Manfaat susu full cream mestilah ibu bapa mengetahuinya sebelum membeli dan diberikan kepada si manja. Selain susu formula, susu full cream juga mempunyai pelbagai manfaat yang boleh diperolehi sekiranya mengamalkannya setiap hari.
Susu full cream ini adalah salah satu jenis susu yang mempunyai banyak cream. Zaman sekarang sangatlah senang untuk membeli susu ini kerana sudah banyak kedai runcit atau shopping mall menjualnya. Susu full cream ini sangatlah baik untuk kesihatan tubuh badan anak anda apatah lagi anda sendiri yang meminumnya, pasti banyak khasiat yang diperolehi.
Di bawah ini, saya senaraikan beberapa kebaikan susu full cream yang bagus untuk diberikan kepada anak anda. Jom semak.
#1 Mempunyai kandungan pemakanan yang lengkap
Si manja anda sangat memerlukan kandungan pemakanan yang lengkap untuk membantu pertumbuhan mereka. Susu full cream ini boleh membantu ibu bapa untuk melengkapkan kebutuhan makanan si kecil anda. Ini kerana di dalam susu ini mengandungi pelbagai vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, D, E, kalsium , zat besi dan sebagainya.
#2 Memiliki protein yang tinggi
Seperti yang anda tahu, protein itu sangat diperlukan untuk banyak fungsi vital dalam tubuh Si Buah Hati dan keluarga. Ini termasuk dalam pertumbuhan dan perkembangan, pembaikan sel-sel, dan juga sistem imunisasi. Selain itu, protein juga merupakan sumber tenaga utama untuk mengoptimalkan metabolisme tubuh si kecil anda. Dengan memberikan protein yang tepat, anda sebenarnya sudah membantu tumbesara anak apatah lagi anak yang sedah bersekolah. Sudah pastinya, anak anda tetap aktif dan tidak mudah sakit.
#3 Tiada tambah sukrosa
Ibu bapa tidak perlu khuatir untuk meminum susu, kerana di dalam susu full cream tidak terdapat tambahan sukrosa iaitu (gula tambahan). Susu yang memiliki tambahan sukrosa jika diamalkan secara terus menerus berisiko menyebabkan penyakit diabetes, dan obesiti (kegemukan).
#4 Sumber nutrisi untuk keluarga
Bukan sahaja untuk anak, susu full cream ini juga boleh menjadi sumber nutrisi untuk keluarga, agar kesihatan tubuh badan senantiasa terjaga. Jadi, sebaiknya anda kena berikan kepada keluarga dua gelas susu dalam satu hari. Tak kiralah pagi atau petang mahupun malam.
#5 Menjaga kesihatan tulang
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu amat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar bagi menjamin pembentukan tulang yang kuat seiring usia mereka. Selain itu, kandungan kalsium yang tinggi dalam susu juga penting untuk diambil oleh wanita yang menopaus bagi mencegah masalah tulang rapuh atau osteoporosis. Bukan sahaja untuk si manja, anda sendiri pun ada kebaikannya jika minum susu full cream setiap hari.
Kesimpulan
Itulah 5 manfaat susu full cream yang akan si manja anda rasakan ketika mereka mengamalkan susu full cream tersebut. Susu full cream ini hanya untuk bayi 1 tahun ke atas sahaja! Ini kerana bayi di bawah 12 bulan, memerlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak si manja. Jadi sebelum untuk bagi anadk minum susu full cream ini, adalah sebaiknya jika ibu bapa merujuk pada doktor pakar pemakanan.
Khasiat susu ini bukan sahaja untuk anak, malahan ianya bagus untuk anda sendiri. Semoga dengan adanya kebaikan daripada susu full cream ini dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan serta wawasan anda tentang susu full cream. Semoga bermanfaat.