Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

6 Cara Merawat Chicken Pox Pada Anak

Cara merawat chicken pox yang perlu ibu bapa ambil berat. Chicken pox ini adalah penyakit yang disebut cacar air. Penyakit ini selalu terjadi pada kanak-kanak. Chicken pox ini juga berpunca daripada jangkitan virus dan ia mudah menjangkiti orang lain. Masalah ini juga menjadi punca ibu bapa tidak dapat bekerja bagi memastikan anak sembuh sepenuhnya daripada chicken pox.

Chicken pox ini akan menyebabkan anak anda demam atau rasa dedar dahulu sebelum keluarnya cacar air. Air dari cacar ini yang boleh merebak kepada orang lain sekiranya bersentuhan. Kebiasaannya, kanak-kanak tidaklah teruk apabila terkena jangkitan ini berbanding orang dewasa. Kawasan yang selalu penyakit ini merebak ialah pada hidung dan tekak pesakit.

Ketika cacar air telah kering, ianya bermaksud pesakit telah sembuh dan tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain. Virus varicella ini akan memberikan kekebalan kepada penyakit tersebut seumur hidup kecuali jika pesakit menghadapi masalah pada sistem imun.

Jadi, kali ini aku akan kongsikan cara merawat chicken pox yang ada pada anak anda. Sila ikuti cara di bawah ini ya.

#1 Kerapkan mandi anak anda

Anda kena kerapkan mandi anak anda. Tak perlu guna air sejuk, guna air suam pun boleh dan tak perlu mandikan bersama sabun. Sabun ini kadang boleh menyebabkan masalah keradangan dan gatal pada kulit. Mandikan sahaja anak anda dengan air suam.

#2 Guna daun semambu (neem leaf)

Ambil segenggam daun semambu dan blend sehingga hancur. Kemudian, sapukan pada cacar air yang ada pada badan si manja. Amalkan setiap hari dan biarkan ia kering. Selain itu, anda juga boleh gunakan daun semambu ini sebagai lapik tempat tidur anak anda. Caranya ialah letakkan daun semambu dalam kain batik dan gunakan sebagai lapik tempat tidur. Mudah-mudahan kegatalan cacar air ini akan berkurangan.

#3 Pastikan kuku anak pendek

Pastikan kuku si kecil anda sentiasa pendek dan bersih. Ini kerana luka chicken pox memang gatal dan miang. Tambahan pula anak kecil memang cepat sangat tangan mereka merayap nak menggaru. Untuk bayi bawah 1 tahun, aku cadangkan pakai mitten atau sarung tangan untuk elakkan mereka menggaru bintik-bintik ruam chicken pox.

#4 Minum air kelapa

Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, boleh bagi minum sedikit air kelapa. Air kelapa boleh membantu menyejukkan tubuh badan si kecil. Selain itu, ia dipercayai dapat mengeluarkan bintik-bintik ruam chicken pox dalam badan dengan lebih cepat.

#5 Minum air yang banyak

Air sebenarnya memang wajib minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh melambatkan proses metabolisme dalam badan. Jadi, anda kena pastikan anak anda minum air dalam kuantiti yang banyak.

#6 Pantang makan

Kalau boleh, ibu bapa kena mengawal pemakanan si manja pada waktu-waktu begini. Paling penting, kurangkan makanan bergula sebabnya gula akan menurunkan tahap imunisasi anak. Anda mestilah lebihkan sayuran, makanan bersup, dan elakkan makanan yang menyebabkan miang / gatal / alahan. Contohnya seafood, ayam, telur, ikan masin / bilis. Sekejap saja pantang makan nanti lepas dah baik nanti bolehlah makan semula.

Kesimpulan

Inilah 6 cara merawat masalah chicken pox yang dihadapi oleh anak anda. Gunakan tips ini bagi mengurangkan penyakit ini. Semoga artikel ini dapat menyelesaikan masalah anak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa