Your Cart


Bagaimana Facebook Page Boleh Kena Hack?

Semalam Facebook Page TudungSiComel kena hack. Bagaimana facebook page boleh kena hack? Ini saya kongsikan pengalaman dan moga-moga dapat memberi manfaat untuk semua.

Sebelum ini, facebook kita yang dah ada hampir 130,000 followers dan likes telah diremove oleh Facebook atas alasan yang kita sendiri tak pasti.

Jadi peristiwa semalam memang membuatkan saya terfikir bahawa tak boleh put all eggs in one basket.

Kena pelbagaikan platform supaya ramai yang tahu kewujudan TudungSiComel dan semoga dapat manfaat dari produk tudung sekolah yang selesa yang kita hasilkan.

ADMIN FACEBOOK PAGE

Namun Alhamdulillah, pagi nie kita dapat semula page tersebut. Kita ada banyak facebook profile di kalangan staff yang menjadi admin kepada page tersebut dan alhamdulillah dia tak sempat remove semua sekali.

Kalau dia remove semua sekali mungkin tak dapat balik dah page tersebut. Sayonara…

Hacker nie dia hanya nak akaun Facebook Ads Manager sahaja di mana ianya digunakan untuk bayaran pengiklanan.

Dia cuma nak dapatkan maklumat kad credit / debit kita sahaja.

Nasib baiklah saya sedar awal dan sempat saya transfer baki ke akaun lain. Tapi sempat juga lah dia sambar hampir RM1600.00

BAGAIMANA CARA DIA HACK AKAUN FACEBOOK PAGE?

Ini sekadar pemerhatian saya, mungkin benar atau mungkin tidak. Ini lah kisahnya…

1. Semalam apabila saya tengah layari Facebook, saya terjumpa iklan nie. Iklan berkaitan bagaimana nak improve ads secara auto di facebook.

Saya macam kena pukau, tanpa buat sebarang page survey dan research, terus saya klik dan download attachment dia. Lepas download dan keluar error failed. Kemudian baru saya tergerak hati… “tah tah hacker…”

Psst: Jika benar ini page hacker, maksudnya dia pun pandai cari target market orang yang memang buat fb ads. Kalau kita yang berniaga nie tak belajar dari dia, rugi la 😅

suspected hacker page

Penafian: Saya tak pasti samaada betul ini page hacker tersebut, cuma ianya berlaku setelah saya download attachment dia. Tapi apabila saya semak semula, nampak page tersebut memang mencurigakan. Sepertinya page yang dah kena hack dan dia update content baru. Wallahu a`lam.

2. Tak lama lepas tue saya dapat notifikasi dari Facebook yang account saya kena block untuk 2 hari sebab ada buat posting yang melanggar peraturan. Emm saya pun confius sebab takda pula buat posting apa-apa pun dalam masa terdekat.

your post goes against our community standards

3. Saya pun takda la rasa curiga sangat sebab sebelum nie kecoh ramai yang ada masalah dengan FB followers yang berkurangan secara tiba-tiba. Jadi saya fikir mungkin ini masalah algo Facebook sahaja. Saya redha.

4. Tiba-tiba saya nak cuba masuk ke page TudungSiComel tak boleh. Saya perasan page tersebut takda dalam senarai page jagaan saya. Emm saya mula rasa pelik.

5. Kemudian tergerak hati nak semak akaun bank. Saya terus buka akaun bank yang saya gunakan untuk bayar FB ads, tadaaaa… dia sempat buat 2x transaksi sebanyak hampir RM1600.00

6. Dengan pantas saya transfer semua baki yang masih ada ke akaun lain. Alhamdulillah.

7. Bila saya semak, rupanya dia dah add diri dia sebagai Ad account admin.

bagaimana facebook page boleh kena hack?

8. Dia memamg bijak sebab sebelum dia add diri dia, sempat dia buatkan account saya diblock oleh pihak Facebook dan saya tak boleh nak remove dia dari admin.

Kiranya dia boleh predict next move kita, so dia dah buat backup plan awal-awal… dah macam main chess pulak.

facebook restricted account

9. Saya cuba trace log report dan saya jumpa log nie, tapi saya tak pasti betul ke tak. Ada login melalui telefon saya dari India… saya rasa semalam saya takde lah pulak ke India 😅

log report - login from india

KESIMPULAN

So begitulah serba sedikit pengalaman account facebook page TudungSiComel kena hack.

Yang saya rasa terkilan sebab pihak Facebook takda sediakan ruangan support khas untuk handle page-page yang kena hack. Puas cari macam mana nak contact pihak facebook kot-kot boleh dibantu dalam masa kritikal tue.

Kalau page anda pun kena godam, boleh baca juga cara untuk selamatkan page anda di SINI.

Apa-apa pun ianya menjadi pengalaman dan pengajaran buat kami dan mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda juga.

1. Kalau Facebook Profile kita tiba-tiba kena block, cepat-cepat lah semak akaun facebook ads anda, mungkin dia dah mula gerakan langkah pertama.

2. Berhati-hati sebelum klik download apa-apa attachment dari Facebook. Jangan terlalu percaya kepada komen-komen positif sebab mungkin ianya adalah page yang telah dihack dari owner page asal.

3. Pasang Antivirus dan Internet Security pada semua PC / Phone yang menguruskan maklumat penting anda.

4. Jangan bergantung hanya pada satu medium pemasaran. Pelbagaikan seperti IG, Twitter, Google, Bing, Email Marketing, Push Ads, Whatsapp Ads, Database, Shopee, Lazada dan lain-lain.

Namun apa pun, jika ditakdirkan page anda tak dapat diselamatkan lagi, jangan lah gundah kerana ianya bukan pengakhiran, ianya cuma sebuah peringatan yang mengingatkan.

Alhamdulillah. Wallahu a`lam.

⚠️ Mohon kongsikan dan semoga lebih ramai yang terselamat dari tipu helah mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa