Program Pematuhan Pengurusan Sumber Manusia

Tahun 2022 TudungSiComel (SBZ Prima Sdn Bhd) dalam proses untuk memperkemaskan pengurusan dalaman syarikat dan antaranya adalah Program Pematuhan Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource).

Tahun ini 4 agenda besar ‘Perkemas dan Patuh’ kita adalah:
1. Program Pematuhan Patuh Shariah Produk dan Pengurusan Syarikat.
2. Program Memperkemaskan Pengurusan Akaun Syarikat.
3. Program Memperkemaskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR).
4. Pendaftaran Trade Mark TudungSiComel.

Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia Yang Baik

Pengurusan Sumber Manusia yang baik dalam sesebuah syarikat adalah antara perkara yang sangat penting. Ianya ibarat enjin dan jantung kepada sesebuah organisasi.

Kereta Lumba (Racing Car) yang baik bermula dari enjin yang baik. Begitu juga dengan kekuatan sesebuah Syarikat.

Pastinya pengurusan sumber manusia yang baik akan menghasilkan sebuah syarikat yang baik dan secara tak langsung akan dapat juga menghasilkan servis dan produk yang terbaik kepada pelanggan.

Sesebuah syarikat perlu melabur untuk mewujudkan Team Pengurusan Sumber Manusia yang baik agar perjalanan pengoperasian syarikat berjalan lancar.

Selain itu, ianya juga penting agar kebajikan staf syarikat terpelihara dan mengikut peruntukan undang-undang Akta Kerja 1955. Undang-undang Akta Kerja pastinya akan memberikan peruntukan kebajikan yang baik kepada staf yang bekerja.

Dan pastinya dengan kebajikan staf yang baik akan menghasilkan suasana kerja yang baik dan seterusnya juga akan mendorong kepada penghasilan servis dan produk yang baik kepada pelanggan.

Azzpro Bersatu Consulting

Pada 12 September 2022, kita telah menjemput Puan Norazlina dan Encik Latif dari Azzpro Bersatu Consulting untuk menerangkan secara jelas kepada pihak pengurusan kita berkenaan khidmat Pengurusan Sumber Manusia (HR) yang pihak mereka sediakan.

Program Pematuhan Pengurusan Sumber Manusia

8 Pakej Pengurusan Sumber Manusia

Berikut adalah pakej yang pihak Azzpro Bersatu Consulting sediakan.

1. HR consulting work
Retainer basis on HR related matters

2. Personal & Administration of other HR functions
✓ Personal file record – individual
✓ Letter of appointment, promotion, transfer, acceptance of resignation, increment or
any related with local worker
✓ Monitoring Annual Leave and Medical Leave

3. Set-up HR Department
✓ Prepare documents, forms, workflow & proses for HR function

4. Recruitment
✓ Advertising, Selection & Interviewing

5. Handbook /Terms & Conditions –
✓ Proposal
✓ Will discuss with Management

6. Code & Etiquette

7. Review Letter of Appointment (Permanent Staff), Contract Of Service
(Contract Staff) & Contract FOR Service

✓ Review existing letters of appointment / offer and make recommendations

8. Salary Management
✓ Payrolldetail(ingroupingsector, department orcategory)
✓ Bank advice / Banker’s list (auto transfer & chequepayment)
✓ EPF (Borang A)
✓ SOCSO (Borang 8A)
✓ EIS Contibution
✓ PCB
✓ Income Tax (Borang CP39 (Monthly), CP8A,CP159&EA(Yearly))
✓ Printed payslip
✓ Ad-hoc report as and when required
✓ Manage all the monthly contribution to EPF & PERKESO

Azzpro Bersatu Consulting

Perlantikan Azzpro Bersatu Consulting sebagai Pengurus bagi Pengurusan Sumber Manusia SBZ Prima Sdn Bhd

Setelah mendengar penerangan lanjut, alhamdulillah pihak pengurusan telah bersetuju untuk melantik pihak Azzpro Bersatu Consulting dengan kepakaran yang mereka ada untuk memperkemaskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SBZ Prima Sdn Bhd.

Program Pematuhan Pengurusan Sumber Manusia

Impian syarikat adalah untuk mewujudkan sebuah syarikat yang berdaya saing dan dapat memberikan servis serta produk yang terbaik kepada pelanggan.

Kita percaya, servis dan produk yang baik adalah bermula dan terhasil dari pengurusan syarikat yang baik.

Semoga impian syarikat untuk mendapatkan pengiktirafan ISO satu hari nanti tercapai. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa