Inilah 6 Fakta Anak Sulung (Sifat & Keletah)

Fakta anak sulung kali ini mesti ibu bapa akan setuju dan perasan dengan sifat dan keletah mereka. Setiap ibu bapa sudah pastilah ingin memahami sifat dan personaliti diri anak-anak. Lain anak, lain perangainya. Anak sulung dalam keluarga pasti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Anak pertama inilah yang membuatkan anda menjadi seorang ibu bapa.

Baca ini juga: Apa Petua Menjaga Anak Ketika Demam

Sikap anak sulung berbeza dengan anak kedua atau anak yang lain. Sebagai ibu bapa yang baik, anda haruslah tahu tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan sikap anak anak. Ini kerana, anak sulung ini sinonim dengan sifat egonya dan tidak mahu mengalah. Anda haruslah lihat fakta fakta ini pada anak sulung anda.

fakta anak sulung
Sumber: Bidadari.my

Di bawah ini, saya senaraikan 6 fakta anak sulung yang mungkin sama dengan anak sulung anda. Jom kita teruskan bacaan.

1- Berdikari

Fakta anak sulung yang pertama ialah mereka ini lebih berdikari. Rasanya rata-rata anak sulung mempunyai sifat berdikari kan? Mana tidaknya ibu bapa dan adik-adik lebih bergantung dengan anak sulung. Mereka ini lebih suka dan gemar untuk melakukannya dengan sendiri. Sebab itu, sifat ini lebih menonjol dalam kehidupan seharian mereka.

2- Tidak berkira dan kedekut

Kebiasaannya, anak sulung ini tidak berkira atau kedekut dengan orang lain. Mereka sudah terbiasa untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik yang lain. Anak sulung lebih suka mengorbankan perasaan dan barang-barang mereka. Sebab itu, anak sulung ini tidak berkira dan kedekut dengan adik-adik ataupun dengan orang lain.

3- Pelindung adik beradik

Fakta anak sulung yang seterusnya ialah mereka ini pelindung adik beradik dan orang di sekeliling. Mereka juga rasa ‘protective’ jika ibu bapa tiada di rumah atau diluar rumah. Anak sulung ini akan lebih peka dengan keadaan sekeliling bagi melindungi adik-adik. Jadi, anak sulung adalah pelindung yang seterusnya jika ketiadaan ibu bapa.

fakta anak sulung

4- Tegas dan garang

Selain sifat pelindung, anak sulung ini juga sangat tegas dan garang. Mereka ini yang bertanggungjawab ke atas adik-adik ketika melakukan kerja rumah. Oleh sebab itu, mereka kena tegas dan garang agar adik adik mudah untuk mendengar kata dan nasihat. Sifat ini juga akan melekat dengan mereka sehinggalah mereka mendirikan rumahtangga dan di tempat kerja. Tetapi, sifat mereka ini sering dianggap bahawa mereka tidak penyayang.

5- Sifat penyayang

Dalam tegas dan garang itu, sebenarnya anak sulung ini juga adalah seorang yang penyayang. Orang kata, dalam hati ada taman, kan? Mungkin sudah terbiasa dengan menjaga adik-adik di rumah jadi perasaan sayang itu sudah terbentuk di dalam diri anak sulung ini. Kalau ada apa-apa berlaku, mesti anak sulung ini orang yang pertama yang akan membantu dengan lebih cepat. Betul kan? Untung tau kalau berkahwin dengan anak sulung.

Kesimpulan

Anak sulung selalunya menjadi harapan nombor satu dalam keluarga berbanding anak-anak lain. Mereka inilah sering menjadi harapan utama keluarga dan menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak yang lain. Jadi, sebagai ibu bapa yang berusaha untuk menjadi baik, terimalah anak sulung anda dengan seadanya. Bimbinglah dia ke arah yang baik.

Inilah perkongsian fakta anak sulung yang boleh anda kaji dan lihat, mungkin ia ada pada anak anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat membaca semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa