Fakta anak ketiga pula saya kongsikana pada hari ini. Saya pasti lebih mengenali mereka kan? Anak ketiga lebih berbeza berbanding anak-anak yang lainnya. Bulan lepas, saya ada kongsikan fakta anak sulung. Boleh klik link diatas untuk membacanya. Tapi, kebanyakkan yang saya tanya pada ibu bapa lain, anak ketiga ini mereka sangat berbeza dengan anak-anak yang lain tau.
Baca ini juga: Inilah 6 Fakta Anak Sulung (Sifat & Keletah)
Tetapi, jangan sesekali membanding-bandingkan anak anak anda. Ini akan membuatkan emosi mereka terganggu dan tidak mempercayai anda lagi. Sebelum anak ketiga anda berasa terasing, adalah sebaiknya untuk anda mengetahui fakta anak ketiga. Di bawah ini, saya senaraikan 5 sifat anak ketiga yang mungkin ada pada anak anda. Jom kita ketahuinya.
#1 Sensitif dan mudah menangis
Dibandingkan anak pertama dan kedua, anak ketiga ini biasanya lebih sensitif dan peka. Saat menghadapai suatu masalah yang dirasanya sulit, ia mudah sekali menangis. Namun ia tak mau menunjukkan kesedihannya di hadapan orang lain. Ia akan tersenyum dan menutupinya seboleh yang mungkin.
#2 Garang pada luaran tapi suka ambil berat
Fakta anak ketiga yang seterusnya ialah mereka ini lebih garang pada luaran tapi sebenarnya mereka suka ambil berat. Pernah perasan tak anak ketiga ini susah sedikit untuk senyum. Kalau sekali kita pandang, mesti kita fikir dia ni seorang yang garang. Tapi mereka inilah anak yang paling suka ambil berat, cuma tak pandai je nak tunjuk.
#3 Tidak suka dibandingkan
Fakta yang seterusnya ialah anak ketiga ini keras kepala. Memang betul anak ketiga ini keras kepala orangnya. Selagi mereka ini tidak dapat apa yang mereka hendak, selagi itulah mereka keras kepala dengan kehendak. Dia juga seorang yang tidak mudah mengalah. Jadi, berhati-hati dengan anak ketiga.
#4 Simpan marah
Berbeza dengan adik-beradik yang lain, fakta anak ketiga ini ialah mereka mudah untuk menyimpan perasaan marah. Kalau ada yang buatkan mereka ini marah, anak ketiga lebih memilih untuk menyimpan dan memendam rasa. Tapi bila nanti sekali dia marah, habis segala A-Z dia akan luahkan.
#5 Kurang bergantung dengan keluarga
Fakta anak ketiga yang terakhir ialah mereka ini kurang bergantung dengan keluarga. Anak ketiga banyak melakukan segala hal dengan bersendirian. Ini kerana mereka tidak mengharapkan bantuan adik beradik lain sejak dari kecil. Anak ketiga juga lebih berdikari berbanding anak pertama dan anak kedua. Sifat tidak bergantung inilah yang membuatkan jiwa anak kedua lebih kental dan tabah. Memang hebat kan!
#6 Disukai banyak orang
Kerana sikapnya yang unik dan menyenangkan itu, anak ketiga selalu terlihat mengagumkan di depan orang ramai. Apalagi ia juga pandai menutupi kesalahan atau masalahnya, jadilah ia selalu berusaha menunjukkan sisi terbaiknya kepada orang lain.
Kesimpulan
Hal ini tentu sangat membimbangkan, dan tak jarang anak ketiga berasa direndahkan dan cemburu. Inilah yang menjadi alasan mengapa anak ketiga sangat tidak suka jika dibandingkan dengan saudaranya yang lain.Tidak kiralah anak pertama atau anak kedua, berikan mereka ini kasih sayang yang adil dan secukupnya.
Ingat, setiap anak mempunyai sifat keistimewaannya yang tersendiri. Anda haruslah membentuk anak-anak ini menjadi anak yang baik, soleh dan solehah. Saya harap perkongsian ini membantu anda sekeluarga. Semoga artikel ini bermanfaat ya.