4 Tips Ajar Anak Bertudung Yang Mudah

Ajar anak bertudung adalah sangat penting dan perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa sejak anak mereka masih kecil lagi kerana ia lebih mudah di bentuk berbanding apabila mereka sudah dewasa nanti

Ajar Anak Bertudung

Menutup aurat bukan sahaja memakai baju dan seluar yang menutup aurat dan sopan tetapi juga ia perlu juga bertudung bagi perempuan. Dalam islam juga mewajibkan wanita untuk bertudung dengan sebaiknya kerana rambut merupakan aurat bagi seorang wanita islam.

Justeru itu, bagi ibu bapa perlulah mewajibkan anak perempuan mereka untuk bertudung dengan sempurna dan mengur anak perempuan mereka jika tidak bertudung atau jika tidak memakai tudung dengan sempurna.

Hendak Ajar Anak Bertudung Ia Perlu Bermula Sewaktu Anak Masih Kecil Dan Ia Perlu Bermula Dari Rumah

Untuk ajar anak perempuan supaya bertudung dengan elok merupakan salah satu cabaran besar buat para ibu bapa pada masa kini. Ini kerana, dengan persekitaran sekeliling di tambah pula dengan bermacam jenis fashion tudung yang terdapat di pasaran yang ada antaranya tidak menepati syariah sememangnya memang merisaukan kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak perempuan.

Ajar Anak Bertudung

Justeru itu, untuk mendidik anak perempuan kita supaya pakai tudung, ia perlulah bermula dari rumah dan perlu mendidik mereka kecil lagi kerana ia lebih mudah untuk di bentuk dan dia ajar. Ibarat kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” Jom kami kongsikan cara terbaik untuk anda ajar anak anda bertudung dengan mudah. Antara caranya ialah:

1-Jadi Role Model

Nak ajar anak memakai tudung dengan sempurna, perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan ialah dengan menjadi role model terlebih dahulu. Anak-anak mudah terikut dengan apa yang ibu bapa mereka lakukan. Bagi anak-anak setiap perlakuan yang ibu bapa lakukan adalah betul. Justeru itu, ibu perlu memakai tudung setiap kali keluar atau ke mana sahaja. Lama-kelamaan anak-anda juga akan mudah terikut.

2-Beritahu Sebab Apa Anak Perlu Pakai Tudung

Bila anak lihat ibunya memakai tudung, sudah pastilah timbul persoalan dalam diri anak kenapa perlu pakai tudung. Pada waktu inilah anda patut menggunakan peluang untuk menerangkan sebab apa perempuan wajib pakai tudung dan waktu bila perlu pakai tudung. Dalam pada masa yang sama terangkan juga aurat antara yang muhrim dan bukan muhrim. Dengan penerangan yang kita bagitahu ia akan buatkan mereka akan mula timbul rasa minat untuk memakai tudung dengan semourna.

Baca Juga: Anak Cemerlang? 4 Cara Power Yang Anda Boleh Gunakan

Ajar Anak Bertudung

3- Belikan Tudung Yang Cantik

Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk menarik minat untuk bertudung ialah dengan belikan anak perempuan tudung yang cantik dan kiut. Dengan cara ini, anak akan tertarik untuk bertudung terutama sekali jika tudung tersebut mempunyai corak dan warna kegemaran anak anda. Lagipun di pasaran sekarang banyak tudung kanak-kanak yang cantik mula di jual.

4- Mulakan Sejak Mereka Masih Kecil

Untuk menjadikan anak kita mudah bertudung, ia perlu bermula sejak anak kita masih kecil lagi. Ini kerana, jika bermula dari awal iaitu dari mereka masih kecil, lama-kelamaananak perempuan akan mula terbiasa dan mula memakai tudung dengan elok terutama sekali apabila keluar sama ada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Walaupun pada mulanya mereka akan merasa rimas, tetapi lama-kelamaan anak perempuan akan mula terbiasa untuk memakai tudung. Tambahan pula, bila kita sudah mula beritahu mengenai kepentingan memakai tudung.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa