Anak Kemurungan? Cuba Bantu Anak Dengan 4 Tips Yang Super Awesome Ni

Anak kemurungan bukanlah satu penyakit yang boleh dianggap sebagai penyakit biasa atau penyakit yang tidak biasa.

Di negara kita, ramai yang mengalami masalah kemurungan tanpa mengira umur dan jantina.

Malah, jika dilihat, semakin hari semakin ramai yang mengalami masalah kemurungan di tambah pula pada waktu ini ekonomi sedang tidak stabil menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan sehinggakan ada yang mengalami masalah kemurungan yang serius.

Apa yang lebih parah, ada juga yang mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana kemurungan yang semakin parah

Anak Kemurungan Bukanlah Perkara Yang Main-Main. Bantu Atasi Masalah Kemurungan Sebelum Menjdi Semakin Teruk

Mungkin ada antara kita yang tidak sedar, ada juga masalah anak kemurungan berlaku di negara kita.

Ada juga segelintir anak-anak di negara kita yang turut mengalami masalah kemurugan dan ada yang sampai tahap serius. Anak Kemurungan bukanlah satu perkara yang kecil atau perkara yang boleh dianggap sebagai main-main oleh ibu bapa.

Anak Kemurungan

Ia adalah masalah yang serius dan jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada anak kita nanti.

Tapi macam mana nak bantu hilangkan masalah anak kemurungan? Buat ibu bapa yang ada masalah anak kemurungan jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu anak mengatasi masalah kemurungan. Antara tipsnya ialah:

1. Berikan perhatian yang lebih kepada anak

Apabila anak disahkan mengalami masalah kemurungan jangan sesekali memarahi atau menyalahkan mereka kerana masalah tersebut.

Sebaliknya, berikan perhatian kepada anak-anak dan sentiasa berada di sisi mereka. Dengan menyalahkan atau memarahi anak ia tidak boleh membuatkan masalah kemurungan anak berkurangan. Sebaliknya, ia akan buatkan semakin serius.

Tetapi jika berikan perhatian lebih dan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak secara tidak langsung akan buatkan anak menjadi lebih tenang dan tidak menanggu segala masalah yang mereka hadapi secara bersendirian.

2. Banyak melakukan aktiviti yang seronok

Salah satu punca anak kemurungan adalah kerana terlalu stress sama ada dengan keadaan sekeliling ataupun tekanan kerana menuntut ilmu.

Disebabkan itu, ada antara mereka yang tidak tahu cara yang betul untuk melepaskan tekanan tersebut di tambah pula dengan keadaan sekeliling yang juga tidak membantu.

Secara tidak langsung, anak-anak memendam tekanan tersebut sehingga mengalami tekanan.

Justeru itu, apabila tahu anak mengalami masalah kemurungan, jangan dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, cari aktiviti atau lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak.

Aktiviti sebegini akan buatkan anak-anak dapat melepaskan segala tekanan dan melupakan segala tekanan yang mereka hadapi. Secara tidak langsung dapat elakkan dari megalami masalah kemurungan.

Anak Kemurungan

3. Jangan berikan tekanan yang melampau

Satu lagi punca kenapa anak kemurungan adalah terlampau diberikan tekanan oleh ibu bapa. Memang betul setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak.

Tetapi jangan berikan tekanan buat anak-anak supaya cepat pulih dari masalah kemurungan. Sebaliknya, perlahan-lahan beri mereka masa dan bersabar dalam merawat masalah kemurungan yang anak hadapi

Jika terlampau beri tekanan sewaktu anak sedang alami masalah kemurungan ia akan buatkan masalah tersebut menjadi semakin serius dan anak mungkin akan bertindak di luar kawalan.

4. Berikan perkara yang positif

Anak kemurungan biasanya mempunyai keyakinan diri yang rendah dan lebih bersikap negatif. Justeru itu, ibu bapa perlu memaikan peranan dalam memberikan aura yang positif supaya anak-anak dapat kembalikan keyakinan anak kemurungan. Setiap kali anak melakukan sesuatu, bagi kata-kata semangat dan positif. Jangan sesekali downkan semangat dan tindakkan anak. Ia akan buatkan emosi anak terganggu dan seterusnya memilih untukk menyendiri

Kemurangan dirawat, jangan biarkan tanpa rawatan yang betul

Kesimpulanya, penyakit kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Dapatkan rawatan awal jika dapat tahu atau jika anak mula menunjukan tanda-tanda kemurungan. Jangan dibiarkan begitu sahaja dan dapatkanlah rawatan dari doktor pakar psikatri.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa