5 Cara Kawal Anak Nakal Yang Berkesan

Kali ini, saya kongsikan pula cara kawal anak nakal yang paling berkesan. Tugas untuk mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Tiada anak yang dilahirkan untuk menjadi nakal, semuanya bergantung kepada cara ibu bapa itu mendidik dan membentuk peribadi anak itu sendiri. Menghadapi anak nakal ini merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi ibu bapa.

Mesti terdetik dalam hati kita, “kenapalah anak aku nakal sangat. Anak orang lain elok je tak nakal, sekali cakap dah faham arahan”. Anak takkan nakal kalau kita sendiri tahu untuk kawal kenakalan anak. Cuma kita sendiri yang tak pandai untuk kawal kenalakan mereka. Kadang sampai kita ni boleh jadi stress nak hadapan kenakalan anak.

Di bawah ini, saya senaraikan 5 cara kawal anak nakal yang boleh anda ikuti. Caranya amat mudah dan saya harap ia berkesan ke atas anak anda.

#1 Ajarkan anak mana yang baik dan buruk

Kelakuan nakal bagi mereka adalah perkara lumrah, ini kerana anak masih kecil dan belum boleh mengetahui mana yang baik dan buruk. Untuk situasi ini, ibu bapa boleh terangkan kepada anak tentang perkara mana yang baik dan juga buruk. Jadi, anda kena menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami dan janga bersikap kasar dengan mereka.

#2 Puji ketika mereka berkelakuan baik

Cuba sesekali anda puji anak yang sedang berkelakuan baik seperti “Baiknya anak ibu, baguslah anak ibu duduk diam-diam”. Ataupun ibu bapa boleh berikan pujian ketika mereka melalukan hal-hal positif. Dengan cara macam ni, anak lagi bersemangat untuk meninggalkan kenakalannya.

#3 Tunjukkan kasih sayang tapi tegas

Cara kawal anak nakal yang seterusnya ialah tunjukkan mereka dengan kasih sayang tapi anda juga harus bersikap tegas. Anda kena bertegas ketika menghadapu kenakalan anak, caranya dengan memberitahu anak untuk tidak meminta sesuatu hal yang menyebabkan anda marah. Jika anak anda, boleh mendengar kata-kata anak, mungkin anda boleh memahami kehendak mereka.

#4 Berikan pengertian kenakalan anak

Anda juga boleh cuba terangkan pada anak bahawa bersikap nakal adalah satu perbuatan yang tidak baik. Jika anak melawan atau membantah, tegur dan katakan anda mahu membantu anak keluar dari kemarahan. Ajar juga mereka untuk bernafas dalam sebanyak 10 kali, setelah anak tenang, ajar mereka untuk bercerita kenapa mereka nakal.

#5 Doakan untuk anak

Doakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali terlintas, apa lagi terucap “Anak saya degil” apa lagi kalau cakap pada anak-anak “Kamu ni degil”. Ingat ya, kata-kata ibu merupakan doa. Jadi, doakan anak anda yang baik-baik sahaja. Kalau nak marah pun, biasakan lidah untuk sebut “Anak bertuah” ke atau apa-apa perkataan yang bagus-bagus.

Kesimpulan

Jangan pernah merasakan anak anda sebagai satu bebanan. Walau sesusah macamana pun, anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Kita rasa mereka beban, nanti mereka dah dewasa, tak mustahil kalau mereka pun rasa kita pula beban buat mereka.

Jadi kita tak perlu nak rasa stress dengan anak-anak yang nakal macam ni. Sebab itulah ilmu mendidik anak-anak dipanggil KEIBUPAAN. Bukan keanakan atau childing. Mengasuh anak ini sebenarnya mendidik kita sebagai ibu bapa. Mari kita sama-sama berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik untuk generasi selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa