Tips Bantu Anak Perempuan Belajar Kawal Emosi

Pelbagai cabaran yang dihadapi anak perempuan dalam proses pembesaran mereka. Selain dari perubahan bentuk badan, pelbagai bentuk halangan melibatkan permainanan emosi yang terpaksa mereka hadapi.

Jadi, bagaimana cara dan tips untuk anak perempuan boleh belajar kawal emosi? Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh bantu mereka dalam hal ini.

ajar anak perempuan belajar kawal emosi
kredit gambar : Pexels.com

Kenapa Anak Perempuan Perlu Belajar Kawal Emosi?

Anak perlu belajar kawal emosi supaya dapat beradaptasi dengan keperluan keadaan semasa. Kita biasanya tidak dapat tentukan apa yang kita akan rasa, tetapi kita sentiasa ada pilihan tentang cara kita memilih untuk bertindak.

Maka anak-anak yang dapat mengawal emosi dapat bertindak mengikut situasi bukannya mengikut perasaan mereka semata-mata.

Anak yang sedang membesar cenderung untuk cuba pelbagai perkara baru dalam hidup mereka. Selain itu untuk mereka belajar membezakan antara kehendak dan juga keperluan.

Tips Bantu Anak Perempuan Belajar Kawal Emosi

1- Beri Ruang Anak Untuk Meluahkan Perasaannya

Anak-anak kalau balik dari sekolah mesti ada yang ingin diceritakan. Dari perihal kawan-kawan kelas sehinggalah ke pengurusan sekolah termasuklah guru yang mengajar.

Kalau anak jenis yang pendiam tanyakan mereka tentang pengalaman mereka disekolah pada hari tersebut. Cuba jadi kawan dengan anak-anak supaya mereka jadi selesa untuk bercerita dengan ibu atau bapa.

Disebalik cerita tentunya ada yang positif dan juga yang negatif. Kita sebagai ibu bapa hendaklah menerangkan tentang bagaimana hadapi keadaan yang tidak selesa yang terjadi pada mereka di sekolah.

2- Bantu Naikkan Keyakinan Diri Anak

Sebagai ibu bapa kita juga bertanggungjawab untuk bantu naikkan keyakinan diri anak. Anak-anak yang lebih confident ini kebiasaannya cenderung lebih percaya diri dan tidak gentar dalam hadapi cabaran hidup.

Jangan merendahkan kemampuan mereka dalam sesuatu hal dan juga kurangkan budaya membandingkan anak perempuan dengan orang lain.

3- Tunjukkan Contoh Yang Baik Depan Anak

Ibu bapa berasa marah dan juga lelah jika anak mula buat perangai itu juga biasa. Namun, bayangkan kalau tiba-tiba kita tengking dan marah anak tanpa ketahui sebab sebenar kenapa mereka mula beremosi.

Oleh itu ibu bapa boleh mula tunjukkan sikap yang baik dengan mendengar dahulu penjelasan mereka. Lakukan timbang tara dan tindakan yang sesuai walaupun dalam keadaan yang agak tegang.

Jika anak-anak membesar dalam suasana yang supportive dan sihat maka emosi mereka juga mudah dikawal. Ibu bapa juga perlu sediakan persekitaran yang mana mereka berasa selamat untuk menyatakannya perasaan atau kesukaran yang mereka hadapi.

4- Biarkan Mereka Menangis

Berasa marah tentu saja beri rasa yang sangat tidak selesa. Rasa yang terbungkam dan juga menyesakkan dada. Kita juga alaminya jadi untuk anak berasa marah itu adalah normal.

Rasa marah kebiasaannya diiringi dengan rasa sedih. Antara solusinya ialah biarkan mereka menangis sehingga reda. Menangis bantu kurangkan tekanan emosi dah kurangkan kesedihan yang dialami oleh anak.

Bimbing Anak Untuk Buat Keputusan

Anak-anak kadangkala tidak tahu bagaimana untuk buat keputusan dan salurkan perasaan yang mereka pendam. Tidak dinafikan cabaran mendidik anak pada zaman sekarang sangat besar.

Maka sebagai ibu bapa dan penjaga kita lah yang akan mencorakkan keperibadian dan sikap mereka. Ajarkan mereka sebab dan akibat dari setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini.

Anak perempuan yang dapat belajar kawal emosi akan lebih berdaya saing dalam masyarakat. Selain itu mereka tidak bertindak keterlaluan walaupun sedang mengalami kegagalan ataupun berhadapan dengan kesedihan.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × 1 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa