5 Kebaikan Garam Epsom Salt Bagus Untuk Kesihatan Anak

Kebaikan garam epsom salt bukan sahaja sering digunakan dalam masakan malah ia sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak. Semua rumah mesti dan wajib ada epsom salt. Kandungan epsom salt ini mempunyai magnesium yang digunakan dalam campuran air mandi.

Garam epsom salt ini mempunyai rasa yang pahit dan mudah larut di dalam air. Sebenarnya, epsom salt ini pertama kalinya ditemukan di Bandar Epsom, England. Garam ini digunakan sebagai ubat tradisional di sana. Mereka mencampurkan garam ini di dalam air dan digunakan sebagai air mandi atau rendaman.

Cara penggunaan epsom salt sangat mudah. Anda hanya perlu ambil 1 cawan epsom salt sehari sekali dan masukkan ke dalam air suam. Kalau boleh, buat pada waktu mandi petang. Anak pasti mudah mengantuk pada malam nanti dan tidur mereka akan lebih nyenyak.

Sebenarnya, magnesium sangat penting untuk anak. Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, dark chocolate, pisang, tofu dan sebagainya. Tetapi, anak kecil makan magnesium ni dalam kuantiti yang tidak banyak. Oleh sebab itu, banyak anak kecil yang tidak cukup kandungan magnesium dalam badan.

Bermakna, jika tidak cukup magnesium, akan ada fungsi dalam sistem badan anak akan terganggu. Magnesium ini juga suplement transdermal yang paling selamat untuk anak kecil. Magnesium ini penting untuk anak kerana:

  • tidur anak yang baik
  • dapat baiki mood anak
  • kuatkan tulang dan gigi
  • anak lebih fokus
  • sihatkan otot dan saraf
  • tingkatkan imuniti badan anak

Disebabkan magnesium penting, jadi tak salah untuk anda berikan anak-anak rendaman epsom salt. Sebabnya, banyak kebaikan yang anak anda akan memperolehinya.

5 Kebaikan Garam Epsom Salt Untuk Kanak-kanak

Di sini saya kongsikan beberapa epsom salt manfaat yang boleh anda ketahui. In shaa Allah, ia banyak manfaatnya selagi kita tahu kadar penggunaannya.

1. Membantu mengatasi masalah selsema

Magnesium yang terdapat dalam garam epsom salt ini dapat membantu meningkatkan daya tubuh badan serta menambahkan jumlah sel darah putih. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah penyakit seperti demam dan selsema.

2. Tidur anak bertambah nyenyak

Kebaikan garam epsom salt yang seterusnya ialah membantu tidur anak bertambah lagi nyenyak. Magnesium ini juga bekerja untuk tenangkan sistem saraf anak. Jadi bila anak berendam di dalam air garam epsom salt, ia dapat membantu anak kita tidur dengan lebih mudah dan nyenyak.

Baca juga: Manfaat Sensory Play Untuk Anak Kecil

3. Meningkatkan fokus

Garam ini juga sebenarnya dapat membantu anak lebih fokus kerana daya magnesium yang tepat dapat mengatur fungsi otak si manja anda. Ada beberapa pakar mengatakan, garam epsom ini bagus untuk anak-anak yang mempunyai masalah ADHD. Ini kerana, perilaku mereka bertambah baik selepas menerima magnesium.

4. Mengatasi masalah ekzema

Magnesium akan membantu memperbaiki sel-sel kulit dan mengurangkan kegatalan. Manakala, sulfat pula membantu mengangkat dan membersihkan sel kulit mati yang ada di permukaan kulit. Jadi, dengan merendamkan kulit ke dalam air garam epsom ni bagus dalam membantu mengurangai peradangan kulit seperti ekzema.

5. Terapi autisme

Seterusnya, kebaikan garam epsom salt yang terakhir ialah membantu dalam terapi anak-anak autisme. Pakar juga mengatakan campuran magnesium dan sulfat dapat memperbaiki kekurangan kalsium dan membantu membentuk sel-sel baru. Banyak doktor menyarankan untuk merendamkan anak-anak autisme ini ke dalam garam epsom salt bagi membantu saraf-saraf mereka.

Kesimpulan

Banyak manfaat yang diperolehi jika selalu menggunakan garam epsom salt ini. Bukan hanya untuk anak kecil, malah orang dewasa pun boleh juga menggunakannya. Selain itu, epsom salt ini bagus untuk dijadikan rawatan semulajadi di rumah ketika anak kurang sihat seperti demam, selsema dan batuk.

Tidak salah sekiranya ibu bapa menyimpan epsom salt ini di rumah. Harga garam epsom ini pun sangat berpatutan dan mampu milik. Malah, garam epsom salt ini manfaatnya lebih daripada itu.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

2 comments

  1. cara penggunaan bagi anak yg batuk, selsama dan demam? adakah dgn cara minimum? jika minimum brp ml?

  2. Satiah Binti Abdullah

    macam ni hendak order garam epsom ini kah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa