5 Tanda Anak Kena Cacing Dan Bahayanya

Tanda anak kena cacing mesti akan merungsingkan fikiran anda. Nak jadi ibu bapa ni bukannya mudah. Sekecil-kecil masalah mesti kena ambil berat apabila ia melibatkan anak. Sebenarnya, jangkitan cacing ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira bayi ataupun orang dewasa. Masalah cacing ini kerap berlaku pada anak yang berusia 5 tahun ke atas. Masalah ini juga ibu bapa sering pandang ringan dan tidak tahu betapa bahayanya penyakit ini.

Baca ini juga: 3 Cara Tingkatkan Imuniti Anak, Jom Semak!

tanda anak kena cacing
Sumber: Siraplimau

Terdapat pelbagai jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing jarum, cacing kerawit dan cacing gelang. Jangkitan ini merupakan satu masalah kepada kesihatan global. Satu dunia ye ada masalah jangkitan cacing. Jika masalah ini tidak dirawat dengan segera, mungkin anak anda akan mengalami penyakit berbahaya seperti masalah usus tersumbat, atau sebagainya. Ia juga mungkin boleh meragut nyawa anak anda.

Di bawah ini, saya senaraikan tanda anak terkena cacing. Mungkin anda kena perhatikan pada si manja. Mana tahu anak anak terkena jangkitan cacing.

Tanda-tanda anak terkena jangkitan cacing:

1- Gatal pada dubur

Tanda anak kena cacing yang pertama ialah gatal di kawasan dubur. Cuba ibu bapa perhatikan si manja, jika mereka kerap menggaru di kawasan dubur. Mungkin ia adalah salah satu tanda anak anda terkena jangkitan cacing. Jika anak kerap menggaru, mungkin akan timbul ruam atau kemerahan-merahan akibat telur cacing.

2- Anak sakit perut

Anak anda juga akan mudah sakit perut dan kembung. Ini kerana cacing mengjangkiti usus dan menular sehingga organ badan yang lain. Lalu, ia akan menyebabkan anak anda mudah kembung perut dan cirit-birit. Lagi parahnya, ia mungkin akan menyebabkan usus anak anda tersumbat.

tanda anak kena cacing 2
5 Tanda Anak Kena Cacing Dan Bahayanya 3

3- Kerap demam tapi demam lambat kebah

Tanda anak kena cacing yang seterusnya ialah anak kerap demam. Demam itu pula lambat kebah apabila kita sudah bermacam-macam cara untuk turunkan suhu demam. Cacing yang telah berada di dalam badan akan mengganggu kesihatan anak. Sebab itu, anak berisiko tinggi untuk mendapat sakit seperti demam dan selesema.

4- Kurang nafsu makan

Anak yang terkena jangkitan cacing ini mereka akan kurang nafsu makan. Ini kerana, cacing akan mengganggu malnutrisi yang ada pada anak. Jadi, ajarkan anak anda untuk mencuci tangan sebelum makan atau usai bermain di luar.

Bahayanya jangkitan cacing:

Mungkin ibu bapa akan berfikirnya, jangkitan ini tidak berbahaya dan boleh dirawat dengan segera. Sebenarnya, jangkitan yang dianggap ringan ini boleh menjadi satu komplikasi serius dan boleh berjangkit dengan orang lain. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan anak anda kurang zat besi dan anemia. Jika ianya kronik, jangkitan ini akan mengganggu masalah pembelajaran anak anda.

Kesimpulan

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi kewajiban untuk anda memeriksa kesihatan si manja secara berkala. Mungkin dengan cara ini anda anak dapat mengatasi daripada terkana jangkitan cacing. Jika terkena, sila segerakan bawa berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut. Ibu bapa sepatutnya tidak terlepas pandang untuk memberikan ubat cacing kepada anak setiap 6 bulan sekali. Bukan untuk anak je, ibu bapa pun kena makan juga. Sayangi nyawa anak anda. Semoga perkongsian tentang tanda jangkitan cacing pada anak, dapat membantu anda dalam masalah seharian. Semoga bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa