4 Cara Hilangkan Batuk Menggunakan Bahan Semula Jadi

Apa cara terbaik untuk hilangkan batuk tanpa mengambil ubat? Bagi anda yang menghadapi masalah batuk sudah pastilah ia perkara yang merimaskan.

Hilangkan Batuk

Mana tidaknya, apabila kita mengalami masalah batuk, sudah pastilah nak buat kerja pun akan menjadi terganggu dan terpaksa memakai pelitup mulut dalam tempoh masa yang lama untuk mengelakkan dari menjangkiti orang lain. Apa yang teruk ada yang mengalami batuk dalam tempoh masa yang panjang dan sudah pastilah terpaksa menjaga pemakanan supaya masalah batuk tersebut tidak menjadi semakin bertambah teruk.

Ada Beberapa Cara Moden Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Hilangkan Batuk Dengan Mudah

Sudah pastilah untuk merawat dan untuk hilangkan batuk kita perlu mengambil ubat-ubatan dari klinik yang telah disahkan oleh doktor. Tetapi ada juga kadangkala ada juga ubat-ubatan yang tidak sesuai dengan diri kita. Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa cara lain yang boleh kita gunakan untuk membantu dalam menghilangkan masalah batuk yang teruk.

Hilangkan Batuk

Cara alternatif ini merupakan antara cara tradisional yang sering digunakan sejak dari dahulu lagi. Malah, ada juga cara tradisional ini merupakan salah satu cara yang sangat terkenal dan sering digunakan sehingga pada saat ini. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan juga mungkin antara barang yang ada di rumah kita. Jom Kami kongsikan cara tradisional untuk hilangkan batuk. Antara caranya ialah:

1- Madu Asli

Madu merupakan antara makanan tradisional yang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu kita. Pada masa kini madu digunakan untuk dijadikan sebagai bahan yang digunakan dalam makanan dan juga minuman.

Ini kerana, madu merupakan makanan tradisional yang mempunyai banyak khasiat buat diri kita dan juga kesihatan kita. Justeru itu, tidak hairanlah ramai yang menggunakan madu asli seagai salah satu alternatif terbaik untuk merawat penyakit terutama sekali ada yang gunakanya untuk merawat masalah batuk.

2- Halia

Bila sebut sahaja mengenai halia, pasti ramai yang akan menyangkakan halia hanya sesuai untuk buang angin di dalam badan sahaja. Sebenarnya, selain dari buang angin di dalam badan, halia juga turut dapat membantu dalam menghilangkan batauk dan juga kahak di dalam badan.

Selain itu, campuran daun pudina dan juga halia di dalam minuman dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk merawat masalah tekak gatal yang juga menjadi punca kepada berlakunya batuk kepada kita.

Baca Juga: Anak Ke Taska? 4 Sebab Anda Perlu Hantar Anak Dari Awal

Hilangkan Batuk

3- Air Asam Jawa

Satu lagi cara tradisional untuk merawat masalah batuk di rumah. Asam jawa merupakan salah satu bahan yang sangat terkenal dan digunakan dalam masakkan orang Melayu untuk bagi makanan yang dimasakkan bertambah sedap dan mempunyai rasa sedikit masam.

Tetapi, asam jawa juga bukan sahaja digunakan dalam masakkan tetapi juga air asam jawa turut digunakan untuk merawat masalah batuk dan untuk meredakan masalah radang tekak yang disebbkan oleh sakit tekak. Tidak hairanlah banyak air asam jawa yang mula dijual di pasaran.

4-Air Garam

Cara terakhir yang boleh digunakan ialah dengan minum air suam yang telah dicampurkan dengan garam. Air Garam berfungsi dalam membunuh kuman dan seterusnya membantu dalam merawat masalah batuk yang berpajangan dan juga dapat membantu mengeluarkan kahak yang berada dalam tekak kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa