5 Cara Pujuk Anak Makan Sayur

Anak kecil yang baru melepasi fasa menyusu susu ibu atau susu formula pasti teruja mahu menerokai pelbagai jenis makanan. Ibu bapa akan teruja untuk menyediakan pemakanan seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, serat dan lemak. Artikel kali ini mahu berkongsi tentang lima cara pujuk anak supaya makan sayur.

Makanan yang mengandungi sayur yang paling kurang digemari anak kecil kerana rasanya yang pahit dan kelat. Ibu bapa prihatin terhadap perkembangan anak pasti risau jika anak mereka tidak mahu makan sayur langsung. Jangan sekali-kali memaksa mereka makan sayur yang kesannya hingga dewasa mereka akan mengasingkan sayur tidak mahu makan.

1.Warna
Tips yang pertama pujuk anak makan sayur. Anak pasti teruja dengan warna sayur yang menarik perhatiannya. Warna sayur yang terang seperti warna oren pada lobak, warna merah pada tomato, warna hijau pada brokoli, warna kuning pada cili benggala kuning, warna biru pada ulam bunga telang dan warna ungu pada keledek.

Pujuk Anak Makan Sayur

2.Rasa
Pilih rasa sayur yang manis dan sedap rasanya seperti lobak, keledek, cili benggala kuning yang dibuang biji dan tomato ceri. Kreativiti menyorokkan sayur dalam makanan seperti tart quiche lobak dan bayam. Kuih keria tanpa gula yang mengandungi keledek oren juga pasti disukai bayi di bawah umur dua tahun. Timun dan tomato juga anak-anak suka makan mentah begitu sahaja. Tips kedua ini insyaAllah membantu pujuk anak makan sayur

Pujuk Anak Makan Sayur

3.Bau
Bau sayur yang harum apabila dimasak dengan pelbagai cara masakan samada dikukus, direbus atau dipanggang sudah cukup membuatkan anak berselera. Contohnya seperti kacang hijau pea yang direbus, keledek oren yang dipanggang, cendawan putih yang dibakar dan lobak yang dikukus. Boleh dimakan pada bila-bila masa samada waktu sarapan, snek pagi, makan tengahari, snek minum petang, makan malam dan bekal dalam perjalanan.

Pujuk Anak Makan Sayur

4.Hidangan
Pelbagaikan teknik hidangan seperti hiasan bento yang menarik. Potongan sayur yang kecil dan sesuai dipegang oleh tangan si comel. Sesuaikan hidangan sayur untuk peringkat umur anak seperti hidangan sayur jenis kekacang untuk umur anak di atas setahun. Anak di bawah setahun, hidangkan sayuran lembut dan mudah hadam seperti keledek goreng dan lobak kukus. Apabila usia anak meningkat membesar, ibu bapa galakkan anak-anak banyak memakan sayuran hijau dengan menceritakan kepada mereka tentang khasiat sayur-sayuran hijau dan kelebihan kepada tumbesaran badan anak. Contohnya seperti sayur-sayuran hijau mengandungi vitamin dan serat untuk melancarkan penghadaman usus.

5. Pilihan Anak
Cuba tengok jenis sayur apa yang anak-anak suka. Bawa anak ke kedai sayur dan bagi peluang anak memilih sayur-sayuran yang disukainya. Ketika memasak, ajak anak tolong bersama seperti memetik sayur bayam dan membasuh tomato. Anak-anak pasti teruja apabila diajak melakukan aktiviti bersama-sama ibu bapa dan akhirnya mereka turut sama makan sayur bersama-sama. Jika ibu bapa suka aktiviti menanam sayur-sayuran di rumah, anak-anak berpeluang melihat sendiri proses sayur membesar daripada biji benih hingga proses menuai.

Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Sudah dapatkan tudung sekolah buat anak perempuan puan? Dapatkan sekarang di website TudungSiComel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa