat masalah kemurungan.

Tidak salah untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan awal sebelum ianya menjadi bertambah parah dan serius.

Biasanya, doktor akan memberikan khidmat nasihat serta mencadangkan ubat-ubatan yang terbaik untuk merawat masalah kemurungan yang berlaku pada pasangan kita.

Jadi, mereka yang ada pasangan kemurungan jangan malu untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini demi kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan pasangan.

Diharapkan artikel berkenaan dengan solusi dalam menangani pasangan kemurungan ini dapat memberikan anda informasi dan pengetahuan yang bermanfaat dalam membentuk rumah tangga yang sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa