Rutin harian sebagai seorang suri rumah adakalanya boleh buat mereka jadi tertekan atau stress. Dengan kerja rumah yang tidak habis-habis, anak pula buat perangai memang menjadi punca gangguan emosi dah tekanan perasaan dialami oleh suri rumah.
Jadi bagaimana cara untuk suri rumah kurangkan stress?
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress mengatakan bahawa tekanan atau stress adalah reaksi tidak spesifik dalam diri seseorang diakibatkan oleh bebanan yang sedang dialaminya.
Antara gejala tekanan termasuklah keletihan secara fizikal, perangai atau sifat diri yang berubah, kesihatan mental yang terganggu serta emosi menjadi tidak stabil.
5 Cara Suri Rumah Bantu Hilangkan Stress atau Tekanan
Terdapat pelbagai cara dan tips yang boleh dipraktikkan oleh suri rumah untuk bantu kurangkan stress dan tekanan. Antaranya ialah;
1- Dapatkan Sistem Sokongan
Dalam berkeluarga sistem sokongan yang paling utama adalah dari suami ataupun ahli keluarga yang paling dekat. Minta bantuan jika anda sudah mula rasa lelah dan penat dengan kerja-kerja seharian di rumah terutamanya dari suami. Jika anda penat cuba berkomunikasi dengan suami untuk dapatkan bantuan.
Sebagai contoh, rasa penat untuk hantar dan jemput anak di sekolah. Dengan jalan yang sesaknya lagi, berkejar nak masak sebelum ambil anak. Maka bincang lah dengan suami jika anak-anak tadi boleh naik bas sekolah sahaja.
2- Pengisian Rohani
Sentiasa berdoa kepadaNya yang Maha Kuasa supaya diberikan kekuatan dan pedoman dalam kehidupan. Jangan berputus asa dalam menghadapi sebarang cabaran dalam menguruskan rumah tangga.
Selain itu, suri rumah juga boleh sertai kelas-kelas belajar agama sebagai contoh yang kini banyak dianjurkan secara atas talian.
3- Belajar Uruskan Emosi
Suri rumah boleh mula belajar uruskan emosi dan hargai diri sendiri. Anda sebenarnya adalah seorang yang sangat hebat. Tidak semua wanita mampu duduk seharian di rumah dan memilih untuk jadi suri rumah.
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Setiap unit keluarga ada kelebihan mereka sendiri termasuklah keluarga anda. Mungkin dengan menjadi suri rumah anda tidak ada pendapatan sendiri dan terpaksa berjimat cermat. Cari jalan mungkin anda boleh buat kerja sambilan dari rumah sahaja seperti menjadi ejen jualana secara dropship.
4- Amalan Beriadah dan Bersenam Kurangkan Stress
Amalan bersenam secara rutin didapati sangat sesuai untuk hilangkan stress atau tekanan. Pilih senaman ringkas yang sesuai dengan anda sama ada di taman ataupun di rumah. Selain itu, amalan pemakanan yang sihat serta tidur yang cukup juga dapat membantu suri rumah kurangkan stress atau tekanan yang dihadapi.
5- Mendengar Lagu Kesukaan,Membaca Buku atau Majalah
Setiap dari kita pasti ada beberapa lagu favourite yang mampu menenangkan perasaan. Buka lagu kegemaran anda semasa melakukan kerja harian. Selain itu anda juga boleh membaca buku ataupun majalah yang boleh bantu kurangkan tumpuan pada masalah yang sedang berlaku.
Rehatkan minda anda sebentar sebelum mencari jalan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh.
Cabaran Sebagai Seorang Suri Rumah
Menjadi seorang suri rumah merupakan tugas yang berat. Bukan sekadar bantu menyediakan makan minum dan menguruskan rumah. Namun tugas suri rumah juga termasuk mengasuh dan membesarkan anak-anak dengan baik.
Oleh yang demikian, sebagai seorang suri rumah muslim, hendaklah kita melihat cabaran dan ujian hidup sebagai ujian yang diberikan Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran dan juga keimanan dalam diri kita terhadap-Nya.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”;
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
[Petikan dari Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157]
Terima kasih.. Jadi surirumah memang mencabar emosi tapi tetap kena kuat..